Jom Solat Jemaah

Selasa, Disember 27, 2011

Tips HIDUP CERIA BERSAMA LOBAI : Berkawan kerana ALLAH...

sekali lagi lobai nak berceloteh skit yo. arap2 engkorang sabar la mendengar dan membaca. kalau rasa bermanfaat baca, guna dan pakai jangan touch n' go je. kalau yg korang tak setuju tu buat2 setuju je lah yo.


Prinsip Lobai dalam berkawan

dari lobai muda sampai lah skang ni, lobai punye prinsip, berkawan dgn smua orang, tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, warna kulit, atau asal-usul. jangan duk tarik sgt muncung panjang kita tu kat orang, monyet tengok pun lari. jgn duk menjeling sgt kat kekawan, nnti org pikir kita juling. dan jgn duk sombong sgt dgn org, nnti kita mati orang jugak akan datang doakan kita. betui tak ape lobai kata??




Rajin2 sapa dan bagi salam..

jumpa kekawan pagi2 tu hulur la tangan sambil2 bagi salam. klu non-Muslim tu say la hello ke Good Morning ke. tak salah kan mengeratkan silaturrahim? bila kita ceria, orang sekeliling pun akan senang bergaul dgn kita.

Ini tidak, jumpe bos2 besar je nak bagi salam, siap tunduk tertungging2, mujur tak langgar orang kat blakang jo.. ingat bos ke bg kita pangkat dgn duit? Allah la kwn2 yg dikasihi sekalian oi..ingat tu jangan tersalah konsep, nnt lari akidah. zaman NABI SAW dulu, sahabat berlumba2 nak bagi salam tau. diorang bukan bagi salam je, siap berpelukan lagi..tapi biasanya Nabi saw jugak yg paling awal bagi salam. Subhanallah..indahnya akhlak Rasulullah.(salam alaika ya Rasul).


jadi lepas ni, jangan pilih bulu nak berkawan. even kalau tukang sapu pun, layan lah diorang dgn baik. dorang pun hamba Allah juga. silap2 tukang2 cleaner bangla tu lg warak dari kita tau. diorang jaga solat lagi cantek dari org Mesia ni. cuma dah sampai Mesia ni org kita yg rosakkan diorang, banyak bagi contoh tak elok. sory but i say the true. jangan mare nnt cepat tua;);)


Reunion

dah tua2 ni baru nak jumpe yo? best tau dah perpuluh tahun tak jumpe tetiba je buat reunion...bawak kuarge, suami, istri anak2 skali. ada yg dah makin tembam maklum la anak sedozen, ada yg maintain je muka pun tak tua2, ada jgk yg makin tough je main gym la tu..hehe..ape2 pun, kawan tetap kawan ye..nak berfacebook pun pehbuk la..Islam bukan nya zalim. tapi kena tahu adab dan akhlak plak. guna la utk trace kekawan lama bukan utk chatting dgn awek2 seksi dlm fb..dari takde dosa tibe2 je jadi berdosa. takde kerja cari kerja la katakan...



Ajak kekawan sam2 beribadah ler...nak masuk syurga sesorang ke??aiseyman..


dah ramai kawan tu, mulut jangan berat nak ajak kwn2 sama2 solat jemaah. nak masuk syurga sorang eh? jangan mimpi la. kalau kita je jaga waktu solat, smyg jemaah, kat masjid plak tu,, tapi kita abaikan kekawan , biar je diorang hanyut tak solat, tak jemaah,, mintak maap mintak ampun, kita yg seronok nak masuk syurga ni tetiba je geng dakwa,,hah tengok si pulan ni gi smayang sorang2 je tak ajak aku. kalau dia ajak aku, confirm aku tak lalai......NAUZUBILLAH...takut nye!!
yang bawak awek dating,, berseronok korang nak eh, tapi dosa tak ingat! so, klu kuar pi dating tu cube la insap2 skit, bawak le anak orang tu gi smayang. klu jenis tak cukup kain tu, pakaikan la diorang kain bagi cukup..kalau takde sgt, pi beli kain ela kat Nagoya ke Kamdar ke..rm2 pun ada semeter.


Jaga akhlak dan adab berkawan..baru kawan2 senang dgn kita


nak guna barang orang even walau nilai nye 1 sen pun, mintak izin dari tuan nye dulu. biar kita dah bertahun satu rumah dgn housemate pun, kena mintak izin nak makan makanan dia. ini tidak, abes makanan org tu engko makan, makanan engko melantak sesorang..orang tu tergaru2 kepala, baru je semalam beli mkanan taruk dlm peti, cmane boleh lesap ni? ada toyol ka!!
kalau berjanji tu, cube la tepati..kalau janji pukul 2, pkul 1.45 tu datang ler..jangan 2.45 baru nak dtg. mana tak marahnya orang tu. adus, susah susah!!
kalau berhutang tu, pandai2 ler bayor. asyik tahun depan je..tahun depan bila tak tahu lah tu eh. jangan orang tu tuntut kat akhirat sudah. sbb time tu dah takde gaji lagi da nk byar utang.


hah, 1 lagi, si anak2 dara ni. nak berkawan tu jangan pilih orang berpangkat banyak duit je. cube la tahu malu skit. tak malu kat Allah pun malu la kat manusia sekeliling. ada 1 citer ni, anak dara tu punye la cantek, tp sanggup jadi minah cleaner kat rumah profesor tua. malam plak tu! apa kesssssss??? pakai baju kelawar plak tu! adus, nak tipu pun patut2 ler..takkan la jiran2 tetangga tak tahu sandiwara engkorang..JANGAN SEBAB DUIT BODY TERGADAI MAA!! INI DUNIA PUNYE SEKEJAP CUMA, TP AKHIRAT SANA MERANA!!


Rajin2 la menolong orang yang memerlukan.



bila kita rajin menolong, Allah akan tolong kita smula time kita susah nnti. mungkin ksrg ni masa kawan tu susah, mane tahu 1 hari nnti kita plak susah kan. lobai ni klu kat kawasan rumah org lantik jadi Biro Aduan. so  naseb la, kekadang tu jiran kena curi motor pun lobai la yg diorang cari. padahal lobai pun suh pi repot polis gak.hikhik. idup kena macho bro! kalau kes tangkap khalwat pun, lobai gak kena bawak perisai pi tangkap orang tu. mcm JAIS plak kita ni. klu kat opih ,lobai ni jadi pendengar yg baik. jadi consultant tak bertauliah.kihkih.

utk UP lagi knowledge membantu orang nih, lobai join plak PBB under company, siap gi training dgn Jab.Pertahanan Awam lagi tu!!ada kelas!arap2 dgn sedikit pertolongan ni dapat ler menyenangkan kekawan. nak bagi duit lobai tak mampu. jadi jadi pendengar dan penyelamat pun ok ajer..tak gitu??




Politik punye pasai hubungan sdara pun boleh renggang!


jangan buat muka pelik, ini lah realiti. sebab perselisihan fahaman politik, sanggup bermusuh-musuhan. apa yg susah nye? mai sini lobai nak bagi tips.. ada yg gomen buat korang rasa tak ok, kita pakat2 komen pakat2 komplen,,supaya boleh improve.. nak pangkah yg mana pun pangkah la tp hubungan dgn sadara mara adik bradik jiran taulan dan sahabat handai biar still maintain..ini tidak, dah la takde pangkat pun dlm politik, tapi gaya lebih dari wakil rakyat! smua orang nak dimusuhi.

Ini la besar nya kuasa Allah. Dia dah tahu awai2 lagi puak2 kita ni suka bermusuh. jadi Dia antar kita ni Dia suh kita jadi KHALIFAH...iaitu bawa kasih sayang sebar ke seluruh alam. jadi bila kita tau konsep sbg khalifah, banyak mana kita tak sutuju dgn sesuatu pihak/parti pun, kita maintain je boleh berurusan dgn orang tu mcm biasa. pangkah still pangkah beb! tanggungjawab wajib dijalankan. tapi time smayang jemaah, dah, buang ke tepi dah sape umno sape pas sape pkr,, yg penting same2 nawaitu nak masuk syurga Subhanallah..besarnya nikmat Islam!


Join la mana2 jemaah pun, takde nye yg terbaek..semua niat nak jaga Islam.



Jujur lobai cakap, orang akan heran tengok lobai boleh join mana2 jemaah pun. JIM? IKRAM? ape lagi. NISA? hah, kalau NISA' ni pun lobai datang tau talkshow dorang kat Masjid Syakirin KLCC. biar la lobai dgn ustaz penceramah je kaum Adam yg laen smua Hawa. ape nak takut apa nak malu? smua nak timba ilmu kan. buat apa nak bergaduh2 prasan yg terbaik je. masing2 ada pro and cons la. satu lagi lobai nak pesan ni,, kepada sape2 yg memandang negatif kpd jemaah tableegh,, engkorang cuba dulu datang bayan ke atau join 3 hari Gash ke atau 40 hari keluar berdakwah tu ke.. dorang ni antara jemaah yg betul2 berusaha follow Sunnah Nabi dan Al-Quran tau. buktinye? diorang jaga
waktu solat. kalau yg sedang meniaga tu sanggup tutup kedai sebab nak gi solat. Allahuakbar.
engkorang yg slalu duk komplen ni ada jaga solat mcm diorang buat? mintak ampun, Subuh pun mujur buat. betui dop? kalau ke Israel, grup Tableegh ni je askar Israel tak ganggu tau. kenapa? bukan sebab diorang ni geng dgn Israel, tapi sbb askar2 Israel tahu orang2 Tableegh  ni betul2 buat kerja agama, takde kepentingan sendiri punye...semoga Allah memberkati orang2 yg menjaga agama ni. sebab golongan minoriti yg rajin jaga agama Allah ni la Malaysia masih blum ditimpa bala.


Maafkan semua orang sebelum kita tidur

supaya HATI TENANG, belajar la maaf kan semua orang sebelum tidur. jadi takde lagi berdendam bermusuh dgn orang. biarlah orang buat jahat tara mana pun kat kita, maaf kan dia. paling tidak pun berhati2 jangan sampai terpijak lubang ular 2x.


NIAT DAKWAH SETIAP KALI TURUN RUMAH

OK, last but not least, mai lobai nak share 1 lagi tips untuk hidup ceria ni! setiap kali hangpa nak turun rumah, niatla turun berdakwah ikhlas kerana Allah..jadi setiap saat setiap cerita setiap orang yg kita jumpa setiap grup yg kita duk lepak2 berbual2 ...inshaAllah akan keluar pasal Allah je dari mulut kita.. tak payah arap orang suka kita pun..cukuplah Dia Tahu bukti kita sayangkan Dia ialah dengan berbuat baik dan mengajak semua orang berbuat baik..tiap2 hari without fail without stop...
inshaAllah sama2 muhasabah diri..






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Isnin, Disember 26, 2011

Cara Rasulullah s.a.w makan dan minum

Makan dan minum cara Rasulullah yang penuh hikmah

- Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)


Dari 'Amr bin Abu Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Umayyah bin Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia mengucapkan: Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu. Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)


Dari Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika) hendak makan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat-sahabatnya. Lalu datanglah seorang A'rab (penghuni pedalaman negeri Arab), kemudian makan makanan itu dalam dua kali suap saja. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya saja andaikata orang ini suka membaca Bismillah (sebelum makannya tadi) nescaya makanan itu dapat mencukupi engkau semua pula (kerana adanya keberkahan dalam makanan itu)." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).

Membaca Basmalah sebelum makan insyaAllah boleh mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.


- Baca doa sebelum makan


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : "Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka."


- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)


- Makan garam secubit sebelum makan

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.

Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama penghadaman.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di hospital-hospital, kaedah rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia.


- Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)


- Makan yang berhampiran.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


- Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat Muslim)


- Kunyah makanan banyak kali

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproses makanan itu.


- Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)


- Makruh bersandar ketika makan

Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khaththabi berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada alas sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk tegak lurus dan tidak bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi.

Selain al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki' ialah orang yang miring duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a'lam.

Dari Anas r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)

Almuq'i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya ke bumi dan mendirikan kedua betisnya.

Maka kandungan dari hadith larangan makan sambil bersandar di atas, adalah sunnah makan sedikit dan tidak melampaui batas yang diperlukan, tawadhu' ketika makan dan tidak boleh menyerupai orang kafir, serta dilarang makan sambil bersandar.

Dari Anas r.a dia berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w duduk bertinggung sambil makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)

Maka diperbolehkan makan sambil duduk bertinggung.


- Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat Muslim)


- Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya." (Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)


- Doa selepas makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith Riwayat Bukhari)

الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا

Maksudnya : "Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat, tiada yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya iaitu Tuhan kami."

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Riwayat Tirmidzi)

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku."

Juga boleh baca doa berikut

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Maksudnya : "Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."


- Meramaikan orang untuk makan bersama

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi lapan orang." (Riwayat Muslim)


- Galakan bercakap

Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)

Menurut al-Hafidz dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi s.a.w bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (Hadith Riwayat Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku dan senyap sepi dari perbualan.

Tetapi, jangan sampai bercakap itu apabila makanan penuh di dalam mulut.




Cara Rasulullah minum
- Tidak bernafas ketika minum

Dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu bernafas ketika minum sebanyak tiga kali." (Muttafaq 'alaih). Yakni bernafas di luar gelas atau cawan.

Dari Abu Qatadah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang jikalau ditarik nafas dalam wadah." (Muttafaq 'alaih). Yakni ditariknya nafas dalam gelas atau cawan yang digunakan oleh seseorang itu minum.


- Makruh meniup ke dalam minuman

Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang meniup dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: "Ada kotoran yang saya lihat di dalam wadah itu." Beliau s.a.w. bersabda: "Tuangkan saja (minuman yang ada kotoran itu)." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu - dan bernafaslah di luar wadah." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan sahih , juga diriwayatkan oleh Ahmad.)

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang bernafas di dalam wadah atau meniup ke dalamnya." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih, juga diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majjah.)

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


- Larangan minum dari mulut bekas air atau kendi

Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. melarang memecahkan mulutnya tempat-tempat minum." Yakni memecahkan mulutnya lalu minum daripada tempat itu." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Rasulullah s.a.w melarang minum dari mulut bekas air atau kendi." (Muttafaq 'alaih)

Larangan memecahkan mulut bekas air dan minum darinya kerana dikhuatirkan air atau kendinya berubah menjadi berbau (kesan dari mulut orang), sehingga orang lain enggan menggunakannya dan air menjadi membazir.

Juga untuk menjaga keselamatan Muslim lain kerana mungkin pada kendi itu terdapat kuman-kuman (yang melekat dari mulut orang yang minum tadi), yang boleh membahayakan, Dan juga mengelakkan dari orang yang meminumnya terlebih minum dari yang diperlukan.


- Afdhal minum sambil duduk

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya memberikan minuman kepada Nabi s.a.w. dari air zamzam, beliau minum sambil berdiri." (Muttafaq 'alaih)

Diperbolehkan minum sambil berdiri kerana keadaan darurat, seperti di tempat yang penuh orang hingga bersesak.

Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari neneknya lelaki r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. minum sambil berdiri dan duduk." (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bahawasanya beliau s.a.w. melarang kalau seseorang itu minum sambil berdiri. Qatadah berkata: "Lalu kita bertanya kepada Anas: "Kalau makan, bagaimanakah?" Anas menjawab: "Yang sedemikian itu - yakni yang makan sambil berdiri - adalah lebih buruk." (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan bahwa Nabi s.a.w. melarang minum sambil berdiri.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasuiullah s.a.w. bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang dari engkau semua itu minum sambil berdiri, maka barangsiapa yang lupa, maka hendaklah memuntahkannya." (Riwayat Muslim)


- Orang yang memberi minum orang ramai, sunat minum terakhir sekali

Dari Abu Qatadah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Orang yang memberi minum pada kaum (yakni orang ramai), maka itulah yang terakhir di antara mereka itu," yakni yang terakhir tentang minumnya. (Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).

Di antara tatacara orang yang membahagi minuman atau susu pada orang ramai, atau yang membahagikan makanan, buah-buahan dan seumpamanya kepada jama'ah, mendapat giliran terakhir untuk mendapat habuan mereka sendiri.

Maka barangsiapa yang diberi tugas mengurus umat, maka dia harus berusaha melakukan hal-hal yang bermanfaat bagi mereka, mencegah hal-hal yang dapat menyakiti mereka, serta mendahulukan kepentingan mereka atas kepentingan peribadi.

Penjelasan mengenai hakikat pengutamaan, kerana dalam keadaan seperti itu jiwa benar-benar ingin dan menyukai, sehingga mendahulukan orang lain dari diri sendiri. Dan seterusnya melatih diri untuk bersabar dan tawadhu'. Wallahu a'lam.

Rujukan:

1 - Teks Ringkasan Khutbah Jumaat dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Bandaraya Shah Alam, Selangor oleh Ustaz Haji Ahmad Mustafa bin Sidin Al-Hafiz.

2 - Syarah Riyadhus Shalihin - Syeikh Salim bin 'Ied Al-HilaliPerkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllahhttp://unikversiti.blogspot.com/2011/08/makan-dan-minum-cara-rasulullah-yang.html

Jumaat, Disember 23, 2011

Makanan yang lobai makan untuk kesihatan

Lobai dulu suke makan nasi beriani kambing kat mamak.kalau dapat makan tiap-tiap hari pun tak apa. pekena pulak dgn teh tarik, memang tak ingat ape dah..tapi berat badan memang tak dapat dikawal lah masa tu.



tapi lobai ni suka melawa, suka pakai smart2, jadi mcm tak kena la klu badan besor nk pakai smart kan. setelah dipikir2 kan, umur pun dah makin meningkat, kolesterol pun dah over the border, nat tak nak, lobai kena jugak turunkan berat badan untuk jaga kesihatan. lagi pun bila badan ringan dan sihat, semua aktiviti senang dilakukan especially beribadah kepada Allah..betul tak ape lobai kata ni?

Workout
Selain jogging, senaman, exercise,badminton dan gym, lobai jaga dan atur cara makan. cara diet lobai berubah 360deg. semua makanan2 tak berkhasiat dan memudaratkan lobai tak sentuh lagi.

pada awal diet dulu lobai kurangkan pengambilan nasi iaitu karbohidrat. lobai menggantikan dgn memakan
~buah-buahan
~air soya
~roti bun





masa ni lobai kurang tahu soya tak berapa digalakkan untuk orang lelaki. tapi bila dah tau tu lobai stop le.
so sekarang lobai lebih senang ambil susu rendah lemak HL, yogurt atau air mineral je.



Dari Vsoy kepada SUSU


Info tentang SUSU:-
SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan.Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi

Lobai ambil YOGURT jugak untuk pelbagai kebaikan pada badan


Info tentang yogurt:-
Yogurt adalah produk Susu bacterially ditapai. Kaya protein, kalsium, pyridoxine, riboflavin, dan cobalamine.penyelidik telah mendapati bahawa mengambil 100 hingga 200 gm yogurt (terutamanya yang rendah lemak) setiap hari bukan sahaja merendahkan LDL (buruk) kolesterol tetapi juga menimbulkan HDL (baik) kolesterol. Ia lebih ketara mengurangkan tahap sebatian sulfida yang berkaitan dengan nafas berbau.

Dari air manis lobai ubah kepada PLAIN WATER:-untuk  elok untuk kesihatan, air diminum 1/2 atau 1jam selepas makan.

Info tentang AIR:-
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Teh tarik favourite plak lobai change to KOPI 'O'
Info tentang KOPI:-
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


kalau dulu breakfast dengan roti canai, sekarang makan OAT
Info tentang OAT:-
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat
dan selalu juga ambil PISANG untuk tenaga.
Info tentang pisang:-
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Selain buah-buahan, lobai juga mula berjinak-jinak dengan sayur-sayuran terutama sayuran hijau dan ulam-ulaman

Info tentang BUAH&SAYUR:-
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.
Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup. Pengamalan buah-buahan dan sayur berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.


 KURMA juga lobai amalkan inshaAllah..sebab seisi rumah lobai didik untuk rajin berpuasa Isnin Khamis.
Kurma Ajwa-Kurma Nabi


Info tentang KURMA:-
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.



MADU juga elok untuk kesihatan sekeluarga disamping mendapat pahala sunnah:-

Info tentang MADU:-
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).


OLIVE OIL atau MINYAK ZAITUN juga lobai usahakan untuk kesihatan:-

Info tentang MINYAK ZAITUN:-
Buah Zaitun merupakan buah yang disebut di dalam Al-Quran.Daripada daunnya hinggalah buahnya,mempunyai khasiatnya tersendiri. Minyak zaitun mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty asids) MUFAs. MUFAs ini dikategorikan sebagai lemak sihat. Sekiranya dalam diet seharian kita mengandungi lemak tidak tepu seperti MUFAs dan lemak politaktepu (PUFAs) berbanding lemak tepu dan lemak trans, kita boleh mendapat kebaikan untuk kesihatan kita.
MUFAs dan PUFAs boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Menariknya lagi, MUFAs ini boleh merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan tahap kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah. Di samping itu, MUFAs turut membantu menormalkan pembekuan darah. Beberapa kajian juga mendapati MUFAs juga berguna untuk mengawal tahap insulin dan gula dalam darah yang mana membantu sekiranya kita mempunyai diabetes jenis 2.
Selain itu, minyak zaitun ini turut terkenal sebagai pelembap semulajadi. Ia dapat membantu melindungi kulit kering dan berguna kepada mereka yang mempunyai psoriasis atau eczema. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa minyak zaitun ini mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, kita perlulah mengambilnya secara bersederhana. Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penjagaan minyak zaitun ini. Hal ini kerana, sekiranya terdedah kepada cahaya, haba dan udara,kemungkinan nutrien dan rasanya akan terjejas.


Habbatus-sauda pun tak ditinggalkan:-

Info tentang SAUDA:-
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Kalau kepingin untuk makan sedap skit, lobai biasanya akan cari AYAM GRILL/ROASTED.
kat Kenny Roger pun boleh, kat Restoran Arab pun boleh.



untuk mengurangkan kolesterol pula lobai amalkan makan BAWANG PUTIH/ GARLIC:-
Info tentang GARLIC:-
Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. (Nama saintifik Allium satvium). Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman. Selain dapat mengurangkan kolesterol, ia mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
a) penawar sengatan -
b) penawar sakit kepala
c) penawar batuk dan lelah
d) penawar cacing kerawit
e) penawar kembung perut
f) penawar mulut busuk
g) penawar luka kecil
h) penawar buasir
i) penawar saki otot
j) penawar sakit kerongkong
k) penawar sakit gigi
l) penawar bisul 
m) penawar payu dara yang sakit
m) penawar selsema



Ini lah semua list-list makanan yang lobai amalkan untuk sihat. cuma yang paling penting lobai nak highlight kat sini especially bagi kaum Adam, kena berhenti merokok untuk hidup sihat. kalau jogging banyak mana pun, makan sikit mana pun tapi kalau tak boleh buang tabiat merokok, kita takkan berjaya untuk hidup sihat. jadi sama-sama lah kita pakat berusaha dan bermuhasabah inshaAllah.



ALLAH YANG BAGI MANFAAT...DAN ALLAH JUGA BAGI MUDARAT/UJIAN..BILA SIHAT, KITA MUDAH UNTUK BERAMAL INSHAALLAH....

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Disember 21, 2011

Kursus Menyelamat bersama JPAM

Lobai berminat nak share pengalaman lobai menyertai kursus dengan Jab.Pertahanan Awam Selangor (Civil Defense Dept) selama 5 hari di JPAM Selangor (2 hari) dan Nur Lembah Pangsun, Bangi (3 hari).
selain menimba ilmu untuk menjadi anggota penyelamat, lobai dapat muhasabah diri dengan beberapa perkara yang dilalui di sana.



2 HARI DI JPAM SELANGOR

Ular sawa yang ditangkap sehari sebelum kami sampai. ular ni masih garang. lobai baru tahu ular sawa zaman moden ni berbisa. bisa-bisa tu terhasil melalui makanan2 yang dimakan seperti plastik, sampah, botol-botol plastik dll. dan jika ular tu berlingkar maknanya kita selamat dari diserang, tetapi was-was jika ular tu dah mula membentuk spring, maka pandai2 la lari jauh2 sebelum diterkam dan dibelit. dan one more, lobai baru tahu sekali ular tu mematuk, ia akan lemah sangat, jadi kemungkinan utk mematuk kali ke 2 tu adalah agak mustahil.
<><> <><> <><>
Kain gelap dan besar ditutup atas kepala ular supaya ulat tu rasa selamat dan tak takut.

Muka-muka RajaUlar-berlatih cara menangkap ular.


Bilik Kecemasan di Jab.Pertahanan Awam menerima panggilan emergency setiap hari. purata panggilan kecemasan yang diterima tidak kurang 10 panggilan sehari. kadang-kadang hospital juga akan meminta bantuan ambulans drp JPAM. dan dalam 1 juta pemanggil, hanya 10% yang betul2 real punye emergency? yang selebihnya?? ada yg nak minta no.phone la, ada yang nak bergurau-senda la, ada yang boring la, nak mengurat pun ada. adus, ini la masyarakat kita. hal mcm ni pun bole buat main2. kaya benor kredit tak habis2 agak nye. JPAM ni nak tak nak t'paksa jgk melayan krenah org2 tak semengah ni, sbb diorang nak kena pastikan betul2 kecemasan atau tak. ni melibatkan nyawa.
antara kecemasan yang dikendalikan oleh JPAM termasuklah tangkap ular, mangsa lemas, banjir, kebakaran, accident, kucing tersekat atas bumbung rumah, dan segala jenis aktiviti menyelamat.

                                                                  

<>Uncle George rajin melayan kami sehingga t'paksa pusing 360deg. tapi klu soalan 'MANGSA YANG TERCABUT MATA TU BOLEH MASUKKAN SEMULA KE MATA DIA?' hah, kalau soalan camni uncle George akan jawab, 'tanyalah doktor di hospital'....ye tak ye jugak kan.heheh:)
3 HARI DI NUR LEMBAH PANGSUN


Nur Lembah Pangsun
Hari ke 3 dengan menaiki trak JPAM, kami memasuki hutan Nur Lembah Pangsun..makin excited bila kena tidur dlm khemah.
mula2 mmg lobai nak tdo kat khemah, tp skali mlm tu ada ular ditangkap berhampiran khemah jurulatih JPAM, smua pakat kecut perut.

lebih kurang macam ni la ular yang ditangkap tu. kecil kemerahan

walau belerang ( sejenis srbuk utk halang ular mendekati kita) di tabur, tp tetap rs tak selamat. huhu. muka je macho tapi dlm hati ada taman da...takpe lah , nak selamatkan orang ni yang penting kita sendiri kena selamat dulu. ni konsep yg diajar kpd kami.

lebih kurang ni lah khemah-khemah yang didirikan

solat jemaah tetap diutamakan walau berada dalam aktiviti di hutan. semoga dengan solat berjemaah , aktiviti yang dijalankan diberkati Allah.. lobai turun rumah pun dengan niat untuk berdakwah inshaAllah




Selepas kepenatan exercise, kami diajar kawad. mana2 badan beruniform pun memang akan ada kawad untuk memastikan disiplin terjaga, keseragaman dan semangat berpasukan...'KAMU SATU SKUAD, KENA BERSATU JIWA'..ini lah antara kata2 yg jurulatih JPAM pesan kpd kami berkali-kali bila kami asyik lupa je hukuman & perbuatan dlm kawad.





Belajar cara ikatan. naseb baik ada akak2 cun JPAM yang sudi mengajar lobai.
hehehe jgn mare;)




Cara mengikat usungan dengan kemas dan padat pun diajar. menyelamat macam ni penting digunakan dalam hutan atau untuk mengalihkan mangsa dalam jarak yang agak jauh. ikatan perlu ketat dan kukuh supaya mangsa tak jatuh dan senang diusung.
bukan gambar sebenar


tapi kalau di malam ari, bunyi kitorang berdengkur mengalahkan bunyi2 lain. nak wat camane, otai la kata kan;)

Antara aktiviti yang memerlukan keuatan fizikal dan mental ialah menuruni bukit menggunakan tali (Absailing).
ni bukan gambor sbenar.tapi lebih kurang mcm ni la cuma kami menuruni bukit.

Monkeycrawl pula adalah cara-cara menyelamat dalam air.

Monkey crawl- lobai punye dalam kolam, menggunakan life jacket

Pada hari ke-4 kami diminta floating dalam air hampir 20 minit dgn life jacket.lebih kurang cara di bawahlah. ada juga yg fobia air tak brani melakukan aksi ini.

Pada petangnya kami diajar teknik floating dalam air sungai deras menggunakan life jacket. hampir 2.5km jgk le sampai nak cramp kaki, lenguh pinggang den merempuh batu-batu tajam.
kitorang float cam gambor kat bawah ni le cuma lobai tak suka tempat tak adventure jadi lobai rempuh la segala sampah-sarap dan pokok2 buluh dekat-dekat tebing tu. bukan lobai salah teknik drift, tapi sape suh buang sampah merata. sbb tu la kena jaga kebersihan sungai. kesian lobai malang ni kena rempuh sampah-sarap tu tau. kalau korang jaga kebersihan sungai, baru la lobai dapat drift dgn selamat. betui tak?
float dlm air ni rupa2 nya kaki kita memainkan peranan penting menjadi stering ke mane kita nak tuju. tp time datang arus deras tu lobai dah guna teknik cakar harimau, berenang itik, segala jenis action la yg lobai buat.mjur orang tak tengok, lau tak malu jugak.
tapi dlm ati zikir tanpa henti ler..Allah je Maha Melindung.



ni lah antara muka-muka yang kepenatan bercampur gumbire krn b'jaya merentasi cabaran mengharung air deras tadi..Alhamdulillah semua selamat. Semangat Pasukan PBB!!



akhir kalam, lobai berasa gumbire dan bersyukur, selain mendapat pengetahuan dan pengalaman tentang cara-cara menyelamat, semangat ukhuwah berpasukan pun berkobar-kobar disamping menikmati keindahan alam milik Allah.Aktiviti-aktiviti outdoor macam ni penting untuk kita melihat keindahan alam dan bersyukur atas kebesaran Allah..indah nya pokok-pokok, bau dedaun, bunyi cengkerik, deruan air sungai yang mengalir dan udara yang segar dan nyaman.. ALHAMDULILLAH...sama-samalah kita menjaga keindahan alam dan sungai kita. dan sama-samalah kita berbakti untuk masyarakat dan agama inshaAllah.



















































Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah