Jom Solat Jemaah

Selasa, Februari 28, 2012

7 Mitos Dalam Diet


1. Makan malam buat anda gemuk?
Tiada sebarang bukti yang menunjukkan makan malam menyebabkan kegemukan. Apa yang penting adalah jumlah kemasukan kalori pada hari itu.

2. Lebih sikit anda makan, lebih bagus?
Mereka yang ada sakit jantung, diabetis, masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pemakanan lemak. Lemak apa? bukan lemak tepu tetapi lemak tak tepu. Lebih sedikit makanan diambil lebih sikit pembakaran berlaku.

3. Protein adalah nutrien yang sangat penting untuk atlet?
Memang benar protein yang diperlukan oleh seorang atlet lebih tinggi dari orang biasa. Tapi berapa banyak? kebanyakan atlet atau mereka yang berlatih di gymnasium tidak memerlukan protein sebanyak yang mereka ambil. Kemungkinan makanan semulajadi mereka dah mencukupi tanpa perlu mengambil makanan tambahan. Keperluan seorang ahli bina badan mungkin lebih berbanding atlet bola sepak.

4. Diet rendah lemak atau tiada lemak bagus untuk anda?
Perlu diingatkan bahawa badan kita memerlukan lemak sebagai tenaga, untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak, untuk pengangkutan vitamin A, D, E, K. Tidak perlu diet tiada lemak cuma perlu mengurangkan lemak tepu dalam diet harian.

5. Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Mungkin benar untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan badan membakar otot sebagai sumber tenaga. Apabila otot mengecil, kadar metabolisme badan asas akan menurun.

6. Makanan tinggi lemak menyebabkan badan naik dengan cepat?
Badan kita tidak akan naik lemak segera jika hanya makan 50g coklat. Badan kita memerlukan 3500 kalori berlebihan untuk menaikkan 1g lemak dalam badan.

7. Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Memang benar nikotine mempengaruhi kadar metabolisme badan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Cuma merokok dah jadi rutin, jadi seorang perokok akan mencari sesuatu untuk mengantikan asap rokok dengan makanan. Jadi badan naik disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok seeloknya mencari sesuatu seperti gula-gula getah tiada gula untuk menggantikan rokok.

Zaki Khan



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Senam utk sihat..mudah beramal ibadat..inshaALLAH..

Salam perkenalan dari Zaki Khan. Mungkin ada yang tak pernah dengar nama Zaki Khan. Dulu rajin menulis guna nama jackie. Kini tukar ke Zaki Khan. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih peribadi di beberapa gym terkemuka di Malaysia, pernah jadi jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah Dato Azalina dulu, banyak bercakap pasal kecergasan, dan kini sebagai seorang terapi senaman. Apa yang dicoretkan adalah dari pengalaman dan ilmu yang ada. Saya mungkin baru dalam industri ini, baru 11 tahun. Blog ini ditulis dalam bahasa melayu dan english. Ok, pertama sekali, apa komen saya tentang industri ini? This is a 'bitchy industry'. Well, you know what i mean. :D. Apa itu senaman? Bagaimana bersenam? Kenapa perlu bersenam? Sapa yang patut bersenam? Dan pelbagai lagi soalan2 lazim mengenai senaman. Harap2 sedikit sebanyak dapat membantu kepada sesiapa yang memerlukan. Jika ada pendapat yang mungkin bercanggah, sila kemukakan.

Adakah pagi ini kita bangun tidur, tengok cermin dan terkejut, 'eh, aku dah gemuk? semalam kurus je'. Banyak dari kita sebenarnya tak sedar, tak sedar diri dah gemuk, tak sedar bila jadi saiz macam tu. Bila sedar? Bila pasangan kita, suami/isteri, bf/gf tegur, 'eh, ko dah gemuk, diet la sikit'. Atau mungkin sedar bila tengok kawan-kawan kita semua dah berpasangan, masa itu baru lah terfikir, 'gemuknya aku, patut takde lelaki/perempuan yang minat'. Atau mungkin sebelum ini kurus, dah kawen, lelaki cari perempuan kat luar, mana taknya, sebelum kawen badan macam gitar, lepas kawen macam tong drum. :D (Sebagai seorang laki, saya sendiri pun sukakan kecantikan, :p)

Bila dah sedar, mula lah kelam kabut, 'diet' somalia, tak makan apa-apa, puasa, macam-macam jenis diet dicuba. jiran sebelah rumah cakap, 'ko amik product ni, boleh kurus', kawan pejabat cakap, 'ko sapu krim ni, pecah lemak', mak sedara cakap, 'ko pergi slimming center, boleh kurus', tapi berapa ramai pulak yang cakap, 'bersenam, jaga makan, cukup rehat'?. Ada lagi ke yang nak bersenam? letih lah bersenam ni. Sebab itu kut bila orang offer atau 'share' bak kata orang MLM, terus bertanya, berapa harganya product ni?

Macam mana lemak boleh terbentuk? Proses membentuk lemak terlalu kompleks, Apa yang dimakan seharian akan ditukar melalui proses pencernaan yang bermula di mulut. Makanan yang dimakan akan ditukar ke bentuk glukosa dan dibawa ke salur darah. Bila paras glukosa menjadi terlalu tinggi, pankreas akan merembeskan insulin. Insulin berfungsi untuk menukarkan glukosa berlebihan dalam bentuk glikogen untuk disimpan. Glikogen berlebihan akan dibawa ke hati dan yang lebih akan disimpan dalam bentuk tisu adipos. Untuk perempuan, tisu adipos banyak terdapat di punggung dan peha. Lelaki di perut kebiasaannya




Jadi dengan proses yang rumit untuk membina lemak, adakah anda fikir lemak dapat dihilangkan dalam masa 5 minit dengan menyapu krim? Atau makan pil ajaib untuk hilangkan lemak? Lemak tidak dibina dalam masa 5 minit, tapi mungkin 5 bulan, 5 tahun. Gila apa nak hilangkan hasil kerja kita selama 5 tahun membina lemak dengan sapu krim 5 minit. :D. Tiada produk setanding bersenam dan jaga makan. 'Exercise is Medicine'

sumber:zaki khan phenomenom



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Februari 22, 2012

Resepi Kuah Adas Arab… (شربة العدس)


 
 
Masa mula-mula puasa di Jordan, ada beberapa kelainan juadahnya. Malas nak masak, so berbuka di mat’am Arab je, nak cuba juadah berbuka selera arab. Rata-rata mat’am atas meja telah tersedia semangkuk hidangan Adas. Semua macam tu. Adas sebagai pembuka juadah. Dicecah dengan roti. Memang sedap. Kalau di Malaysia ni lebih kurang macam kuah kacang dal. Tapi resepi arab ni simple aje dan enak. Risik-risik punya risik dapatlah juga resepi ni dari seorang sahabat di Mu’tah. Masa pergi ziarah dia di Karak secara tak sengaja resepi ini diperolehi.

Bahan-bahan:

*Kacang adas (kacang dal)

*Bawang kecil/besar, bawang putih

*Garam, air, ayam/daging

*Minyak untuk menumis. Sedikit serbuk jintan.



Caranya:

*Kacang adas direndam sehingga kembang. Bawang dipotong. Toskan kacang yang telah direndam tadi. Panaskan minyak, tumis dengan bawang sekejap je, terus masuk kacang tadi. Kacau-kacau seketika. Padam api. Kacang yang telah ditumis dengan bawang tadi dikeluarkan dan diblend (kisar). Jangan sampai hancur, biar ada kasar-kasar sikit.

Panaskan periuk sekali lagi, masuk bahan yang telah dikisar,masukkan ayam/daging, garam, serbuk perisa dan jintan. Masak sampai mendidih, sekiranya pekat, tambah lagi air. Siap untuk dimakan bersama roti arab. 10 minit pasti siap. Dah siap sedekahkan pada jiran-jiran moga rezeki kita diberkati…



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

ADAS



APA ITU FENNEL / Adas (Foeniculum vulgare Mill.)
Sinonim := E officinale, All. = Anethum foeniculum, Linn.
Familia :
Apiaccae (Umbelliferae)
Uraian :
Adas merupakan satu dari sembilan tumbuhan obat yang dianggap berrnukjizat di Anglo-Saxon. Di Indonesia telah dibudidayakan dan kadang sebagai tanarnan bumbu atau tanaman obat. Turnbuhan ini dapat hidup dari dataran rendah sampai ketinggian 1.800 m di atas permukaan laut, namun akan tumbuh lebih baik pada dataran tinggi. Asalnya dari Eropa Selatan dan Asia, dan karena manfaatnya kemudian banyak ditanam di Indonesia, India, Argentina, Eropa, dan Jepang. Terna berumur panjang, tinggi 50 cm - 2 m, tumbuh merumpun. Satu rumpun biasanya terdiri dari 3 - 5 batang. Batang hijau kebiru- biruan, beralur, beruas, berlubang, bila memar baunya wangi. Letak daun berseling, majemuk menyirip ganda dua dengan sirip-sirip yang sempit, bentuk jarum, ujung dan pangkal runcing, tepi rata, berseludang warna putih, seludang berselaput dengan bagian atasnya berbentuk topi. Perbungaan tersusun sebagai bunga payung majemuk dengan 6 - 40 gagang bunga, panjang ibu gagang bunga 5 - 1 0 em, panj' ang gagang bunga 2 - 5 mm, mahkota berwarna kuning, keluar dari ujung batang. Buah lonjong, berusuk, panjang 6 - 10 mm, lebar 3 - 4 mm, masih muda hijau setelah tua cokelat agak hijau atau cokelat agak kuning sampai sepenuhnya cokelat. Namun, warna buahnya ini berbeda-beda tergantung negara asalnya. Buah masak mempunyai bau khas aromatik, bila dicicipi rasanya relatif seperti kamfer. Adas menghasilkan minyak adas, yang merupakan basil sulingan serbuk buah adas yang masak dan kering. Ada dua macam minyak adas, manis dan pahit. Keduanya, digunakan dalam industri obat-obatan. Adas juga dipakai untuk bumbu, atau digunakan sebagai bahan yang memperbaiki rasa (corrigentia saporis) dan mengharumkan ramuan obat. Biasanya adas digunakan bersama-sama dengan kulit batang pulosari. Daunnya bisa dimakan sebagai sayuran. Perbanyakan dengan biji atau dengan memisahkan anak tanaman.

Nama Lokal :
Hades (Sunda), adas, adas londa, adas landi (Jawa),; Adhas (Madura), adas (Bali), wala wunga (Sumba).; Das pedas (Aceh), adas, adas pedas (melayu).; Adeh, manih (Minangkabau). paapang, paampas (Menado).; Popoas (Alfuru), denggu-denggu (Gorontalo), ; Papaato (Buol), porotomo (Baree). kumpasi (Sangir Talaud).; Adasa, rempasu (Makasar), adase (Bugis).; Hsiao hui (China), phong karee, mellet karee (Thailand),; Jintan Manis (Malaysia). barisaunf, madhurika (Ind./Pak.).; Fennel, commaon fennel, sweet fennel, fenkel, spigel (I).;

Penyakit Yang Dapat Diobati :
Sakit perut (mulas), perut kembung, mual, muntah, ASI sedikit,; Diare, sakit kuning (jaundice), kurang nafsu makan, batuk,; Sesak napas (Asma), nyeri haid, haid tidak tertur, rematik goat,; Susah tidur (insomnia), buah pelir turun (orchidoptosis), kolik,; Usus turun ke lipat paha (hernia inguinalis), batu empedu,; Pembengkakan saluran sperma (epididimis),; Penimbunan cairan dalam kantung buah zakar (hiodrokel testis),; Keracunan tumbuhan obat atau jamur, meningkatkan penglihatan;
Pemanfaatan :
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN :
Buah masak (Xiaohuixiang, hui-hsiang). Buah yang telah masak dikumpulkan, lalu dijemur sampai kering.

KEGUNAAN:
Buah bermanfaat untuk mengatasi :
- sakit perut (mulas), perut kembung, rasa penuh di lambung, mual,
http://binmuhsinfennel.blogspot.com/2010/06/apa-itu-fennel-adas-foeniculum-vulgare.htmlmuntah, diare,
- sakit kuning (jaundice), kurang nafsu makan,
- batuk berdahak, sesak napas (asma),
- haid: nyeri haid, haid tidak teratur,
- air susu ibu (ASI) sedikit,
- putih telur dalam kencing (proteinuria),
- susah tidur (insomnia),
- buah pelir turun (orchidoptosis),
- usus turun ke lipat paha (hernia inguinalis),
- pembengkakan saluran sperma (epididimis),
- penimbunan cairan di dalam kantung buah zakar (hidrokel testis),
- mengurangi rasa sakit akibat batu dan membantu menghancurkannya,
- rematik gout, dan
- keracunan tumbuhan obat atau jamur.

Daun berkhasiat mengatasi :
- batuk,
- perut kembung, koilk,
- rasa haus, dan
- meningkatkan penglihatan.

CARA PEMAKAIAN :
Buah adas sebanyak 3 - 9 g direbus, minum atau buah adas digiling halus, lalu diseduh dengan air mendidih untuk diminum sewaktu hangat. Daun dimakan sebagai sayuran atau direbus, lalu diminum.
Pemakaian luar, buah kering digiling halus lalu digunakan untuk pemakaian lokal pada sariawan, sakit gigi, sakit telinga dan luka.
Minyak adas juga dapat digunakan untuk menggosok tubuh anak yang masuk angin.

CONTOH PEMAKAIAN :
1. Batuk
a. Siapkan serbuk buah adas sebanyak 5 g disedub dengan 1/2
cangkir air mendidih. Setelah dingin disaring, tambahkan 1 sendok
teh madu. Aduk sampai merata, minum sekaligus. Lakukan 2 kali
sehari, sampai sembuh.

b. Siapkan daun saga 1/4 genggam, bunga kembang sepatu 2
kuntum, daun poko 1/5 genggam, bunga tembelekan 10 kuntum,
bawang merah 2 butir, adas 1 sendok teh, pulosari 1 jari, rimpang
jahe 1 jari, gula merah 3 jari, dicuci dan dipotong-potong
seperlunya. Rebus dengan 3 gelas air bersih sampai tersisa
setengahnya. Setelah dingin disaring, lalu diminum. Lakukan 3 kali
sehari, masing-masing 1/2 gelas.

2. Sesak napas
a. Ambil minyak adas sebanyak 10 tetes diseduh dengan 1 sendok
makan air panas. Minum selagi hangat. Lakukan 3 kali sehari,
sampai sembuh.

b. Siapkan adas 1/2 sendok teh, pulosari ¼ jari, rirnpang kencur 2
jari, rirnpang temulawak 1 jari, jintan hitam 114 sendok teh, daun
poncosudo (Jasminum pubescens) 1/4 genggam, gula merah
3 jari, dicuci dan dipotong-potong seperlunya. Baban-bahan tadi
lalu direbus dengan 4 1/2 gelas air bersih sampai tersisa kira-kira
separonya. Setelah dingin disaring, dan siap untuk diminum.
Sehari 3 kali, masing-masing 3/4 gelas.

3. Sariawan
Siapkan adas 3/4 sendok teh, ketumbar 3/4 sendok teh, daun iler
1/5 genggam, daun saga 1/4 genggam, sisik naga 1/5 genggam,
daun sembung 1/4 genggam, pegagan 1/4 genggam, daun kentut
1/6 genggam, pulosari 3/4 jari, rimpang lempuyang wangi 1/2 jari,
rimpang kunyit ½ jari, kayu manis ¾ jari, gula merah 3 jari, dicuci
dan dipotong-potong seperlunya. Bahan-bahan tadi lalu direbus
dengan 4 1/2 gelas air bersih sampai tersisa separonya. Setelah
dingin disaring, siap untuk diminum. Sehari 3 kali, setiap kali cukup
3/4 gelas.

4. Haid tidak teratur
Siapkan daun dan bunga srigading masing-masing.1/5 genggam,
jinten hitam 3/4 sendok teh, adas 1/2 sendok teh, pulosari 1/2 jari,
bunga kesumba keling 2 kuntum, jeruk nipis 2 buah, gula batu
sebesar telur ayam, dicuci lalu dipotong-potong seperlunya.
Bahan-bahan tadi lalu direbus dengan 3 gelas air bersih sampai
tersisa 2 1/4 gelas. Setelah dingin disaring, minurn 3 kali sehari,
masing-masing 3/4 gelas. Keracunan tumbuhan obat atau jamur
Siapkan serbuk buah adas sebanyak 5 g, lalu seduh dengan
setengah cangkir arak. Minum selagi hangat.

5. Batu empedu
Serbuk buah adas sebanyak 5 g diseduh dengan 1 cangkir air

==
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khasiat Kacang Adas

Maryam Moradov,ahli gizi mengatakan, kacang adas kaya dengan potasium dan magnesium yang
bermanfaat bagi penderita tekanan darah tinggi dan dapat membuka pembuluh darah. Ahli gizi, Maryam Moradov menambahkan, kacang adas juga kaya dengan asid folik.Sekalipun asid folik sensitif
dengan panas, namun terkait kacang adas yang telah dimasak masih ditemukan kadar zat ini. Selain itu, kacang adas juga kaya akan vitamin B6, asid folik dan zat besi yang
bermanfaat bagi penderita kurang darah. Sementara kandungan mangan dan Zn kacang adas bermanfaat bagi pertumbuhan anak-anak," tambahnya. Ahli gizi Maryam Moradov juga menyebut
kacang adas memiliki zat anti oksidan bernama Selenium yang mampu menangkal radikal bebas yang
membahayakan badan. Kekurangan Selenium dapat melemahkan kekebalan tubuh. Spesifikasi Kata ‘adas (ﺱَﺪَﻋ) merupakan kata benda. Bentuk satuannya adalah ‘adasah (ﺔَﺳَﺪَﻋ). ‘Adas
(ﺱَﺪَﻋ) adalah nama tumbuh-tumbuhan sejenis kapas, ditanam dari bijinya yang dapat juga dimakan. Di dalam istilah Indonesia disebut juga ‘kacang adas’. Kacang adas berasal dari Asia, sekarang
sudah dapat tumbuh di berbagai wilayah di dunia. Muhammad Farid Wajdi di dalam Dâ’irah Al-Ma‘ârif Al- Qarn Al-‘Isyrîn menyebutkan bahwa ‘adas (kacang adas) itu tergolong sayur-mayur yang
banyak tumbuh di tanah Arab (Timur Tengah). Para petani menganggap ‘adas' sebagai salah satu menu
makanan mereka yang utama.Kacang adas banyak ditanam di daerah pedalaman yang banyak air dan sedikit sekali ditanam di daerah pantai. Pe­nyiraman tanaman ini dilakukan dengan sistem
irigasi. Biasanya, kacang adas ditanam bersamaan waktunyadengan gandum. Di dalam Al-Qur’an, kata ‘adas' (ﺱَﺪَﻋ) hanya disebut satu kali, yakni di dalam QS. Al-Baqarah[2]: 61, di dalam bentuk kata
benda tunggal. Disebutnya kata ‘adas berkaitan dengan kerewelan umat Nabi Musa (Bani Israil). Mereka mengada­kan eksodus besar-besaran me­nyeberangi Laut Merah. Di dalam perjalanan menuju
Tanah Harapan, tanah Kan‘an(Palestina), di dalam kondisi sulit di tengah gurun itulah mereka meminta hal-hal yang sulit didapat atau dipenuhi. Mereka menginginkan hal-hal,makanan, dan kebutuhan sehari-hari seperti yang telah mereka dapatkan di tanah Mesir dahulu. Di dalam surat tersebut digambarkan mereka tidak tahan lagi bersama Nabi Musa karena hanya dengan satu
macam makanan saja. Oleh karena itu, mereka mendesak Nabi Musa agar memohon kepada Tuhan supaya mereka memperoleh apa-apa yang tumbuh di bumi, yakni sayur-mayur, ketimun, bawang
putih, kacang adas, dan bawang merah. Secara kontekstual, Ayat 61 QS. Al-Baqarah [2] itu berbicara
mengenai peringatan terhadap orang Yahudi di Madinah atas nikmat-nikmat Allah yang telah dikaruniakan kepada nenek moyang mereka, Bani Israil, terutama pengikut Nabi Musa, dan mengingatkan kembali akan watak buruk mereka agar jangan ditiru atau diulang lagi. (Ahmad Asymuni)


sumber:cyber sabili

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Resepi Hummus (dari kacang kuda)

hummus
Ini lah makanan paling sedap kat middle east. Cicah dengan roti, sayur, sapu kat sandwich ganti mayonaise, atau makan begitu saja. Memang sedap gilerrrrr!      http://www.myresipi.com/top/detail/6881


  • 2 tin kacang kuda (chickpeas - 400g setin)

  • 1 sudu besar tahina (sesame seed paste)

  • jus dari 1/2 biji lemon

  • sedikit minyak zaitun

  • serbuk paprika untuk hiasan

  • seulas kecil bawang putih disagat halus             

  • Cara-cara

    1. Buangkan air kacang kuda, cuma simpan sedikit sahaja untuk memudahkan kacang di blend. Simpan juga sedikit kacang kuda untuk hiasan.
    2. Masukkan kacang kuda, tahina, jus lemon, bawang putih, dan air dari kacang kuda tadi kedalam bekas. Gunakan hand blender untuk kisar kacang sehingga halus.
    3. Untuk menghidang, masukkan hummus kedalam mangkuk. Letakkan sedikit kacang kuda yang tidak dikisar ditengahnya. Tuangkan sedikit minyak zaitun keatasnya. Taburkan serbuk paprika sekeliling mangkuk sebagai hiasan.
    4. Dsc05625
      Boleh dimakan dengan roti pita. Selalunya jeruk buah zaitun, hirisan sweet onion, hirisan tomato, dan hirisan cili hijau (memang pedas cili ni) akan dihidangkan sebagai sampingan untuk hummus.
    5. NOTA: Untuk yang tak jumpa tahina/tahini tu, saya pun tak sure apa substitute dia. Saya pernah buat tak letak tahina, ok jugak rasa dia cuma texture hummus tu tak begitu smooth.



    Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

    Khasiat kacang kuda

    Kacang kuda merupakan antara sumber terbaik zink, folat dan protein. Ia juga kaya dengan fiber untuk mengawal pemakanan selain menyalurkan karbohidrat bagi mereka yang mempunyai masalah sensitiviti insulin atau diabetes. Kacang kuda juga rendah lemak. Kacang kuda juga sumber terbaik kalsium. Beberapa kajian yang dijalankan menemui kandungan kalsium kacang kuda sama banyak dengan yogurt yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, 2.6gm lemak (hanya 0.27gm lemak tepu), 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein. Tepung kacang kuda Tepung kacang kuda banyak digunakan dan amat popular dikalangan masyarakat Asia Barat seperti India. Tepung tersebut digunakan sebagai adunan membalut daging atau sayur sebelum ia digoreng.
    Tepung kacang kuda amat popular dikalangan menu masyarakat India terutamanya dalam penyediaan makanan untuk pengamal sayur-sayuran (vegetarian).
     
     
    Ia banyak digunakan untuk memekatkan kari selain digunakan untuk membuat 'pakoras'. Ada juga mencampurkannya dengan susu sebagai pencuci muka. Kacang kuda rebus Merupakan salah satu makanan sampingan yang popular dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya sebagai hidangan minum petang. Selain mudah didapati, penyediaannya juga cukup ringkas. Antara khasiat yang terkandung di dalam kacang kuda rebus ialah kandungan lemak tepunya amat rendah, tiada kolesterol dan gula malah tinggi kandungan vitamin B6.
     
     
     
    Namun begitu, bagi mengekalkan khasiatnya, semasa penyediaan kacang kuda rebus, tidak perlu ditabur garam kerana rasanya sudah cukup enak secara semulajadi. Perkembangan industri perkilangan makanan memudahkan kacang kuda untuk dikormesialkan. Kacang kuda juga boleh didapati di dalam tin. Tidak seperti sayuran tin yang lain, kacang kuda yang ditinkan masih mempunyai nilai-nilai nutrisi
    yang tinggi umpama kacang kuda segar. Nikmati kacang kuda dalam tin untuk mendapatkan keperluan serat dan protein yang baik. Kacang kuda tin selalunya dimakan begitu sahaja atau dibuat salad. Snek kacang kuda Pelbagai snek yang dicipta dari kacang kuda sebagai makanan ringan untuk kudapan. Khasiat tulen kacang kuda masih lagi terpelihara, tetapi dengan penambahan bahan-bahan lain seperti garam, serbuk perasa menyebabkan kandungan kolesterolnya meningkat dan tidak sesuai bagi mereka yang menghidap darah tinggi. Snek kacang kuda ini mudah didapati dimana sahaja. Salad kacang kuda ala Itali Sesekali apa kata nikmati salad kacang kuda yang dicampur dengan kacang parang sebagai
    snek. Khasiatnya sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Caranya mudah, campurkan kacang kuda dengan kacang parang, digaul dengan bawang merah yang dicincang. Taburkan cincangan daun basil
    dan akhir sekali gaulkan sos salad dan sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang.
     
     
     
    Sumber: kkida@1001 resepi
     
    Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

    Selasa, Februari 14, 2012

    Berbicara tentang ILMU dari LOBAI;)

    "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
     
    Petikan di atas adalah wahyu pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril supaya Nabi saw menuntut ilmu.
      
    Subhanallah..hebatnye Allah..Islam yang tersebar ke merata alam sehingga ke hari ini adalah melalui ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Dia tahu kita dilahirkan bukan celik mata je dah jadi CEO company, duit bertimbun-timbun, keluarga kaya, atau keturunan Raja-Raja, atau terus rupa macam model segak dan cantik bergaya je..jadi Allah bagi kita peluang untuk dapat semua tu melalui ilmu je. Nak jadi CEO company kena ada ilmu, nak kaya dan pandai cari makan pun kena ada ilmu, nak jadi segak bergaya pun kena ada ilmu. Kalau ada ilmu, orang lelaki tak hensem pun nampak hensem..Orang perempuan cun-melecun , tapi kalau tak ada ilmu, lawo dia tu skejap je. Cube kalau dia ada ilmu, orang akan hormat dia bukan kerana rupa, tapi kerana kepandaiannya inshaAllah.

    Cuma nye , persoalan yang lobai nak kupas kat sini ialah, ilmu dunia memang penting, tapi ilmu akhirat jauh lebih penting. Orang yang pandai, bukan bila dia mampu kuasai ilmu bisnes, engineering, medical, statistical, economy, education atau sebagainya. Itu cuma kemahiran duniawi. Tapi orang yang pandai ialah orang yang tahu ilmu apa yang dia dah belajar untuk bekalan akhirat. Dan kena ingat, belajar saje tak penting, kena amal dan sampaikan juga kepada orang lain. Jika kita tahu tapi tak amal, kelak kita akan dipersoalkan juga.

    Sejujurnya lobai ini bukan berasal dari keluarga alim ulamak atau anak ustaz ustazah. Tak juga dari sekolah pondok atau hafiz. Lobai cuma orang biasa yang mujur lulus pendidikan Islam SPM je. pernah awal tahun 2012 baru ni, lobai didatangi seorang budak tahfiz dari Pattani datang jual barang kat lobai, dia menjual takwim hijrah dan bahan-bahan ilmiah agama. Lepas dia jual, dia sebut 'saya jual ye'..so lobai pun memulakan la celoteh 'lobaisoparuh' ni...lobai cakap, kalau berniaga barang-barang agama, jangan kata kita jual dik (macam budak lagi, tapi takpe ler lobai pun awet muda jer.tak gitu:)), kita tak boleh jual agama, tapi niat kita infak dan hadiah ke jalan Allah. Alhamdulillah adik tu boleh terima sharing dari lobai. cuma nye dia tanye lobai ni kelulusan mane..agaknye dia pikir dari universiti Al-Azhar la kot..kihkihkih. tapi Allah ni Maha Adil, Dia tak pilih orang yang dapat cemerlang peperiksaan untuk masuk syurga, tapi Dia menilai usaha seseorang hambaNya untuk menuntut ilmu yang Dia redhai dan berkati kerana Allah.kalau tak, melepas la lobai nak ke syurga. sebab lobai mengaji atap rumbia je.huhuhu.jadi mak bapak adik kakak di luar sane yang mempunyai anak, adik, kawan yang tak brape nak cerdik time exam tu, jangan ler engkorang buli diorang lak. diorang tu Allah sayang. kenapa Allah sayang? sebab diorang dah berusaha untuk menuntut ilmu. yang Allah tak suka nye engkorang yang kaki pembuli ni - sape makan cili dia terasa pedas ler..tapi lobai tak rasa pedas, sbb lidah tebal!!hihihi gurau jer..
    Jadi di bawah ni lobai share sedikit praktikal atau amalan lobai sekuarga dalam pencarian ilmu yang berterusan sampai ke liang lahad inshaAllah:

    Ilmu AGAMA



    1) Tafsir Qur'an - Radio IKIM pukul 6.30am Ustaz Zahazan
    2) Taalim kitab Fadhilat Amal : yang ni bace dengan anak2 kat rumah malam2 inshaAllah
    3)Kuliah-kuliah di masjid/surau : jika ada kesempatan dan rezeki lobai akan bawa bini2 dan anak2 ke masjid atau surau untuk mendengar kuliah agama sambil2 berjemaah.
    4) Bayan : Bayan ni story-telling, biasanye untuk kaum lelaki di masjid dan jemaah masturat (perempuan) di rumah-rumah.
    5) Asma Ul-Husna : Lobai beratkan penghafalan Asma Ul-Husna bagi sekeluarga. especially bila naik kenderaan, sambil pakai seat belt, kami sekuarga akan baca Asma Ul-Husna ni. lobai bagitau anak, kalau tak bace kereta tak dapat jalan. hehe cordik tak bape dorang ni? takpe, merentung buluh biar dari rebung nye, da besor baru nak didik susah nanti.
    6) Puasa Isnin Khamis : Lobai didik sekuarga untuk pose Isnin Khamis. Amalan puasa ni mendidik anak2 dan bini2 supaya belajar hidup bersederhana dan rasa apa yg orang susah rasa seperti lapar, dahaga, penat dan lain2.
    7) Buku-buku agama : Alhamdulillah bini2 lobai pun suke membace buku2 agama..jadi amalan membaca ni lobai terap untuk seisi rumah. biar rumah tak banyak perabot asalkan banyak buku-buku agama untuk santapan rohani. Bila kita rajin membaca, kita akan lebih tenang dan cerdik. boleh jadi pakar motivasi lagi walau tak berbayar.heheh
    8) Takwim : Takwim ni penting untuk ada kat rumah setiap Muslim sebenarnye.. So kita alert tentang waktu solat, tarikh-tarikh penting dalam Islam macam Ramadhan, Raya Puasa, Raya Haji dan hari-hari yang digalakkan kita berpuasa. Penting ke raya-raya ni? sebab nak balik kampung ke ape? bukan itu matlamatnye. penting untuk kita tahu tarikh so lepas raya puasa je boleh ingatkan anak bini bila nak mule pose 6 dan sebagainye.
    9) Ilmu tentang akhlak dan adab dalam Islam : Ilmu macam ni nak ambil kat mane? tak perlu susah2 masuk U baru nak tahu ilmu2 cam gini pun.. yang penting ibu bapa ni kena banyak belajar dari sumber2 agama yang sahih mcm buku2, ustaz ustazah, dan media. bila tahu, cube praktik kat rumah ler..antara yg lobai praktik ialah :-
     - Dulu sbelum brenti smoking, lobai tak smoking depan anak2. skarang Alhamdulillah dah stop ni, takde la susah2 lobai ken menyorok lagi.
    - Kat rumah, lobai sentiasa berpakaian dengan cara elok depan anak2. perasaan malu penting walaupun depan anak2 sendiri. ini cara mendidik mereka menghormati ibu bapa. jika malu hilang, hormat pun akan hilang.
    -Anak-anak lobai kena ketuk pintu sebelum masuk bilik. lobai tak risau kalau tak kunci pintu pun, sebab selagi lobai tak bagi kebenaran masuk, duk lah diorang depan pintu tu. tapi anak sulung lobai dah pandai , Assalamualikum, tak jawab berdosa, Assalamualaikum tak jawab berdosa....Adus, kacau daun betul. dah besor2 panjang pun nak bermanja dgn mak ayah dia lagi, nak tidur kat tengah2. tapi takpe, anak suka dengan kita ni kan bagus :)
    -Adab makan pun lobai ajar ler...kalau makan jangan gelojoh, bace doa dulu..then kena ingat orang belakang jangan baham sesorang jer. lobai ajar juga diorang tolong mak diorang kat dapur. so bila diorang dah besar2 panjang ni tak kira laki pompuan dah boleh diharap untuk memasak, basuh pinggan, buang sampah dan lain2 lagi.
    -Anak- lelaki lobai asuh diorang disiplinkan diri tentang solat jemaah tak kira lah surau dekat rumah atau kat masjid sekalipun. kadang2 jemaah datang ke tempat kitorang pun, lobai bagi urusan jaga kunci surau tu kat anak2 lobai. dan biasanye diorang pun berminat nak join program2 jemaah Alhamdulillah.
    -Lobai tak ajar anak atau bini2 lobai suka bertandang lame2 kat rumah orang. Kalau takde ape2 urusan, duk rumah diam2, banyakkan amal ibadah dalam rumah.Kalau ada rezeki lobai bawak diorang jejalan makan2 sambil tengok wayang. kalau onkos nye ciput kitorang lepak2 kat rumah main tudung botol, Saidina,terup happy family..uno kad..atau bagi alpabhet, A, Kene gune A utk name,negeri,mknan,minuman,benda..binatang........nampak simple kan, tapi inshaAllah hubungan makin akrab.
    -Lobai tak memanjakan bini2 dan anak2 dgn material. mintak maap, lobai orang susah, kalau korang nak idup dgn lobai, jangan arap nak dapat emas berlian, lobai awal2 lagi cakap lobai tak mampu..ini lah yang lobai didik bini2. jadi diorang tak meminta2 dari lobai..ada rezki lobai sendiri akan belikan utk dorang inshaAllah...tapi dari habiskan duit beli emas permata lebih baik settlekan urusan agama yg penting2 seperti menunaikan Haji di Mekah.. Inilah hajat lobai..anak2 pun dah faham bapaknye gaji kecik.jadi diorang jarang meminta2 sebarangan.malah jika tak dapat apa yg diorang kepingin, diorang tak buat perangai.
    - Dan inshaAllah perkataan DEGIL tu takde dalam kamus anak2 lobai. Terutama my dear wife wife. Diorang ada je perangai masing2 tapi Alhamdulillah bila lobai bersuara, diorang patuh dan taat.kekadang tu mungkin ada terpele'ot kat mane2 tapi mudah kembali ke track yang betul. lobai dan isteri2 pun jarang bergaduh, bukan sebab lobai baik, tapi sebab bini2 lobai taat.hehehe.tq Allah:)


    Untuk ILMU duniawi pula:-


    1) Suratkhabar - Kat rumah lobai, macam2 paper ada. Metro, Harakah, Sinar . Jangan fanatik pada satu parti politik, menyebabkan kita tidak adil bila bagi keputusan dan buat penilaian. pihak mane2 pun, salah tetap salah, betul tetap betul.
    2) Ilmu peraturan - hutang orang kena bayar. peraturan jalan kena patuh, lau tak accident lor. jiran2 kena jaga. saudara-mara pun kita kena jaga. ada undangan kenduri, cukup minyak kete je jalan.
    3) Ilmu pemakanan - lobai titikberatkan juga pemakanan seluruh kuarge terutama makanan sunnah dan makanan menyihatkan badan. jangan terkejut, umah kitorang takde susu, milo, horlick ni. lobai ajar anak2 minum kopi. kopi ni kan sunnah Nabi saw. kekadang je pekena teh tarik bini lobai buat. ada duit lebih skit lobai beli madu, minyak ikan, minyak zaitun, kurma, kismis, badam, dan makanan sunnah yg lain.
    4) Buku-buku : budaya membaca inshaAllah lobai terapkan dalam rumah terutama bini2 lobai. diorang kena banyak pengetahuan, sbb lobai suke membaca dan bincang macam2 issue dgn bini2 lobai tak kira lah isu semasa , isu politik, isu agama, dll. rumahtangga lagi utuh bila laki bini ni rajin berkomunikasi. kita akan lebih sefahaman nanti inshaAllah.
    5)TV dan INTERNET?? - oPSS, maap, lobai da cakap tadi lobai org susah.Kami kurang tgok tv, juga takde komputer..kdg2 x tgok tv langsung..tv pun tahun 89,,cuma baru2 ni Allah anto tv lawa,itupun ada orang kasi. Budak skolah kene tidur awal atau pd 10mlm..jika cuti skolah yg pjg pun..utk midnite,tgok citer kartun saje..jika esok nye,subuh telewat,maka utk mggu dpn..no midnite,wlu pun ada kartun.garang tak lobai??kuikuikui.takpe la masing2 ada cara didik anak masing2.yang penting kita berpandukan method-method yang dah di listkan dalam Quran dan sunnah...
    6) Exam anak-anak2 ?- Maap skali lagi. kalau engkorang nak rase lobai ni kolot terpulang lah, lobai no hal punyer;) lobai tak marah jika anak2 tak dapat A dalam exam, tapi lobai marah jika diorang tak amal Asma Husna, tak zikir, tak solat, tak ngaji Quran....A ni untuk kelulusan dunia je. tapi untuk kelulusan AKHIRAT, bukan A exam yg Allah pandang, tapi amalan2 kita untuk mendapat redha dari Nya.
    7) Ilmu berumahtangga- Dalam kehidupan rumah tgga slalu saja datang badai yg menghempas..kekukuhan dlm umah tangga menjadi penting dlm menahan hempasan badai..utk itu,mendekatkn diri pada ALLAH SWT..UNTK CINTA YG TULUS,perlu pengorbanan bagi mengukuhkan rumahtangga dari hempasn badai tadi..subhanALLAH..(jiwang tak ayat lobai? chewah;))



    Hadis 6: Menuntut Ilmu Bererti Menuju Ke Syurga : Daripada Abu Darda' r.a berkata : Aku telah  mendengar Nabi saw bersabda :
     “Barang      siapa      yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani   suatu   jalan  daripada  jalan-jalan  syurga.   Sungguhnya para   malaikat    menghamparkan    sayapnya   kerana    redha   bagi   orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya   orang yang ada di  seluruh lapisan langit dan  bumi  meminta ampun bagi orang yang alim  sehingga ikan yang ada di  laut. Dan  sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas  orang yang abid seperti kelebihan bulan  purnama atas    sekalian   bintang-bintang. Dan      sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi-nabi.  Dan para Nabi itu sebenarnya   tidak mewariskan  dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu.

    1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
    2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesaimelakukan sesuatu.
    3. Mengucap "Astagfirullah"jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
    4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
    5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap "inna lillahi wainna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah
    7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
    mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
    Buat masa ni, ini saje lah yang lobai dapat share sedikit sebanyak..dalam penulisan lobai ni niat lobai bukan nak baiki sape2, tapi nak mengingatkan lobai sendiri jer.kalau rasa bermanfaat, silalah bace dan amalkan. yang tak setuju tu tinggal je dalam blog lobai ni yo.hehehe. gua chow dulu!!
    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..