Jom Solat Jemaah

Selasa, November 27, 2012

Ibrah Kisah Musa Dan Khidir: Belajar Bahasa Dan Berbahasa



Kredit foto: www.overarts.com
“Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa.
Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun.
‘Alayhim al-solaat wa al-salaam.
“Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir.
Kisah ini tersebut di dalam Surah al-Kahf ayat ke-66:

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

 Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18:66]
Di dalam ayat ini terkandung elemen penting membabitkan teras pengurusan ilmu dan intelektual. Ia membicarakan soal adab. Bukan sekadar meminta izin, tetapi mengungkapkannya dengan lafaz yang unik, yakni pada adab Musa meletakkan dirinya sebagai orang yang berhajat, tanpa menyusah dan membebankan Khidir.
“Benarkan sahaja aku mengikutimu, tanpa perlu engkau melakukan apa-apa untukku. Hanya dengan kebenaran itu sudah memadai, proses belajar itu akan berlaku, aku akan belajar daripadamu, apa yang aku hajatkan” mesej yang terkandung di dalam ungkapan Musa itu.
Musa tidak mahu dirinya menjadi beban kepada Khidir.
Khidir tidak perlu memperuntukkan masa tambahan.
Tidak perlu memikirkan kebajikan Musa.
Hanya sebuah kebenaran untuk mengikut, selebihnya Musa sendiri yang uruskan.
MENGUNDURKAN DIRI
Sikap yang sama ditunjukkan, tatkala Musa tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, buat kali kedua, selepas masing-masing sudah bersetuju dengan syarat bersama, bahawa apa sahaja yang berlaku, jangan bertanya, sehinggalah Khidir sendiri yang menerangkannya kepada Musa (Q18:70).
Kali pertama, ketika perahu yang ditumpang dirosakkan oleh Khidir, Musa tertanya.
Kali kedua, tatkala seorang budak lelaki dibunuh oleh Khidir, Musa bertanya lagi.
Pertanyaan spontan kerana Musa adalah seorang Rasul.
Utusan Allah yang sifatnya tidak akan mendiamkan diri terhadap kemungkaran. Terlupa kepada satu syarat pengecualian antara seorang Nabi dengan seorang Nabi yang lain.
Dan selepas dua kali melanggar perjanjian, Musa menampilkan satu lagi pendekatan yang konsisten, seperti yang terungkap di dalam firman Allah:

قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي ۖ قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku” [Al-Kahf 18:76]
Musa sendiri yang berkata kepada Khidir.
Jika sekali lagi beliau melanggar perjanjian, Khidir tidak perlu menyusahkan dirinya untuk terus diganggu oleh ‘pelajar bermasalah’ bernama Musa.
Musa sendiri yang akan mengundurkan diri.
PROAKTIF
Sikap yang ditunjukkan oleh Musa terhadap Khidir amat penting untuk direnungkan dengan penuh tadabbur oleh kita semua. Ia sebahagian daripada akhlaq yang mendatangkan rahmat Allah beriringan dengan ilmu.
Ilmu bersama rahmat, menjadi aset.
Ilmu tanpa rahmat, segalanya liabiliti.
Musa tidak mahu hajatnya untuk belajar dengan Khidir sebagai beban ke atas Khidir. Musa hanya mahu peluang belajar, sesuatu yang Allah tegaskan bahawa ia hanya boleh Musa pelajari daripada Khidir. Ia bukan soal ilmu di dalam al-Kitab yang Allah bekalkan di dalam Taurat buat Musa. Ia adalah ilmu tentang cara memandang masalah. Melihat taqdir Allah yang lebih luas daripada tadbir manusia yang terhad.
Bukan sekadar untuk berilmu, yakni ALIM.
Malah berhikmah dan bijaksana, yakni HAKIM.
Semasa mahu belajar, Musa uruskan sendiri keperluan dirinya, tanpa membebankan gurunya Khidir. Semasa melanggar terma dan syarat yang disepakati bersama, Musa juga memberikan komitmen untuk mengundurkan dari tanpa perlu Khidir memecat atau memberhentikannya.
Sikap proaktif Musa itu amat besar impaknya kepada psikologi manusia.
Dan bekalannya hanya pada memilih perkataan yang betul.
Perkataan yang menyampaikan mesej serupa, tetapi mencetuskan kesan psikologi yang amat berbeza.
APLIKASI DUNIA BELAJAR MENGAJAR
“Saya ingin menjemput ustaz ke syarikat kami dan tarikh cadangan adalah pada 27hb. Inilah satu-satunya tarikh yang kami ada dan syarikat kami amat memerlukan kehadiran ustaz untuk menyelesaikan masalah politik dalaman yang meruncing. Saya sudah telefon ustaz banyak kali tetapi tidak dapat bercakap sendiri dengan ustaz berkenaan hal ini” borang di CONTACT ME menghantar utusan.
Itu sering berlaku.
Pernah juga senario ini berlaku:
“Saya mohon maaf tidak dapat hadir ke kuliah Maghrib malam ini. Ibu mertua saya baru sahaja meninggal dunia pagi ini” seorang ustaz memberitahu AJK sebuah surau.
“Oh begitu. Minta tolong ustaz carikan pengganti, ya” katanya.
Ustaz itu tergamam.
Apabila manusia berinteraksi dengan manusia, sama ada dalam urusan ‘duniawi’ mahu pun ukhrawi, hakikatnya ia adalah komunikasi. Interaksi bukan hanya berlegar pada logik dan rasionalnya sebuah komunikasi, dan dalam kes ini sebuah jemputan ceramah, malah ia juga membabitkan soal emosi. Psikologi.
Organisasi di pejabat atau di surau berkemungkinan boleh lebih berhasil mendapatkan penceramah dengan pendekatan Musa.
Pendekatan orang berhajat.
Enggan menjadikan hajatnya sebagai beban ke atas pihak yang dihajat.
Apatah lagi ‘mengugutnya’ dengan ‘tanggungjawab tuan sebagai orang berilmu untuk mengajar kami yang mahu belajar’.
Secara proaktif, kita berusaha memudahkan proses menjemput. Andai tidak berhasil untuk tarikh kali ini kerana kekangan, hubungan baik dan kuasa perkataan positif, menjadikan penceramah yang dijemput mungkin menunggu-nunggu untuk peluang yang seterusnya.
Kuasa perkataan.
APLIKASI RUMAHTANGGA
kredit foto: afifahjustsmile.wordpress.com
Andaikan begini.
Seorang suami yang bekerja di pelantar minyak baru berumahtangga. Beliau khuatir isterinya tertekan dengan rutin kerja beliau yang sekali ke pelantar, mereka mungkin terpaksa berpisah berminggu-minggu, malah berbulan.
Kata suami, “Yang, abang kerja Oil and Gas ni, begitulah keadaannya. Sekali ke pelantar, paling pendek pun tiga minggu. Abang harap Yang bersabar dengan keadaan ini”
Ayat yang logik, jelas dan sampai maksudnya.
Bagaimana jika suami mengubah sedikit struktur ayat?
Bandingkan dengan ayat kedua, “Yang, abang kerja Oil and Gas ni, begitulah keadaannya. Sekali ke pelantar, paling pendek pun tiga minggu. Benda ini susah, tetapi Insya Allah kita atasinya bersama, ya”
Ayat kedua ini sama logik, sama jelas dan sama sampai maksudnya.
Namun apakah impak ayat kedua dan pertama ke atas psikologi isteri yang mendengar?
Ayat pertama, belum pun suami ke pelantar, isteri sudah pun mula tertekan. Sudah stress. Ayat suami itu logik, tetapi kesan psikologinya, suami meletakkan tanggungjawab bersabar itu ke atas isteri. Si isterilah yang bertanggjawab untuk bersabar.
Manakala ayat kedua adalah berbeza. Biar pun situasinya sama, suami meletakkan bahawa cabaran itu akan mereka atasi bersama. Kata-kata BERSAMA itu mencabut BEBAN dan menggantikannya dengan HARAPAN dan menghasilkan KEMUDAHAN.
Demikianlah kuasa ayat.
Kuasa memilih perkataan.
Kisah Musa dan Khidir itu, di samping 1001 hikmah dan ibrah yang kita boleh pelajari, harus juga diraikan, bahawa ia mengajar kepada kita kuasa perkataan dan ayat.
Kuasa Kalimah Toyyibah!
Perkataan yang baik.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

لا عدوى ولا طِيرةَ ، ويعجبني الفألُ . قالوا : وما الفألُ ؟ قال : كلمةٌ طيبةٌ

“Tiada kesialan jangkitan atau bala pada burung yang berbunyi. Tetapi yang mengagumkan aku adalah al-Fa’l (sempena yang baik). Sahabat bertanya apakah al-Fa’l itu? Baginda menjawab: Perkataan yang baik-baik” [hadith riwayat al-Bukhari no. 5776]
Perkataan yang baik itu ada kesannya.
Ayuh kita perbaiki pemilihan perkataan dan belajar bahasa.
Bukan sekadar belajar bahasa, tetapi belajar BERBAHASA.
HASRIZAL
43000 BSP
blog http://saifulislam.com/



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

senaman untuk suri rumah

salam alaik..
hari nie, lobai nak share senaman mudah untuk suri rumah...sambil bersenam,rumah pun berkilat..kene lap oleh puan2 sendiri..dalam senaman pun blh mengelap lantai.. saksikan bidio nie..



untuk tip makanan bila g kenduri pun ada...



yang penting sentiasa amal..disiplin..untuk keputusan yg cemerlang..inshaALLAH...cube ler...

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, November 20, 2012

Jerung datang bersama Taufan Sandy


http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/546893_3943041815617_952282347_n.jpg
Semua makhluk akan menjadi Tentera Allah SWT apabila diarahkan kecuali mereka yang telah tersenarai dalam senarai tentera syaitan, maka Allah SWT serahkan segala pergerakkan tentera syaitan mengikut arahan ketua syaitan.
Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada senarai mereka mendapat laknat Allah SWT dan terselamat daripada tipu daya syaitan… Amin Ya Rabbal Alamin.
أعصار ساندي || اللهم رحمتك بعبادك.. المسلمينأسماك القرش تسبح بجوار المنازل بالولايات المتحدة الأمريكيةعن أم المؤمنين أم عبد الله عائشة رضي الله عنها قالت :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يغزو جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء من الأرض يخسف بأولهم وآخرهم
قالت قلت: يا رسول الله كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ومن ليس منهم؟
قال: يخسف بأولهم وآخرهم ثم يبعثون على نياتهم متفق عليه. ..وهذا لفظ البخاري.
للمتعاطفين فقط أذكركم بالعدوان على غزة و سوريا و لا فرق بين أمريكا و الصهاينة
Sumber :

Posted by: peribadirasulullah 
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jalan santai ke Besut

Hari nie, lobai nak share perjalanan lobai ke Besut pada 17/11/2012 dan balik pada 18/11/2012..Lobai pergi ikut jalan arah Gua MusanG..dan balik ikut jalan arah ke Grik..lalu kat tasik Banding..
Lobai skadar jd peneman seorang sahabat lobai..dia meng offer lobai utk jd peneman ke Besut..

17/11/2012

13.25 - Lobai baru keluar halaqah..lobai lalu kawasan gombak..bentong..benta..gua musang..















14.28 - sampai tol gombak





15.03 - kuar tol bentong ..berehat dan makan area pekan Raub



 























      15.55 - tunaikan tgjwb sbg muslim



















17.50 - "pit stop" ...kenderaan line clear..alahamdulillah...
lancar..redup.. hujan renyai2..





                         







20.00 - siap dah caj iman kat restoran bayu lenang
 guna kemudahan yg tersedia..sambil minum dan rehat2 kaki..





21.42 - minyak pun nak kene topap gak..kang x pasal2 kete x bergerak lak..



23.07 - baru nak masuk pekan jerteh..dalam pekan jumpe 3X roadblock..JPJ KASTAM dan PULIS..




               
23.15 - sampai ke  Kg.Alor Lintang
23.35 - isi perut tank ler plak..kat Chefs Restaurant




                                                                                                   
00.12 - gerak itk cari tmpt bermalam..alhamdulillah..dapat gak bilik.....................................................



18/11/2012   ...................................................................................................................................

alamdulillah...ALLAH pilih kami berjemaah dgn org kampung dlm kawasan resort yg kami diami... 
tak sangka pak iman baca beberapa hadis selepas solat subuh..hadis dlm buku TAALIM..fadilat amal..
mcm biasa ,subuh mana2 tmpat pun x ramai..muge ALLAH dpt pilih sy..dan saudara agr istiqomah dlm berjemaah solat subuh...inshaALLAH...


                                                                    


07.45 - kuar dr resort utk menuju ke tmpt tujuan...
07.54 - kami dah smp kat tmpt destinasi..kami peserta yg agl awal juga..trus daftar kat konter..
          di konter, mcm terdapat miskomunikasi..kene tggu dan lihat apa Hakim akn cadangkn..semasa perbicaraan nti...muge ALLAH..permudahkan..inshaALLAH..




 08.33 - masuk dewan...
09.10 - pggl nama kehadian
09.30 - pengumuman ,hanya  yg berkenaan shj tggl dlm bilik..


11.24 - sahabat lobai kuar dr bilik...dan bg tau kami di pihak benar..Hakim beri kemenangan pada dia..SYUKUR pada ALLAH..kerana permudahkn segala urusan ..

12.08 - makan utk tghari dan membasah kan anak tekak..hehehehe nie adalah masjid2 yg berada di sekitar halaqah Besut..semua besor blaker...hebat ganu kiter...
12.43 - meneruskan perjalanan..kami mghala ke Grik..ikut hutan Belum..







      sedikit gambor area banjaran titiwangsa dan sekitarnyer......





       


14.27 - settle jamak kat area mukim bendang nyior,ulu kusial klantn..





20.35 - singgah mkn kat kg. tersusun simpang lawin,kuala kangsor
01.32 - selamat mendarat kat umah lobai....
alahmdulillah....syukur.....

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah
                          

Jumaat, November 16, 2012

lepak santai gan kem KOPRATASA

salam alaik...ari nie saje nak upload clip2 video yg lobai buat sendiri..dah selalu sgt copy paste..hehehehehee... yang ni ori dr lobai sendiri..skdar gune video dr canera phone cokia n8 lobai.. nikmati la musik santai dr kem KOPRATASA...
geng ni dtg kat kampung lobai pada 10/11/2012 yg lepas..dorang dijemput untk projek zakat @ street.. projek ni utk cube mempromosi kn zakat pd warga malaysia...inshaALLAH...nie,cume sbhgian method yg digunekan..skadar mgunakan gadjet zaman ini...















enjoy la gan music nie...tp ingat kate2 ustz azahar idrus..jgn sampai jd najis..hahhahahaha
dan paling penting jgn luper bayaor zakat tau...


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Di sebalik Kaabah – Sinergi Kaabah

Malasnya nak menulis jadi saya hanya copypaste dari blog CetusanHati.com ini.InsyaAllah, jika tiada aral melintang, bulan 5 ini akan terbang ke tanah suci yang terkandung berjuta-juta erti ini. Namun begitu, adakah layak diri ini untuk menjejakkan kaki di bumi baraqah itu. Ya Allah, terimalah aku.. :-’(
Sewaktu umat islam di dunia ini gembira menikmati hidangan daging-daging korban jangan dilupakan betapa beruntungnya umat islam yang menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci yang dikatakan pusat bumi itu.
9 Zulhijjah 1431 (16 November 2010) – Menerusi program Akar Tradisi Ilmu jam 10:05 malam, TV9 telah menampilkan Ustaz Badli Shah bin Alauddin sebagai pengacara dan Dr Azhar bin Hj Sarip, jurulatih Sumber Manusia sebagai ahli panel dalam rancangan Halaqah yang agak terkenal itu.
Tajuk Halaqah kali ini ialah Di Sebalik Kaa’bah. Ia menghuraikan topik berkenaan Ka’bah dari aspek sains fizik dan spiritual serta gelombang yang bergetar di sekeliling Ka’abah.Mungkin ada sebahagian kita sempat melihat edisi Halaqah ini.Namun disini saya kongsikan sedikit isi yang dikupas.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim (tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Ka’bah) sebagai tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:
“Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud”. (Surah al-Baqarah: Ayat 125).
Kenapa Kaa’bah berbentuk empat segi? Bentuk Kaa’bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu “beta”, “alpha”, “theta” dan “delta”.
Kenapa Kaa’bah ditutupi kelambu berwarna hitam? Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang terdapat pada kelambu Kaa’bah itu.
Kenapa putaran tawaf di Kaa’bah berdasarkan arah lawan jam? Jika dilihat dari satelit, Kaa’bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah Suci menjadi sihat.
Kenapa solat menghadap Kaa’bah (kiblat)? Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa’bah. Ini jika dibuat pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat menghilangkan stress.
Kenapa Kaa’bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah? Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat tenaga seseorang itu. Doa’ makbul di Kaa’bah kerana kesedaran bertuhan iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin mencintai Allah.
Rumusannya ialah kita mesti menghayati ibadat sama ada ketika bertawaf di Kaa’bah atau ketika solat di negara sendiri. Bagi menyelaraskan gelombang Kaa’bah dan gelombang kita ketika solat, lakukan solat dengan tenang. Insya Allah kita akan jadi lebih sihat.

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Kesalahan Berkaitan Solat



Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:

1. Meninggalkan solat.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?’ Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.”
-(Surah al-Muddatstsir, ayat 4).
Rasulullah s.a.w bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya, maka dia kafir.”
-(Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.”
- (Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam), dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.”
-(Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya, maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur.”
-(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka.”
- (Muttafaq Alaih).

“Solat adalah amalan pertama yang dihisab Allah SWT pada akhirat nanti. Jika solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya.”


4. Tidak thuma’ninah dalam solat

Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk… ”
- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.”
- (Hadis riwayat Muslim).
“Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.”
- (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu dia berhenti. (Menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.”
-(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!”
-(Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barangsiapa melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.”
-(Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata Nabi s.a.w. tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya, maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.”
-(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki.”
-(Muttafaq Alaih)
Sumber: xtahap yahoo group. via blog cetusanhati.com


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah