Jom Solat Jemaah

Selasa, Mei 28, 2013

Aku miliknya dan dia milik Allah.


Aku miliknya dan dia milik Allah.


Ada seorang wanita yang mirip dengan tokoh wanita solehah seperti Rabiatul Adawiyah di kota Syam. Beliau bernama Rabiah binti Ismail adalah isteri kepada Ahmad bin Abi Hawary. 

Ahmad bin Abi Hawary pula adalah salah seorang insan soleh di bandar Syam, Berkata Sheikh Junaid “Ahmad bin Abi Hawary bagaikan wangian di Bandar Syam”. Ahmad bin abi hawary juga mempunyai beberapa orang isteri selain Rabiah.

Maka Rabiah ini di siang hari menjalankan kewajipannya kepada suami dengan memberikan suaminya sebaik-baik hidangan dan menyiapkan kelengkapan diri suaminya dengan hiasan luaran yang sebaiknya.

Apabila tiba malam hari, Rabiah akan menyiapkan dirinya dengan pakaian dan perhiasan untuk tidur. Setelah menyiapkan semua itu beliau akan pergi menemui suaminya dan bertanya adakah ia diperlukan oleh suaminya pada malam tersebut. Sekiranya diperlukan, ia akan melayan suaminya seperti wanita-wanita biasa bersama suami. 

Namun jika suaminya tidak perlukannya, dia akan menanggalkan pakaiannya yang mahal itu dan digantikan dengan pakaian untuk beribadah. Kemudian beliau akan berdiri untuk mengadap Allah dan beribdah sepanjang malam sehngga ke pagi.




Dikatakan pada awalnya Ahmad bin abi Hawary telah menolak lamaran Rabiah agar memperisterikannya kerana beliau sibuk dengan beribadah di malam hari dan sudah mempunyai 3 orang isteri. Akan tetapi setelah  mendengar alasan Rabiah yang berkata : "Aku pun sibuk beribadah kepada tuhanku, akan tetapi arwah suamiku telah meninggalkan harta yang banyak dan susah untuk aku menguruskannya sendirian, dengan ini aku memilih kamu kerana kamu ramai kenalan orang-orang baik", maka Ahmad bin Abi Hawary  bersetuju kerana mendapat keizinan gurunya Sheikh Abi Darany.






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah