Jom Solat Jemaah

Rabu, Februari 22, 2012

Resepi Kuah Adas Arab… (شربة العدس)


 
 
Masa mula-mula puasa di Jordan, ada beberapa kelainan juadahnya. Malas nak masak, so berbuka di mat’am Arab je, nak cuba juadah berbuka selera arab. Rata-rata mat’am atas meja telah tersedia semangkuk hidangan Adas. Semua macam tu. Adas sebagai pembuka juadah. Dicecah dengan roti. Memang sedap. Kalau di Malaysia ni lebih kurang macam kuah kacang dal. Tapi resepi arab ni simple aje dan enak. Risik-risik punya risik dapatlah juga resepi ni dari seorang sahabat di Mu’tah. Masa pergi ziarah dia di Karak secara tak sengaja resepi ini diperolehi.

Bahan-bahan:

*Kacang adas (kacang dal)

*Bawang kecil/besar, bawang putih

*Garam, air, ayam/daging

*Minyak untuk menumis. Sedikit serbuk jintan.



Caranya:

*Kacang adas direndam sehingga kembang. Bawang dipotong. Toskan kacang yang telah direndam tadi. Panaskan minyak, tumis dengan bawang sekejap je, terus masuk kacang tadi. Kacau-kacau seketika. Padam api. Kacang yang telah ditumis dengan bawang tadi dikeluarkan dan diblend (kisar). Jangan sampai hancur, biar ada kasar-kasar sikit.

Panaskan periuk sekali lagi, masuk bahan yang telah dikisar,masukkan ayam/daging, garam, serbuk perisa dan jintan. Masak sampai mendidih, sekiranya pekat, tambah lagi air. Siap untuk dimakan bersama roti arab. 10 minit pasti siap. Dah siap sedekahkan pada jiran-jiran moga rezeki kita diberkati…



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan