
rumah i sejuta tau. daughter i baru balik london blaja kat ngeri omputeh, tgok la rambut dia ,very the colourful..my son? ofkos la engineer. ape kelas kerja gaji murah2. my husband? outstation, banyak bisnes oversea. my wife? oh my wife balik lewat mlm ni, ada gathering dgn club dan persatuan.
rokok kadang2 boleh share 1 family. mummy daddy daughter son...sharing is caring lol:)
the situation we got here is...the modern slaves.. HAMBA KEMODENAN.
tapi sebab mengejar arus kemodenan yang semakin lama semakin laju ni lah kita tak terkejar!
yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran!
tak ape kan mak ayah dikatakan kolot semata2 menggunakan cara lama utk didik anak2??
mcamane kolot pada pandangan masyrakat moden skrg?
klu panggil abah mak @ ibu ayah @ umi abi takpe kan...mmg la tak nampak moden tp tak salah kan.
sbb moden ni bukan dari segi title tapi biarlah fikiran kita yg seiring dgn zaman.
kalau anak dari kecil sampai besar kita hantar dan ambil tiap kali diorang nak kuar jumpa kawan tak pe kan? tak bagi kebebasan? bukan tak nak bagi kebebasan, tp tak nak diorang rasa berani dan dah biasa dgn sesuatu, nnt diorang akan cuba yg lagi advance. biar kita tahu aktiviti anak2 wlu umur dah besar panjang. selagi tak kawin tu selagi tu lah mak bapak kena jaga anak2 dgn rapi.
klu diorang nak gi shopping, g lah dgn mak dan adik bradik yg lain. takyah ajar diorang shopping dgn kawan2 sgt. jangan sampai kwn jd kuarge, kuarge jadi lawan.
disiplin kan anak2 dgn mintak izin/permisi mak ayah dulu klu nak ke mane2. even diorang dah besar panjang study kat oversea pun cube latih diorang inform kat parent klu nak ke mane2. dan cuba jgk terhad kan pergerakan anak2 dari kecik lagi. kalau tak betul cakap je tak betul. tapi dengan syarat kita explain pada anak2 kenapa kita buat mcm tu. tujuan apa kita buat mcmtu. jangan bagi diorang rasa dihukum dan dikongkong tanpa sebab. sebab anak2 akan compare jgk dgn kwn2 lain , kenapa kwn2 lain diberi kebebasan tp diorang tak. so masa ni lah cabaran skit utk mak ayah supaya dapat menjelaskan yg kita buat tu utk menjaga mereka, kat luar sana mcm2 ragam manusia yg belum tentu akan bawa mereka ke jalan yg betul je..
cuba buat undang2 pkul 7 ptg smua dah kena ada kat rumah. klu lewat je denda. tapi parent kena pandai main psikologi la jgk. takkan la budak tu lewat 10 minit pun kita nak bebel sesuatu yg tak setimpal dgn kesalahan. hah ni satu lagi buat kaum ibu. cuba jangan terlalu kuat membebel, bukan anak2 je rimas, bapak nye skali pun tutup telinga la! bercakap sesuatu biar utk bagi tunjuk ajar dan teladan utk anak2, supaya diorang tahu diorang buat silap dan lain kali apa yg betul patut diorang buat, tp dlm masa sama tak mengguriskan hati anak2. masa diorang salah, mula la kita membebel. tp klu diorang buat betul takde la sebarang recognition. cuba la puji skit anak2 tu supaya diorang rasa dihargai.
so, change ok!
klu kat tempat kenduri anak2 kita ada buat salah, jangan tunggu sampai balik rumah baru nak tegur kesilapan anak2. panggil diorang elok2, bagitau apa yg betul nya dan tang mana salah diorang. kenapa kena bgtau segera? supaya anak2 tak set dlm minda diorang, klu gi kenduri je boleh buat salah booleh langgar disiplin sbb mak bapak takkan tegur diorang depan org ramai. NO, SALAH TU! so, MAKE A FAST STEP, JANGAN TANGGUH!
Tak pe kan tak ajar anak2 games cecanggih cam PS2 dan segala segi games kat tenet? kolot? tak kisah la nak kata kita kolot tak, anak kita bukan anak orang tu pun. biar anak2 lasak , bagi diorang gi main bola, bersukan, lumba lari, jogging, ape2 saja aktiviti ko-kurikulum di sekolah atau universiti. jangan galakkan diorang terperap je kat rumah dgn games yang tak bermanfaat. games2 cecanggih tu merosakkan mata dan otak je. badan anak2 pun lemah. lame2 jadi lembam, lembap + tembam! biar diorang lasak, keluarkan peluh. klu sangkar ayam bandar yg lori bawak tu jatuh kat tepi highway, ayam bandar tu akan duduk je atas sangkar tu tak buat ape2. tp cube ayam kampung, skejap je berdesup hilang ntah ke mane dia lari. maknanya biar anak2 kita cerdas dan cergas.
klu diorang bagitau result exam kat kita, takpayah la nak hempuk diorang dpan kawan2 sekolah. bukan nya boleh ubah result tu jadi cemerlang pun! cakap je GOOD...but lain kali boleh improve lagi.. tanya anak2 kita tang mana diorang rasa tak brape nak cerdik, subjek apa diornag rasa tak bape nak paham! tanya apa dorang nak. nak tusyen ke, ak buku latihan lebih lagi ke, nak berguru ke, nak study group ke..so usahakan! duduk bersama2 diorang masa diorang dalam susah. jangan keje nak marah nak hukum je mentang2 kita ni mak bapak, bole guna kuasa veto la, banyak cantek muka lu. Allah bagi pinjam utk korang jaga la bukan nya hak korang pun.amanah tu.kena jaga elok2 klu tak nak kena soal dgn Allah masa kita pulangkan anak2 tu nanti. Ingat ni!


dengan anak ni macam main PULL & PUSH dgn kite le. lelayang la mcm kita main kat kmapung ms kecik2 dulu.. kita nak bagi dia terbang tinggi tp dlm masa tak nak bagi layang2 tu terlepas. dlm masa sama juga kadang2 kita kena tarik slow2 , kita tak boleh biar dia terbang dan tarik mengejut tiba2. main layang2 ni kena pandai psiko jgk mcm didik anak2. klu zaman dulu mak bapak boleh order anak mcm2 sbb anak2 zaman dulu smua patuh je. tp zaman moden ni kena rapat dgn anak, kena jadikan diorang kawan kita. kena pandai main tarik tali dgn diorang la. guna konsep layang2 tu. kita nak dirang berjaya tp dlm masa
sama tak nak tersasar, kita nak kawal diorang tp dlm masa sama taknak
mengongkong. so mak bapak kena pandai main peranan.

nak didik anak2 ni bukan kena kerja keras pun tp kena kerja smart but consistent , dlm Islam panggil ISTIQAMAH iaitu berterusan. ada sesetengah mak bapak ni masa anak2 kecik diorang biar je anak2 tu buat ape saja, tak budak2 lagi takpe kecik lagi. salah tu! merentung buluh biarah dari rebung nya. dari kecik sampai besar, salah tetap kena tegur kena baiki. supaya bila besar nanti diorang dah hidup dalam sistem yg kita create utk diorang. idup kena ada disiplin tak boleh main langgar je!
ok, gua chow dulu...yg mana baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.
tak pe org nak kata kita didik anak cara kolot pu. kita tak nak jadi hamba kemodenan tp anak2 punah ranah. biar keluarga kita idup sederhana makan pakai pun, asalkan didikan, disiplin, adab, tatasusila and especially agama anak2 kita cukup kita bagi utk bekalan diorang di masa2 depan .inshaAllah
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan