Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label isteri solehah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isteri solehah. Papar semua catatan

Selasa, Mei 28, 2013

Aku miliknya dan dia milik Allah.


Aku miliknya dan dia milik Allah.


Ada seorang wanita yang mirip dengan tokoh wanita solehah seperti Rabiatul Adawiyah di kota Syam. Beliau bernama Rabiah binti Ismail adalah isteri kepada Ahmad bin Abi Hawary. 

Ahmad bin Abi Hawary pula adalah salah seorang insan soleh di bandar Syam, Berkata Sheikh Junaid “Ahmad bin Abi Hawary bagaikan wangian di Bandar Syam”. Ahmad bin abi hawary juga mempunyai beberapa orang isteri selain Rabiah.

Maka Rabiah ini di siang hari menjalankan kewajipannya kepada suami dengan memberikan suaminya sebaik-baik hidangan dan menyiapkan kelengkapan diri suaminya dengan hiasan luaran yang sebaiknya.

Apabila tiba malam hari, Rabiah akan menyiapkan dirinya dengan pakaian dan perhiasan untuk tidur. Setelah menyiapkan semua itu beliau akan pergi menemui suaminya dan bertanya adakah ia diperlukan oleh suaminya pada malam tersebut. Sekiranya diperlukan, ia akan melayan suaminya seperti wanita-wanita biasa bersama suami. 

Namun jika suaminya tidak perlukannya, dia akan menanggalkan pakaiannya yang mahal itu dan digantikan dengan pakaian untuk beribadah. Kemudian beliau akan berdiri untuk mengadap Allah dan beribdah sepanjang malam sehngga ke pagi.




Dikatakan pada awalnya Ahmad bin abi Hawary telah menolak lamaran Rabiah agar memperisterikannya kerana beliau sibuk dengan beribadah di malam hari dan sudah mempunyai 3 orang isteri. Akan tetapi setelah  mendengar alasan Rabiah yang berkata : "Aku pun sibuk beribadah kepada tuhanku, akan tetapi arwah suamiku telah meninggalkan harta yang banyak dan susah untuk aku menguruskannya sendirian, dengan ini aku memilih kamu kerana kamu ramai kenalan orang-orang baik", maka Ahmad bin Abi Hawary  bersetuju kerana mendapat keizinan gurunya Sheikh Abi Darany.






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, April 05, 2012

Kupasan dari lobai tentang masalah PERCERAIAN!

Seorang rakan datang mengadu dan meminta bantuan kerana isterinya menuntut CERAI daripadanya. Bila ditanya kenapa, si suami menjawab dia tidak tahu apa punca sebab mereka tiada apa-apa masalah selama ni. Suami menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah zahir batin kepada isteri, tetapi isteri mendakwa tidak mendapat kasih-sayang dan perhatian secukupnya dari suami.

Jadi untuk membuat sedikit kajian, antara soalan yang ditanya oleh lobai ialah:-

1) Adakah isteri mempunyai hubungan dengan orang lelaki lain
Jawapan: Tidak

2) Nafkah bagi tak pada isteri?
J : Bagi lebih kurang RM100 bergantung kepada ekonomi bulan tu sebab gaji kecil.

3) Masa spend dengan isteri macamane?
J : Terpaksa kerja sabtu ahad overtime, untuk tambah ekonomi keluarga.

4) Balik kerja pukul berapa tiap-tiap hari?
J : Balik malam skit sebab rumah jauh.

5) Ada anak-anak?
J : Tiada

6) Berapa tahun kahwin?
J : 3 tahun

7) Isteri kerja? rumah siapa bayar? kereta?
J : Isteri kerja. rumah sewa suami bayar. kereta nama isteri dan isteri yang bayar.

8) Sudah berapa lama isteri minta cerai?
J : Dah hampir 3 minggu. sekarang isteri berada rumah ipar memandangkan keluarganya menggalakkan kami berpisah.

Selepas membuat kaji-selidik, lobai dapat mencari sedikit punca permasalahan.

1) Dari segi komitmen tak terlalu tinggi memandangkan belum ada rumah sendiri dan belum punye anak-anak. Suami isteri pun bekerja makan gaji dengan purata income mencecah RM3k atau lebih setiap bulan. Tetapi , adakah duit yang menjadi syarat untuk bahagia? Sebab, jika duit jadi syarat, sikit duit sikitlah bahagia, takde duit, takdelah bahagia..inilah formulanya, simple sahaja. Isteri kena fahamlah suami kurang ekonomi , jadi jangan duk push laki kita cari duit banyak sebab nanti kita gak merana sebab tak cukup perhatian ..Suami pula dari awal lagi janganlah didik isteri/anak2 hidup mewah.didiklah diorang hidup sederhana cukup sekadar yang ada.sebab bila kita takde duit nanti jangan salahkan diorang la jika kita ajar diorang mewah.


2) Quality time untuk family sangat penting kerana masa tu lah kita nak berbincang, nak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul, nak tanya khabar pasangan masing-masing, nak dengar luahan hati, nak bergurau-senda, nak beramah-mesra dsb..jika waktu di tempat kerja lebih lama dari rumah, maka kahwinlah dengan ofis anda jangan kawin dengan pasangan, sebab anda lebih cintakan ofis dari pasangan sendiri..betui tak apa lobai cakap ni? betui kan:)

3) Anak-anak juga menambah seri dalam sesebuah rumahtangga. Jadi dari duk spend masa kat opis tu, baiklah spend masa kat rumah kan. (faham tak maksud lobai ni?:)) Rezeki akan bertambah nanti jangan duk risau, orang tua-tua cakap rezeki anak-anak. Kalau dah usaha tak dapat juga, usahalah lebih lagi..jumpa doktor, usaha rawatan, kaji pemakanan dan diet keluarga, dan jangan lupe yang paling penting doa lah tanpa henti dengan Pemberi nyawa iaitu Allah SWT..ada buat tak smua ni? so jom kita baiki.

4) Jika balik pun lewat malam, bila masa pi solat jemaah kat masjid? sedangkan seorang pemimpin (suami) afdhal solat jemaah masjid. ini punca rezeki dan keberkatan sebenar. di masjid pula sumber segala ilmu agama, dan bila suami balik rumah share pula dengan isteri, barulah rumahtangga bahagia..Isteri pula mendidik anak-anak menjadi anak soleh. Maka senang tugas suami, keluar urmah untuk pi kerja pun hati tenang sebab meninggalkan rumah dalam keadaan stabil dan selamat. Kalau isteri takde agama, runtuh rumahtangga..keluar kerja pun pakai cantik-cantik sehingga menarik perhatian lelaki lain dan menimbulkan kecemburuan kecurigaan suami, pada orang luar pula aib suami dijaja tak dijaga, inginkan kehidupan senag-lenang terutama bila tengok jiran tetangga sofa mahal, kereta mewah, rumah cantik, rajin pi melancong..Jika terdidik dengan agama, isteri dengan sendiri redha dengan susah senang suami..jika suami bagi onkos lebih sikit masak sedap sikit jika suami takde duit pakat2 puasa, tak pun isteri yang bantu support kewangan suami..

5) Jangan taksub dengan pandangan masyarakat sebab umat Islam akhir zaman ni bagaikan buih di lautan. Orang blum kawin ditanya bila nak kawin, org da kawin ditanya suami kaya tak, bila ada anak ditanya bila nak anak ke 2 pulak, bila anak besar ditanya bila nak dapat menantu, bila dapat menantu ditanya bila nak dapat cucu..soalan masyarakat ni takkan pernah habis. masalahnya soalan-soalan tu bukan berniat baik tetapi lebih kepada nak buat penilaian pada pasangan suami-isteri tersebut. Jadi jangan duk ambil kata-kata orang tu sehingga menjadi punca pergaduhan kita laki bini. Nak berjaya, pandang ke belakang, tiru kehidupan Rasulullah dan para sahabat iaitu semasa zaman kegemilangan Islam. Mereka hidup penuh zuhud, masa pula banyak dikorbankan untuk membela agama Allah, tapi kerukunan rumahtangga masih tip top. Tak macam orag kita sekarang, 15 MINIT 1 PASANGAN ISLAM BERCERAI (menurut kajian JAKIM statistik perceraian rumahtangga tahun 2009 dan pada tahun 2011/12 ni dijangka peningkatan makin tinggi) ...Astaghfirullaahalazim...1 angka yang membimbangkan!

6) Terus menyayangi mak-ayah dan adik-beradik kita mcam selalu, tapi jangan membenarkan orang luar masuk campur urusan rumahtangga kita..cuba minimize kan mengadu masalah pada keluarga terutama para isteri-isteri ni yang suke benor citer aib suami kat mak bapak atau adik-beradik. Once keluarga kita mula rasa curiga/tak suka pasangan kita, maka bila bergaduh akan jadi lebih teruk bukan menyelesaikan masalah. kebanyakan mak ayah akan menggalakkan pasangan bercerai kononnya kerana sayangkan anak mereka. tapi tak difikirnya sampai bila sangat kasih-sayang mak bapak tu boleh melindungi anak-anak..syurga isteri dengan redha suami.





7) Setiap permasalahan, rujuklah kepada Qur'an dan sunnah sebagai guideline. Selain minta doa, rajin-rajinlah beribadah kepada Allah, solat jemaah, solat-solat sunat, bersedekah, berdakwah, bawa anak bini mengunjungi rumah Allah selalu, taalim-ta'lum, banyakkan membaca kitab-kitab dan bahan bacaan agama. dan bertawakkallah kepada Allah.

Selain rajin berzikir dan berselawat, antara doa yang boleh lobai rekemen kan ialah:-

1) Doa kerukunan rumahtangga:-


2)Doa mendapat zuriat yang soleh-solehah:-
  



     “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)




Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Januari 13, 2012

Suami, isteri dan laman sosial

Suami, isteri dan laman sosial
On 20/12/2011, in Islam, by syahirul

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).
Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).
Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).
Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).
Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).
Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).
Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).
Wallahu a’lam.


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah