Jom Solat Jemaah

Isnin, Januari 30, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS di Masjid Negeri Shah Alam

Agenda : Kuliah Maghrib
Penyampai : Ustaz Azhar Idrus
Tempat : Masjid Negeri Shah Alam
Tarikh : 29/01/2012
Kitab : Kunci Pintu Syurga
Tajuk : Tauhid Uluhiyyah (ayat 65)
Masa : 2jam

Sesi 1: KULIAH MAGHRIB

Hitam, putih, gemuk, kurus, hensem, kacak, lawa, botak...semua fizikal ni Allah tak ambil kira.yang penting,beramal ibadah kerana Allah.Lillaahitaala.Lillaahirabbil'alaamin..Ini lah pembahagian syariat dan hakikat. Kena jaga item yang Allah buat penilaian, bukan manusia/makhluk. Zahir pun ada hukum, batin pun ada hukum,, manakala Tuan Hukum adalah Allah. Kita berjuang, solat, belajar, mendidik, bekerja, berumahtangga dan segala-galanya, niat kerana Allah.



Kalau kita dah niat kerana ALLAH, maknanya kita dah lakukan apa yang Allah suruh, jadi kita dah menang. maksud menang yang sebenar ialah apabila kita berjaya taat Allah & Rasulullah saw. Siapa yang taat Allah dan rasul, dia telah MENANG BESAR! Orang yang derhaka perintah Allah, dia kalah dulu, kini dan selamanya. Manakala orang yang menang akan dapat syurga Allah.

Ulama'-ulama' membahagikan, ada 4 item untuk mendapat syurga
1) IMAN
2) ILMU
3) AMAL
4) IKHLAS

IMAN
Golongan yang paling nak masuk syurga/heaven ialah YAHUDI NASARA. sampai bergaduh-gaduh berebut nak masuk syurga. tapi Nabi saw jawab, dua-dua kamu tidak ke syurga, sebab tak beriman kepada Allah. 

ILMU
'Dari Imam Syafie : Siapa nak berjaya dunia kena ada ilmu, siapa nak berjaya akhirat kena ada ilmu.'
Belajar lah ikut Qada' yang Allah bagi. biarlah berbelit lidah nak baca Al-Qur'an, berguru dengan beratus guru pun tak pandai-pandai jugak, Allah tak nilai kenapa kita tak pandai-pandai, tapi Allah nilai usaha kita utk menuntut ilmu.

AMAL
Jangan biar ilmu tanpa amalan. Ilmu yang ada pula kena diamalkan, supaya mendapat berkat.

IKHLAS
Ikhlas pula ialah jika kita buat kerana selain Allah, lenguh lah kita buat amalan tapi sia-sia.

Jika orang berjaya dalam 4 perkara di atas, syurga paling common(biasa) pun dia bagai mendapat tanah seluas Syria sehingga lah ke hujung Yaman. bayangkan betapa luas. kat Shah Alam ni, ada ke orang yang punya tanah seluas Syria ke Yaman? tak ada kan..


Syaitan dah berjanji, dia akan kacau manusia ni sehingga hari kiamat. jadi kita tak payahlah marahkan syaitan kenapa sellau ganggu kita. dia menjalankan tugas nya dengan bersungguh-sungguh. tak pernah lagi sejarah, syaitan stop jap ganggu orang nak smayang ni sbb nak pekena roti canai!
so, kita tak perlu marah syaitan, tapi kita KENA LAWAN SYAITAN! syaitan akan berupa maksiat dan akhirat datang mengganggu kita. maksiat/akhirat rupa syaitan, matlamat nya tetap nak bawa kita ke neraka.

Jadi, jangan ada riak dalam beribadah. Kena cuba lupakan kebaikan/kebajikan yang dah kita buat. macam kita berak dalam sungai, tahi tu kita takde nye nak lambai-lambai teringat-ingat. so kebajikan pun mcm tu jugak,lepas buat jangan dikenang-kenang lagi, ini adalah orang yang selamat.



Solatku, Hidupku, Matiku kerana Allah. Laailaahaillallah..ini adalah sebai-baik zikir, yang membawa maksud : semuanya kerana Allah, apa saja kerana Allah. Mengharap hanya pada Allah. Agama Allah je agama yang satu - Tauhid, Wahid, Wahdaniyah. 2 rakaat je Allah terima solat kita, maka akan jadi perisai dari api neraka. Sebelum angkat takbir, Ya Allah, aku solat kerana Mu. Kenapa disyariatkan doa Iftitah dalam solat? Innaasolaatiwanusuki.....faedahnya ialah supaya kita menghayati makna-makna yang kita baca dalam smbahyang, di luar solat kita. Kita keluar je dari solat, jumpa orang pangkat besar, duit pula bertimbun-timbun, pempuan cantik-cantik,, tapi kita dah tak heran dah dgn smua ni. 'Aku dah solat tadi, dunia ni kecil saja dibandingkan akhirat. Allah Yang Maha Besar.'



Walau kurang ekonomi, perniagaan tak brapa maju, untung takde,  kita dah tak kisah..sebab dah baca dalam takbir , Allah Yang Maha Besar, kalau hari ni kita susah, esok-esok kita yakin Allah akan bagi senang. Apabila nak sesuatu, mintak pada Allah. Allah suka kita rajin minta kat Dia. yang hakikatnya, kalau minta dari manusia, syirik..kena hati-hati! Kita boleh minta tolong manusia, tapi yang Menunaikannya ALLAH! Contoh malam ni kita sakit, jadi esok nak ke klinik jumpa doktor. so malam ni minta dari Allah supaya sembuhkan kita. esok gi jumpa doktor bukan minta sembuh, tapi minta ubat je. kena faham konsep jangan tersalah supaya tidak syirik.

Bacaan Al-Fatihah dalam solat, Iyyaakana'budu wa iyyaakanasta'iinn.- Kami minta pertolongan hanya dari Allah. Tiada Tuhan boleh selamatkan nyawa, bagi rezeki, sembuhkan sakit, melainkan Allah. Orang kita skrg fikir, klu org mtk tolong, kita jawab InshaAllah kita akan tolong..itu salah. Yang betul nya, jika Allah kehendak, baru kita berjaya menolong, tapi kalau Allah tak kehendak , kita tak berjaya nak tolong. so kena selalu sebut INSHAALLAH.
Doktor pun boleh mati..ada tak kubur doktor? ada kan. malah mak doktor pakar pun mati. menteri kesihatan pun mati. sebab mereka makhluk. Allah yang turunkan penyakit, Allah yang menyembuhkan penyakit. jangan mintak dari doktor untuk panjang kan umur anak kita. jgn mtk dari pakar utk sihatkan kita.

Orang sakit kudis, kurap, panau, sakit jantung, kencing manis, smua boleh masuk syurga kalau bertawakkal kpd Allah..takde nye kenapa ko masuk neraka? sebab aku kencing manis. Allah tak nilai macam tu. tapi orang yang berpenyakit dalaman (rohani) iaitu berbuat sesuatu bukan kerana Allah ni lah yang tak dapat ke syurga. Rasulullah takpe lah malaikat dah belah dada dan cuci hati dia. kita jangan tunggu malaikat belah dada baru nak jadi baik. Bertuah bagi orang yang membasuh jantungnya (bertaubat, beriman, berbuat amal kebaikan) manakala rugilah orang yang tidak mencuci jantungnya (tidak beriman dan melakukan kejahatan). Maka basuhlah hatimu dengan Quran&Hadis. Kalau dapat ubat dari doktor, jangan baca je ubat tu. pagi 8 biji selepas makan, petang 8 biji selepas makan, malam 8 biji sambil makan sambil telan ubat- bacalah arahan 8 tahun pun tak jadi apa. so, amalla, makan la ubat tu. macam tu jugak Quran&hadis, jangan simpan dalam gerobok je(almari/kabinet), tapi baca dan amallah Quran&Hadis.

Kalau orang banyak dosa dan kesalahan lampau macamane? jangan risau, pintu keampunan Allah seluas langit dan bumi. luas mana langit? ahli kaji buat kajian, tinggi langit pertama je pun kita tak nampak walau guna teropong. belum lapisan ke-7.bayangkan luasnya keampunan Allah.

Astaghfirullaahalazim..selalulah minta ampun dari Allah. begitu juga amallah zikir-zikir lain juga sepanjang masa tanpa henti. selalu ingatkan diri, 2 je yang paling kita sayang, iaitu Allah dan rasul Nya. anak, istri, suami, mak, ayah, adik-bradik, saudara-mara dan rakan handai kita sayang juga, tapi yang paling kita sayang ialah Allah dan rasul. Siapa yang tak minta ampun, Allah marah kat dia, Siapa yang minta ampun, Allah sayang. Pemurahnya ALLAH. segala-galanya biar kerana Allah. dosa kita yang lepas-lepas, jangan putus-asa minta Allah ampunkan. Wahai Tuhan kami, jangan lah seksa kami, dulu kami jahil, tak tahu apa, janganlah ambil kira kejahatan kami yang lepas.

Jangan kita riak,menunjuk-nunjuk amalan yang kita buat. jangan buat kerana selain Allah. Allah akan rasa kita kecilkan Dia jika buat kerana selain Dia. Kalu puasa sunat Isnin Khamis, buat apa gi lepak warung mamak lak. pastu bila org offer makan, takpelah, sy puasa arini, pose Isnin Khamis, slelau buat, tak penah tinggal'! ececeh, kuat benar menunjuk. Orang dulu-dulu kalau puasa pun gi kenduri, sbb kenduri ni wajib hadir jika takde keuzuran. tapi tak makan pun takpe sbb kita pose. yang penting dah settle t/jawab menghadiri jemputan kenduri. Bila orang tahu puasa, tak best, nanti timbul riak. Ramai tak sedar amalan jadi debu berterbangan apabila suka beritahu orang untuk dapat kepujian.. kalau orang puji, sebut Alhamdulillah, semua dengan izin Allah..kecuali jika orang yang tinggi amalan, dia tahu dia zahirkan amalan tu supaya orang sekeliling sedar wujudnya amalan tu dan pakat beramal juga. contohnya solat Dhuha, bagitau orang kita nak solat Dhuha supaya orang pun teringin nak solat Dhuha juga, tapi jangan sesekali niat nak menunjuk dan dapat pujian orang.

Kenapa malam ni kita berkumpul ramai-ramai ni? Supaya bila meramaikan masjid, mengimarahkan masjid dan menghidupkan rumah-rumah Allah, lalu mengkafarahkan maksiat-maksiat di sekeliling. bila ramai orang datang ke masjid, maka kurang lah maksiat di sekeliling inshaAllah.

Sesi 2: SOAL JAWAB

1)
Q : Hukum Orang laki pakai gelang dan rantai masa solat
A : Senang je, konsepnya kalau orang laki tak boleh pakai pakaian pempuan, pempuan tak boleh  pkai pakaian laki. (hadis memberitahu, Allah laknat laki pakai pakaian pmpuan, pmpuan pakai pakaian lelaki). Solatnya tetap sah kerana bukan termasuk dlm najis. jadi solat nya sah, dapat pahala manakala pakai rantai tadi dosa. jadi nanti akan ditimbang dosa ke pahala lebih berat.Sunnah Nabi, Nabi suka pakai cincin perak. jadi kalau orang laki pkai cincin perak dgn niat nak sunnah Nabi, maka barakah. macam kita sayangkan awek la, awek suka color pink pun kita suka color pink, awek suka pakai baju kelawar, kita pun nak pakai bj klawar! so, kalau cinta dan sayang Rasulullah saw, amalkanlan sunnah baginda sekadar kita mampu, tak dapat amal 100, amal 50.

2)
Q:Apa hukum orang laki curi tangkap gambar pempuan dan publish kat public?
A:Kalau tanpa izin dan gambar tu mengaibkan si pempuan,haram dilihat, hukumnya haram. tapi kalau publish dengan keizinan, dan gambarnya tidak haram dilihat, hukum nya tetap haram. macam majalah2 yang keluarkan gambar artis2 tak menutup aurat pun, haram. Orang pempuan ni macam LAMBORGHINI..dari Front ke Rear Up ke Down Interior Exterior, smua lawa..body perfection.body part pun lawa. tak penah lagi orang ada kete lamborghini nak tukar side mirror guna yg kancil punye, atau tukar ekzos Waja. So nak expose gmbar pmpuan, biar halal dilihat dan dgn keizinan dari empunye badan. Kalau yg berniqab tu ambil gambar letak kat internet, dapat pahala pula dgn niat biar orang ingat Allah bila tengok dia.



3)
Q:Kalau fotostat buku di library berkat tak?
A:Boleh, tapi dengan kebenaran juga.

4)
Q:Saya kerja di company milik isteri sy.gaji sy 6k tapi istri bg 3k je sbb takut sy kawin sorang lagi.
A:Kita setuju tak bini tlg simpan duit tu? kalau setuju bagusla.kalau tak setuju, senang je, tukarlah kerja lain. seelok2 bawa berbincang dgn bini la hal ni..minta dgn elok gaji selebihnya tu.

5)
Q:Maknyah yg tukar jantina, tp klu dia bertaubat, adakah dia perlu menukar kembali ke jantina asal?
A:Kalau tak mudarat, wajib tukar smula.tapi kalau mudarat, tak wajib tukar. contoh kalau mcm buah dada plastik yg dipasang silikon, operation tak berat, jadi wajib tukar. tapi kalau tukar 'angrybird', mcamane nak pasang smula,boleh bawa maut, jadi tak wajib tukar.even kalau tatoo pun, org Islam wajib buang klu tak memudaratkan.kalau dah 1 badan tu penuh tatoo, boleh bawa maut, tak wajib buang. kalau org kafir convert Islam, tak wajib buang tapi klu buang tu lebih bagus lah.

6)
Q:Hukum tak bayar tol
A:1)Kalau nak memerah duit rakyat, tak bayar pun takpe sbb dah bayar tax.
    2)Kalau tol tu utk biaya jalan raya, wajib bayar kecuali darurat.
    3)Jadi utk hilangkan syak dan ragu2, bayar je ler.

7)
Q:Jika isteri keluar rumah tanpa izin,macamane?
A:Kalau tanpa darurat, haram. kalau kuar nak menyiasat yg kemungkinan suami ada awek lain pun haram, kcuali kalau PASTI. kalau keluar utk report kat pejabat agama yg suaminya dah tak bagi nafkah tak apa, sbb dia sedang darurat.

8)
Q:Boleh tak orang pmpuan solat pkai bra&undertaker(sluar dlm ustaz sebut undertaker) je dlm telekung smayang?
A:Kalau nampak warna kulit tak sah solat dia. Nampak bayang hitam, sah,mcm nampak bayang itam sbb sanggul rambut, solat sah, tapi makruh. Jadi, selamat pakai 2 lapis lah ms solat.
bagi org laki juga sama, nampak bayang makruh,nampak color kulit batal..kena jaga adab jugak wlu org laki.so klu jubah tu better jubah hitam.kalau nak jubah putih jugak, pakai sluar panjang plak so tak nampak undertaker ms solat.

9)
Q:Kalau solat fardhu 5 waktu tak cukup, solat sunat diterima tak?
A:Ada 3 pandangan ulama'.1)tak diterima.2)diterima.3)pandangan paling masyhur, tak diterima selagi tak cukup solat 5 waktu.malah amalan lain juga tak diterima jika solat tak cukup.

10)
Q:Boleh tak mandi wajib kalau tak berjunub?
A:BIDA'AH - mandi cam biasa je la niat taharah iaitu mensucikan badan, tak perlu nak mandi wajib.sebab ibadah tak boleh main-main. mcam akad nikah jugak, tak boleh 2x. Angkat takbir nak solat pun tak boleh banyak kali.



11)
Q:Kalau ke masjid nak jemaah, tapi Imam dah tahiyat awal masa tu.adakah dikira ia tahiyat pertama kita atau rakaat pertama?
A:Ia dikira rakaat pertama, ia sekadar mengikut Imam je.jadi kena buat smula tahiyat awal pada rakaat ke2 dan diakhiri dgn tahiyat akhir pd rakaat ke3.

12)
Q:Saya seorang fotographer part time. Apa hukum tangkap&publish gambar org pmpuan tak bertudung?
A:Benda haram dilihat,hukumnya haram la diexposed. Haram hasil jualan majalah letak gambar pmpuan tak tutup aurat.

13)
Q:Sekiranya ambil Quran di tempat blajar lama dahulu dan tak sempat nak pulangkan smula dah bertahun2,tempatnya pula jauh,kalau nak ke sana tambang mungkin beratus,jadi macamane?
A:Wujudkan smula yang sama di tempat tersebut. tak kiralah bagi duit dgn harga Quran tu kat ustaz kat sana ke atau beli Quran dan letak smula ke.

14)
Q:Bagaimana kalau seorang suami yg mmg bertanggungjawab bagi nafkah kpd keluarga, tp suka mengungkit?
A:Tak baik suka ungkit. cuma sesetengah ulama' kata boleh ungkit dlm keadaan istri alpa/lupa ttg peranan nya sbg istri, tapi kena berpada2 lah jgn slalu mengungkit. suami ni kena jadi security guard istri. kalau kaki bini kena baham dek buaya, sanggup tak suami terjun dlm sungai bergaduh dgn buaya tu? mesti ramai tak sanggup kan? baik tolak je bini ,boleh kawin lagi satu, betul tak?

15)
Q:Bila doa tak diterima?
A:Bila makan makanan haram (mcm babi,monyet dll) dan makan dari sumber yang haram (duit hasil pendapatan contohnya jual arak, berjudi,riba dsb), maka bukan doa je tak diterima malah amalan pun tak diterima. Macam membina rumah di ombak yang tinggi. skali ombak datang rumah musnah, bina smula, datang ombak lagi,musnah lagi.



16)
Q:Boleh ke laki simpan rambut panjang?
A:Boleh, tapi jangan sampai menyerupai pempuan. mcm sahabat2 mujahidin kita kat Chechnya ramai berambut panjang kerana cuaca sejuk. tapi kalau bwk motor tu ati2 la nnti bersungguh mamat2 motor datang mengurat, tengok2 laki.kesian dorang rugi duit minyak motor 3hengget. so simpan la misai dan janggut jgk klu nk rambut panjang pun.


17)
Q:Yang mana satukah aurat mayat lelaki semasa jenazah dimandikan?
A:Macam aurat seorang anak dgn ayah, iaitu dari pusat ke lutut wajib tutup. jangan duk sibuk panggil sdara mara dtg tgok mayat sebelum dikafankan. orang yg mandikan jenazah pun cuba minimizekan kpd 2 org, sorang tukang jirus air, sorang tukang gosok.

18)
Q:Boleh tak maki orang masa ceramah/tarbiyah?
A:Sebut nama , yang Allah sebut dlm Qur'an je. laknatlah Firaun, Namrud, Abu lahab. Bagi umum pula, mcm celakalah orang tak solat. tapi tak boleh spesifik sebut nama si pulan si pulan. Nak marah orang , boleh dengan cara keras&lembut jika effect agama mcm Rasulullah saw buat, tengok situation juga.

19)
Q:Boleh tak jamak qasar kalau balik rumah mak mertua dari Putrajaya ke Kelantan?
A:Tak boleh jamak ni kalau kat rumah sendiri ke.selain rumah sendiri boleh. cuma syaratnya kalau 3 ari dan kurang, dikira musafir dan boleh jamak. tapi kalau lebih 3 ari dikira pemukim.

20)
Q:Saya dah bersumpah nak kawin dgn awek sy.sampai skrg sy tak kawin2 lagi sbb ada masalah.jadi, wajib sy kawin dgn awek juga ke atau boleh dgn org lain?
A:Sebab tu kena berjaga2 bila bersumpah. kalau sumpah demi Allah, kena bayar kafarah (iaitu bg makan 10 org miskin sampai kenyang), dan boleh kawin walau dgn org lain.

21)
Q:Kalau gi kenduri kawin sebut semoga kekal anak cucu ke?
A:Nabi tak amal dan tak ajar mcm tu. Nabi sebut, semoga Allah menurunkan berkat atas kamu berdua. sbb jodoh ni mungkin ada 1,2,3 atau selebihnya.


22)
Q:Boleh tak wudhu' putus-putus?
A:Sunat settle kan smua wudhu', tapi tetap sah..cuma tak digalakkan buat demikian.

23)
Q:Ada kat opis saya laki orang kawan dgn bini orang. boleh tak saya gi bgtau suami kpd pmpuan tu?
A:Bagitau si empunya badan, jgn bgtau lawannya. supaya tak pecah belah rumah orang tu.

24)
Q:Apa hukum berdoa dalam facebook?
A:Tengok kepada niat la. kalau tujuan utk doakan  kesejahteraan smua orang,atau nak ingatkan orang kpd Allah, post doa makan, doa harian, dan mcm2 doa lagi, dibolehkan. tapi kalau niat nak riak, takabbur, sia-sia lah amalan.


25)
Q:Boleh ke dengar penyanyi perempuan menyanyi?
A:Tak boleh kepada lelaki ajnabi.sbb suara pempuan pun aurat.kcuali klu mak duk dodoi anak dlm buaian, nenek nyanyi metallica utk cucu2 kat rumah.yg ni takpe.


Sampai sini saja lah yg mampu lobai share. lobai pun catit tangan je smalam, jadi klu ada salah silap bolehlah ditegur dan sama2 baiki. Dilaporkan semalam seramai 30000 jemaah hadir ke masjid untuk mendengar kuliah UAI, manakala 34k lagi guna streaming internet..sumber dari Warta Jingga. Jadi total mlm tu ialah 64k..Alhamdulillah jumlah jemaah yg begitu besar. semoga majlis ilmu semalam mendapat berkat daripada ALLAH SWT..








Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan