Jom Solat Jemaah

Jumaat, September 09, 2011

Susahkan untuk mengaku hamba?

Susahkah menjadi hamba kepada pemilik jiwa dan raga.
Susahkah bersunyian dengan pemilik sebenar nikmat cinta.
Susahkah mengakui diri memiliki tiada.
Susahkah mendamba rasa untuk dapat redha-NYA.


Asal kita dari air hina
Tapi hidup mendabik dada
Mengaku segala
Kerana hanya kita lupa
Kepada-NYA kita akan tersungkur
Dan tanpa ruh-NYA kita hanya lumpur


Hidup kita jangan berpesta
Mati kita kan terseksa
Bangkit kita tercela
Jika tanpa belas kasih-NYA
Layaklah kita beristanakan api menyala


Apalah nasib diri
Jika berstatus ahli kufur
Dalam neraka tercebur
Dipukul tidak hancur
Dibakar tidak lebur
Siang malam tidak henti menggelupur


Sesaat kita akur
Setitik air mata gugur
Seketika hati berdetik
Terlintas rasa insaf yang sadik
Lebih berharga dari kerajaan firaun
Lebih bermaruah dari haman dan qarun


Apalah ditunggu hingga esok
Jika jangka hayat hari ini belum dapat ditentu
Maka taubat itu menjadi perlu
Perlu segera dari mulut disuapkan bila lapar
lebih dari jasad dirawat bila luka

http://ustfuadosman.blogspot.com/2011/04/susahkan-untuk-mengaku-hamba.html#comment-form






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan