Jom Solat Jemaah

Jumaat, Oktober 28, 2011

Bayan 240111

Di Sabah, nak gi masjid pun naik sampan. Ulang-alik ke masjid akan bawa cahaya yang lebih terang dari matahari kelak, kita belum nampak sekarang, sbb tu kita bersabar. orang beriman kena sabar. 4bulan mengembara.tempat paling gelap atas muka bumi Afrika. nak ambil wudhuk dalam kesejukan pagi, -5 deg celcius @ -20 deg celcius Agama Islam syumul seluruh alam. Bangun solat Subuh, rehat skejap solat Zohor ,kemudian balik kerja Asar, malam plak Maghrib Isya'. kalau musim dingin, Zohor pukul 11, Asar pkul 2, maghrib plak 3.30...


Agama takkan dapat difahami klu kita duk kat tempat kita je. kena tengok selurh alam baru boleh nampak kesempurnaan Islam, baru boleh faham yg alam ni di bawah pentadbiran Allah..
Maghrib 10.30 malam, 12.30 mlm dah Isya'...ONE NIGHT.  so, dalam situasi mcm ni, mcamane kita nak solat? sbb tu muncul nya ahli astronomi, ahli math, ahli Falaq....sbb tu kena tengok seluruh dunia.



Bayan ialah penerangan, story-telling. Nabi saw panggil sahabat dan bagi story telling...sorang hamba Allah ni sakit, dia m'punyai 3 sahabat. yg pertama kalau sakit akan tolong panggilkan doktor, tapi sampai setakat tu je lah, once dah meninggal takde kaitan lagi. sahabat ke2 akan tolong bawa jumpa specialist dan klu meninggal akan kebumikan. sahabat ke3 akan teman sampai dlm kubur.sahabat ke3 itu lah iman&amal kamu. iman&amal diterangkan dlm konteks hadis.


harta ni kita kumpul utk orang je sebenarnya. itupun kita tak dibenarkan infaq semua harta ,tanyalah ahli faraid. Proses dan prosedur dah ada. Once kita meninggal, smua berebut2 kan harta yang ditinggalkan. kaum keluarga pula, masa sakit je uruskan kita, bawa jumpa pakar, specialist kemudian kalau dah takde daya nak tolong lagi mereka berkumpul baca Yassin. itu je lah kemampuan mereka.
Berubat ni sunnah Nabi saw. kita digalakkan berusaha. Nabi saw sendiri pun usaha berubat jika sakit, dan tak putus2 berdoa kpd Allah.

Bila kita ikhlas dlm beriman dan beramal, serta istiqamah, maka tak perlu bimbang lagi, sbb Allah akan hantar malaikat usir syaitan2 yg menyerupai mak ayah atuk nenek. Waktu sakit pun iman amal dah bersama2 dgn kita. bila mati malaikat nak soal kita pun tak dapat, kita dijaga rapi oleh amalan2 kita. bidadari yg datang, sinar nya mengatasi cahaya 7 matahari. kita nak pegang bidadari tp blum dapat, just utk observe je dulu..terkena rantai yg dipakai bidadari sampai putus tarik, kemudian kita kutip,, berulang2 sehinggalah terjaga kita di hari kiamat.


 
Narrating atau storytelling ni bagi Nabi saw benda abstrak susah nak disampaikan utk org faham. contoh nya mcm kasih sayang, perasaan, emosi dll. Nabi saw bagitau para sahabat , sebuah bahtera besar 2 tingkat, bahagian bawah tak dapat air, terpaksa minta air drp orang atas utk bawa turun air. kalau bhagian atas tak tolong, semua akan karam . begitu juga dgn dakwah. kalau org alim(mengetahui) tak dakwah yang jahil(tidak tahu),smua akan tenggelam dan sesat, tak menunaikan perintah Allah.
untuk garap 1 kemahiran, Doc kena bertahun belajar, untuk faham konsep mcamane pesakit diubati. sumpah seorang doktor ialah, walaupun musuh pun akan dirawat juga.

Abu Hurairah r.a tanam 1 pokok. Nabi memberitahu, zikir sekali Subhanallah je akan tumbuh pokok yang besar di syurga. kuda paling pantas berlari selama 500 tahun menyamai sebatang pohon hasil ucapan Subhanallah..

Dunia ini World of Prototype. di sebuah kampung ada 70 buah rumah, 70 buah bilik, 70 buah katil, 70 bidadari. Buah-buahan yang sedap di muka bumi ni adalah sampel buah di syurga. di syurga buah-buahan terhidang kpd kita, habis je berbuah lagi, habis makan je keluar lagi buah.  hujan, air sungai, madu, mentega, cheese, malah arak sekalipun, adalah sampel utk kita faham ttg syurga. kalau kita tak dapat faham mcamane cantik bidadari, kita tengok perempuan cantik di dunia ni.walau tak sama, tapi itulah perumpaan, sampel.
tapi kita masih nakkan sampel dari yang realiti..kita masih terkejar2 yang sementara di dunia dari yg kekal abadi di akhirat.

kehendak manusia tak terbatas tapi sumber terbatas. bila 1 kaki pijak nafsu, maka 1 lagi untuk syurga. Iman itu adalah tentang meyakini benda ghaib..tutup kedai dan pergi surau pada waktu azan, padahal pd waktu tu brp banyak rugi? tapi sbb yakin dgn janji Allah, maka kita tak cuak dgn rugi dunia. Ibn Abbas di Madinah, masuk azan je tutup kedai dan ke surau2 segera. kita yakin Allah ke kedai yg bagi kita rezeki? kita banyak yakin kpd makhluk, tq posmen bagi  surat, tq bos bagi gaji, tq company bg naik pangkat..padahal mereka smua tak bagi rezeki,, ALLAH YANG BAGI REZEKI!


pada 1 masa tu sorang hamba Allah ni nak uji keyakinan dia sendiri bahawa Allah yang bagi rezeki. so dia panjat pokok tinggi di satu tempat lapang. lame punye lama dia tunggu, xdapat sebarang air utk diminum atau makanan utk dimakan..dia mula cuak, mcamane nk dpt makan minum klu duk atas pokok tinggi mcm tu. tetiba ada sekumpulan penyamun lepak  bwh pokok tu. antara barang rompakan adlh mkanan. tp penyamun2 tu takut mkanan tu beracun, jd dorang mtk si mamat atas pokok ni utk test mkanan. Alhamdulillah dapat dia makan ari tu.penyamun bagi makan ke Allah yg bagi?





Siapa Rabb kamu? dalam sehari berapa banyak kita lagha,,cakap, fikir, tengok, dengar selain Allah? cuba audit diri sendiri, sehari brapa banyak ingat Allah? dari bangun pagi ucap Alhamdulillah Allah bangunkan kita, masuk toilet baca doa, makan baca doa, buat ape pun ingat Allah..tujuannya adalah supaya kita tak lalai, sentiasa ada connection dgn Allah. memang amalan kita tak sehebat mana pun, tapi sekurang2 nya biar dosa tak banyak.

dalam abad 21 ni kita keluar rumah pun buat dosa, dlm rumah pun buat dosa. mana tak nye, kuar rumah je nampak pempuan tak tutup aurat, masuk kete pun hiburan, masuk rumah pun internet, tv, media yg melalaikan. mat saleh pun heran tengok kita, kuat sgt hiburan. diorang pun ada yg tak merokok, pakai sopan, tak minum arak, tak main perempuan,, sedangkan orang Islam kita yg hidup dlm budaya mat saleh.
sebab nya hati masih perlu selain dari Allah.


 
Semasa Abu Hurairah sakit tenat, isterinya menangis teresak2. Abu Hurairah ckp, jangan menangis, hati yang tak tenang itu maknanya perlu sesuatu selain Allah.
mcamane nak hidupkan suasana iman mcm para sahabat? kena hidup cara Nabi, kita kena amalkan sunnah Nabi,baru lah kehidupan m'jadi murni. Nabi saw : siapa yang mencintai aku, dia akan bersama dengan aku nanti.

Islam bukan a way of life tapi the only way of life.



kenapa sunnah Nabi dah tak ramai amal? sebab kurang nya dakwah..
tahlil berjalan, majlis berjalan, tapi dakwah tak berjalan.
orang Jepun, Korea memerah otak utk bagi ketenangan dan kesenangan pada dunia, kadang2 sampai bunuh diri klu tak berjaya .
sedangkan orang Islam hanya perlu hidupkan sunnah utk bahagia,tenang dan berjaya.






BILA HIDUPKAN SUNNAH NABI SAW, BARU LAH BOLEH REJECT LIFE STYLE LAIN!
ALLAHUAKBAR!







Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)



Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam
Al-Bukhari)




Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

*sumber ..lenggangkangkung.blogspot




Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Oktober 21, 2011

Bayan 011110

Kekal selama-lama nya bagi orang yg ada Islam. Dalam janji Allah swt ada perintah dan larangan. milik Allah lah langit dan bumi. Dia yg mentadbir langit dan bumi tanpa campur tangan sesiapa









As-sami' : tak berhajat pada apa2..bebas drp segala hajat. semua benda2 kecilberhajat pada Allah SWT. Di bawahnya semua makhluk. Allah, pencipta. 60,000 liter air dalam 1 ketul awan,, siapa yang jaga supaya tak jatuh menimpa kita? Jwpan nya Allah yg menjaga nya. Dia je yang ada kudrat iradat. Hujun yg turun, matahari, panas,, berfungsi pada kadarnya. KADAR, dalam genggaman Allah Taala.


Ni tengok air tak faham, tengok bulan tak faham2 jugak, tengok alam sejagat pun masih kita tak nampak...Within yourself? tak nampak jugak? Bagaimana terbentuk janin ibu 3 lapis. dalam perut ibu, siapa yg besarkan bayi dalam kandungan selama 9 bulan? dalam perut ibu takde bidan, nursery, maid,jadi siapa yg menjaga bayi itu?  Allah palingkan bayi dari perut supaya tak mengadap perut ibu , tak bagi bau busuk. masih tak nampak kah kita kebesaran Allah???
Dari setinggi2 puncak gunung sehinggalah serendah2 perut bumi...semua nya milik Allah...SUBHANALLAH!




Janin dalam rahim membesar tak sedar siapa yg membentuknya..mata 40 hari bertukar lapisan baru tanpa kita sedar...kita membesar tanpa sedar siapa yg membentuk kita..jantung berdegup ,siapa yg menjaga nya? masa kita mula tidur sampailah
terjaga smula, siapa yg menjaga? siapa yg menjaga smua ni klu bukan Allah Taala??

Rezeki, siapa bagi? Allah yang bagi...
Allah tak menzalimi  makhluk Nya.





Masa zaman Nabi Nuh, smua kufur tak beriman.lalu di doanya supaya Allah hapuskan smua kaum yg kafir. maka Allah makbulkan doa.diturunkan hujan dan banjir ..siapa yg berjaya ikut Nabi Nuh je bselamat.yg lain smua hancur,decimated! 6bulan mereka belayar..tanah dah lembik, berselut. maka Allah kata, panggil kaum2 mu 600 orang, buat tempayan/tembikar dari tanah2 lembik tu. maka mereka pun mula lah menghasilkan tepayan/tembikar itu dgn tertib, cermat dan cantik. tapi bila dah siap, Allah meminta mereka menghancurkan tempayan2 itu. 'Ya Allah, sudah penat kami membuat nya, kenapa Kau menyuruh kami menghancurkannya pula'?

maka Allah jawab, kamu rs sayang utk musnahkan tempayan2 itu, maka begitu juga lah Aku, rasa Sayang kepada hamba2 ku yg kau minta utk dimusnahkan!'Wahai Nuh, jangan lah dekati amalan jahil dgn meminta hancurkan walau org kafir. kerana semuanya hamba2Ku!



kita dihantar ke muka bumi utk tunjuk agama benar. sorang beriman sorang tidak. sorang tidur sorang terjaga. sorang buta sorang celik. sorang mengigau sorang lagi nyata. itu je beza kita. jadi, kejutkan mereka smua dari igauan. sedarkan mereka supaya menyembah yg Benar. kita umat da'ei @du'a ilallah..Allah hantar. walau sorang perempuan hamil anak luar nikah, janin tu tetap ilallah..tak kira title kita bg pd budak tu anak luar nikah atau ape pun.



semua org berbuat sesuatu ada sebab, ada objektif. Apa tujuan solat? syurga. kita boleh citer pasal iphone, kereta, ipad, mcm2 boleh kita citer. tapi citer ttg Allah kita tak mampu nak citer. sebab orang tak niat nak amal takkan ingat Allah! perawi hadis, sahabat2, nak amal agama, maka Allah pindahkan ilmu agama. TO INFORM, UNTUK HIDUPKAN SESUATU BENDA.




solat bermula dari toilet lagi ceritanya. cara2 beristinja', cara bersuci, .Nabi saw citer sungguh2 sampai sahabat buat sungguh2. dia tak menunjuk2. mereka buat kerana Allah. mereka jaga Nabi saw, mereka jaga Allah SWT. hal kawin pun diorang tak citer pada Nabi,sbb kawin tak penting. SOLAT lagi penting! sahabat perhati dan belajar betul2. sampai beribu2 hadis keluar. sampai cerita janggut Nabi besar, malah janggut Nabi bergerak pun diorang perhati.



jangan fikir cara kita fikir tu cara Nabi. yang kita tengah buat sekrang ni media, paper,majalah,internet,blog...tapi cara Nabi buat lain. dan cara Nabi, cara yang dah pasti! klu kalah pun syurga tempat kita, klu menang pun syurga! kami bukan datang, tapi dihantar Allah! untuk tinggalkan amalan menyembah makhluk, tapi sembah hanya kepada Rabbul Ibad.. utk mengajak manusia tinggalkan dunia yg gelap kpd kubur yg terang.. nak ajak org jadi mcm kita susah, sbb kita pun tak betul. jadi ajak lah manusia ikut cara Nabi dan para sahabat. tiru contoh sahabat, mereka tu data bagi Nabi, dah di approved oleh Nabi saw.


6BILLION kufur! silap2 kita termasuk dlm kufur. jadi apa kita buat skrg ni adalah utk betulkan diri je dulu.  sebab tu kena berada pada jalan Nabi saw.barulah betul. apabila kita kerja keras utk meeting, utk gush, usaha kan amalan2 baik, usaha kan kalimah Allah, maka pasti Allah matikan kita dgn memegang kalimahnya. apa yg kita buat, kita akan mati dgn cara tu.kalau kita fikir dakwah, kita akan mujahadah. semua petunjuk dah diberikan kepada manusia, smua Nabi dah dihantar kpd manusia..smua majlis agama, masjid2, kitab2, Al-Quran, Nabi2, adalah punca hidayah.



Muaz bin Jamal bawa 300org jumpa Nabi saw. 'aku jaga berhala. 1 hari berhala itu jatuh. jadi aku tegakkan dan polish supaya menjadi elok. tapi tiba2 berhala bersuara, hei ,pergilah kamu beriman dgn apa yg dibawa oleh Nabi saw...maknanya Allah menggunakan berhala sbg asbab . sahabat tak sampai, Nabi tak sampai, tapi Allah sampaikan suara melalui berhala utk memberi hidayah.'





PENGORBANAN kpd Islam..sahabat sama mcm org lain juga, nak jugak keluar malam main bola ke, lepak dgn anak bini ke, sambil2 petik kurma. 'tapi smasa sedang enak lepak dgn anak bini, aku teringat Nabi, aku jadi menangis' masa jumpa nabi, Nabi memberitahu, kalau kamu terus begini , malaikat akan memberi salam kepadamu. lalai skit je sahabat akan cari jalan utk kembali khusyuk di jalan Allah. Allah Taala suka , sbb utk taat pada Allah ni bukan senang,perlukan daya usaha dan kesabaran yg tinggi.




supaya nak mengadap Allah nanti senang. untuk tunaikan hak iman, kita kena tengok Nabi.. nak buat kueh, laksa, nak menjahit,, smua tu tak payah tengok Nabi, kita blajar je boleh buat. tapi nak IMAN ni kena tengok nabi, nak sebar dakwah ni kena ikut cara Nabi...1 orang ni kena santau 2 bulan,.tak hidup tak mati..Nabi kata, siapa yg amal Miswak, jolok dlm mulut org tu. jadi sorang sahabat ni yakinnya dia dgn kata2 Nabi, dia buat ikut kata Nabi..tak sampai 1 jam pun org yg terseksa kena santau tadi dapat menghembuskan nafas terakhir dengan selamat. SUNNAH NABI, ITULAH JANJI ALLAH!



23tahun zaman sblm wahyu, nabi Adam kata dia nampak Laailaahaillallah Muhammad Rasulullah...Nabi menjadi Nabi sebelum dia hidup lagi. smua dunia dijadikan sbb Nabi saw. ada keberkatan besar dlm nama Nabi Muhammad saw. keberkatan besar adalah sunnah Nabi. cara hidup Islam adalah cara hidup Rasulullah saw.

cara baiki ummat pun kena cara Nabi. ajak org kepada Allah tanpa rasa was2. kena jelas!janji Allah Taala jelas. janji Allah benar.


ahli sunnah wal jamaah..sunnah Rasulullah, jemaah sahabat2. ikut sunnah Nabi, ikut yg dipamerkan sahabat2..sahabat2 bawak kata2 Nabi. Nabi tak mampu sampai ke semua tempat. jadi sahabat2 yang buat.


berdakwah ni ajak kita lari dari keselesaan atau comfort zone. manusia cinta nikmat, tapi dia tak cinta pemberi nikmat. dari Allah kembali kepada Allah.
kita banyak sibuk jaga anak bini, rumah,kete, tapi lupa kerja agama.

Khadijah r.a jutawan, tapi meninggal dalam papa. kita bukan ajak org sekeliling je, tapi ajak 1 dunia. jangan mabuk jaga benda kecil je tapi biar mabuk jaga 2 dunia. pergi lah jauh2 ke segenap alam, pergi jauh2 berdakwah ajak org kembali ke jalan Islam,,,pergilah jauh jauh, untuk gembirakan Nabi, utk cintakan Allah..

InshaAllah...






Bayan 01/11/10...disalin dan ditulis semula oleh seorang hamba Allah.jika ada nama sahabat atau kalimah2 yang tersalah, maka khilaf dai diri hamba yang lemah..















Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Oktober 12, 2011

Pengorbanan PERMAISURI hati ku...

"Suami ni sahabat baik yang paling boleh dipercayai"kata-kata Zaujah ku..


                                              

 i LOVE my ZAUJAH:)
-bukan gambar sebenar.gambar zaujah lobai yg sbenar ofkos le utk lobai jo bukan utk tatapan umum.
jgn mare:)

STORY ZAMAN MUDA2 REMAJA

sbelum lobai berceloteh panjang, lobai nak story kan skit history percintaan kitorang zaman muda2 dulu ye..adus, romantis la plak! :)

org umah lobai ni asai dari kampung, dtg keje kat bandar. terserempak plak dgn lobai ms dia jalan kaki nak pi keje.geng2 rempit lobai kata, awek ni la paling payah nak mengurat (jgn buat muka tekejut plak. lobai dulu penah jadi mat rempit.lain kali ya story yg ni)  awek ni org panggil pun buat dek je, berjalan laju tunduk mcm nak cium jalan. so lobai ape lagi, hero Malaya pantang dicabar wo!  yg sonang dapat ni biasanya sonang mat motor mcm gua ni nk lepas,, yg payah dapat ni susah nak lepas!




so lobai pun tiap2 ari tunggu dia kat tepi jalan. kdg2 follow sampai tmpat kije. dia buat dek je kat lobai! kadang2 tgok lobai mcm tgok antu, siap lari lagi!hampeh sungguh minah ni! geram jgk weh.




tapi nak dijadikan crita, 1 ari lobai duk follow awek lobai (skang da jadi bini la.xpaham2 jgk ye:)) tp dia STOP TIBA-TIBA! dia kata, boleh mintak tolong tak?? lobai pun apa lagi, kembang kuncup jap dada,, awek yg kita duk mengurat baru nak bagi respon! agak nya nak mtk tumpang motor kot:) ye cik adik, abang sudi tolong..apa dia ye...

NAK MINTAK TOLONG, TOLONG JANGAN GANGGU SAYA LAGI BOLEH TAK???

adush...huhu..MALU NYE GUA!


tapi dah ditakdirkan dah JODOH KAMI la kata kan, muka yg mcm pecah rumah ni jgk la jadi PUJAAN HATI dia!!! hehehe. Alhamdulillah syukur pada Nya menghadiahkan lobai seorang isteri pendamping setia di kala susah senang, teman dunia akhirat inshaAllah...






already married punye story plak ye!

Taat nye zaujah pada lobai..

klu lobai kata A, selagi tak menyalahi syariat, maka A lah dia pun..tak ada istilah degil dlm kamus zaujah lobai.
klu dulu zaman muda2 remaja ,rock2 seksi meksi tu ada lagi. tp bila dah kawin ni zaujah boleh ikut permintaan lobai suh dia bertudung litup. mesti la lobai jeles kan klu dia expose utk org laki len. (BAB1 je takde cemburu/jeles, tak kisah org len baham pasangan dia pun.maaf kasar skit, lobai suke citer direct ni senang nk bg org paham) dan Alhamdulillah asbab zaujah rajin ikut lobai ke masjid, dia dah boleh mengenakan pakaian muslimah sejati bertudung labuh dan berjubah. semoga zaujah diberkati Allah atas usahanya mendekati Allah..

Zaujah bangun pukul 4.30 am setiap hari untuk lobai :-
rumah lobai jauh dari tmpat keje..klu bwk kete usang lobai tu
(lobai suka pggil jerung, sbb ada sticker jerung kat keta.nmpak ganaz skit.hehe),kurang lebih 45minit jgk la with normal speed without jammed. sbb umah lobai kat puncak segala alam.


jadi supaya lobai ni cukup makan before turun rumah, tiap2 ari pkul 4.30 am tu bini lobai akan bangun sediakan sarap (after Qiam inshaAllah..smua ni lobai didik dari awai lagi.semoga dia istiqamah). klu isnin khamis plak dia sediakan sahur utk lobai dgn anak2, jadi kami dpt buat pose sunat dgn jaya nya ari tu.
klu korang blum mule lagi pose sunat setiap isnin khamis, boleh la mule dari skrg. didik anak2 dan org rumah supaya banyak kan amalan sunat, mudah2 an menjadi bonus utk seisi kuarge masuk syurga! Allahuakbar!

zaujah harungi kehidupan sederhana bersama lobai:-
lobai ni org susah.tak kaya pangkat mahupun harta. nak bagi emas & permata buat isteri tu mintak maaf la tak dapat. ikut hati nak bagi sorang maid utk membantu zaujah lobai. tapi blum berkemampuan. anak plak mcm askar ramai nya. kehidupan kami sederhana saja. klu dapat makan sodap pun sebulan sekali aja itupun time gaji la. zaujah lobai suke masak sendiri. jimat kata nya. al maklum la anak ramai. tapi zaujah usaha la masak sodap2; nasi lomak, bihun sup, sup tulang, sup ekor, capati, soto, karipap, asam pedas ikan pari, ikan stim dan mcm2 lagi la. masakan istri ni boleh mengikat hati suami utk berada di rumah jgk tau.
nak UP lagi, zaujah siap blaja cara buat teh tarik mamak lagi utk lobai, so takyah lagi lobai buang masa lepak kat mamak kan. dia nampak plak lobai suka spageti, zaujah blaja plak cara masak spageti ,padahal dia org kampung, xbape nk reti la masak2 western ni. tp sodap sehingga menjilat jari jgk lah Alhamdulillah:)


zaujah basuh kain pun pakai tangan ja. bayangkan nak basuh kain kami seisi rumah, org len dah ada mesin basuh cecanggih, kita plak duk sental kain dgn tangan tiap2 ari, sampai haus tangan.. tapi apa jawapan zaujah lobai? tak pa la yang, tiap kali sental kain tu dapat la skit bekalan akhirat.kain pun lebih cuci klu sental sendiri ni, boleh belek satu persatu.
Allahuakbar. semoga jari jemari zaujah yg haus menyental kain, masak, kemas umah, dan menguruskan lobai&anak2 ini lah nanti akan menjadi saksi di akhirat, membawa zaujah ke syurga Allah!
                                
zaujah sudi temankan lobai dalam susah maupun senang;-

kami rajin jgk pi tengok wayang ni. satu hari tu hujan lebat, parking plak jauh dari tempat berteduh. lobai mtk zaujah turun dulu gi berteduh, nanti lobai akan menyusul lah after parking, sbb tak nak dia basah kena hujan plak. tapi dia jawab, tak pe lah yang. senang skali, susah pun skali la..terharu lobai dengar.huhu. kami pun sama2 la pi parking kete, dan berlari2 anak ke tempat berteduh...Alhamdulillah..




klu lobai bagi rm100 utk minggu tu, 100 tu la yg zaujah guna utk sgala kperluan rumah. klu rm 50 ja, minggu dpan plak la baru zaujah tadah tangan mtk onkos nye. pandai2 lah dia cukup kan beli bahan2 utk masak dlm seminggu tu. klu barang2 dapur dah abes, tak ape la kami pose je la..sahur dgn kurma. buke pose karang mkn lah ape yg ada skit2 sorang. dpt pekena kopi O secawan pun rezeki dari Allah juga tu..




  
jadi korang yg senang2 ni mungkin lain la skit cara berbelanja tu. tp lobai nasihat kan jgn le didik bini dgn bermewah-mewahan sgt, ajar le skit diorang cara idup susah. Nabi saw pun Allah offer emas2 utk
mewah tapi dia tolak, Aku lebih rela hidup zuhud ya Allah..sehari aku makan, sehari aku lapar. dpt makan
aku syukur, smasa lapar aku redha.
zaujah mendidik anak2 lobai kenal&cinta Allah

nak arap kan lobai, mintak ampun, lobai koje..klu free pun sabtu ahad hujung minggu je la. itu pun klu takde program luar. sape yg jaga batalion lobai klu bukan zaujah? nak layan krenah anak2 kecil yg sedang membesar dgn mcm2 pe'el tu bukan sonang adik kakak abang oi. mcm urus taska! sorang nk tgok tv, sorang nak makan, sorang jatuh motor, sorang mcm mak nenek, sorang suke nangis! cube bayangkan dlm 1 masa mcamane nak urus sme hal ni! (mujur lobai je tak bnyak fe'el.betui ka? rahsia le.zaujah lobai je tahu psl lobai cukup le.hehe)
dan yg paling penting, zaujah sudi bantu lobai bagi agama kat anak2. tiap2 mlm lepas maghrib dia buat taalim dgn anak2. bercerita ttg kbesaran Allah SWT. melentur buluh biar lah dari rebungnya.wlu kadang2 budak 2 tu menguap ka terpinga2 ka zaujah buat dek je, meneruskan usaha menghabiskan taalim mlm tu. sekurang2 dpt keberkatan seisi keluarga inshaAllah.


Zaujah menjaga hubungan dengan keluarga lobai

mak lobai ni cerewet org nye. cara masak, cara idup, cara kewangan, mcm2 urusan smua mak detail, berhati2. ayah lobai plak cool je org nye. jadi zaujah lobai ni dari awal kami kenal smpai la skrg, sedaya mampu jaga hati kedua org tua lobai.mak suh potong bawang cara mak, zaujah follow. mak suh masak ikut cara mak, zaujah follow. birthday mak ayah lobai pun kadang2 anak2 sendiri lupa tp menantu kesayangan diorang ni jugak la yg ingat. tp dgn sendiri nya lobai pun rs sejuk hati dgn zaujah. mak ayah kita ditatang disayang mcm mak ayah dia sendiri. Alhamdulillah.tq Ayang:)
jadi kaum2 Hawa kat luar sane pun jaga lah kuarge mertua mcm kuarge sendiri ya.ni pun petua mengekal kan kbahagiaan rumahtangga.jgn duk halang sgt laki nak balik umah mak bapak diorang. klu laki bagi duit kat mak dia lebih dari bagi kat kita, biar la. kita redha smua tu, Allah bagi berganda2 kat kita nanti. sbb t/jawab org laki wajib pada ibu nya, baru pd istri. ni ada laki yg t'paksa tinggalkan mak sbb bini dia tak suka mak dia!salah tu.


Zaujah membuat PENGORBANAN besar!

lobai ni American style skit, lobaisoparuh la kata kan. ustaz yg tak dpt nak start2!plug rosak kot:) dari zaman muda smpai skrg lobai ramai kwn2 tak kira la ape jenis jantina, laki ,pompuan, au-au pon, pun gua ok aja. cuma nya klu kwn2 awek tu lobai suka kenalkan kat org umah le. b'kwn dn sapa pun, zaujah tetap didahulukan. yg salah konsep nya org kita ni, pantang jumpa awek dahi licin skit, trus lupa bini kat rumah! hampeh betul! lobai bukan ckp psl korang pun, ni pasai org len ler..korang baik2 jer.
ok, so, nak dipendekkan crita, sorang awek ni ding dang ding dong, setelah 6 tahun dia b'kwn dgn lobai & bini lobai,, dia berminat nak jadi yg ke2..lobai pun cube lah usahakan. awal2 tu susah jgk nak dpt approval. tp asbab slalu bwk ayang lobai ni ke masjid dengar ceramah2 ustaz, Allah pun buka lah hati dia utk terima kwn kitorang ni sebagai HONEY dia.

Kecik kah apa dia buat ni?? secara jujur, BESAR PENGORBANAN PERMAISURI HATI KU..
tak jeleskah dia?
Semua orang ada rasa jealous/cemburu, ape lagi bila nak berkongsi kasih sorang suami. tapi mcamane dia nak CONTROL JEALOUS tu. nak cari sorang dlm 1000 pun susah bini yg redha suami kawin sorang lagi ni. dan Alhamdulillah skrg, kedua2 nya boleh berkawan antara satu sama lain. lobai cuba bagi kasih seadil2 nya. jgn tanya lobai apa jampi serapah yg lobai amalkan.it'sot my style ok!
caranya, JADI DIRI SENDIRI JGN HIPOKRIT!

lobai tak arap ape sgt pun...arapan lobai cume, dengan redha kedua2 zaujah lobai ni, lobai dpt tenang di akhirat nanti. dan lobai redha pada dorang juga inshaAllah..semoga kami dapat bersama hingga ke syurga dan semoga lobai dapat menjaga amanah2 Allah ini dengan baik.


Akhir kalam, lobai doakan kuarge korang pun bahagia dunia akhirat..kt jumpa lagi di next story wokei..
mcm biasa la i luv Allah i lup you all.hehe:)
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah