cerita nie dari
http://www.isuhangat.net
Sekadar
berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti
biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang
ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah
(kampung sebelah isteri).
Lebih
kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri
lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.
Di dalam
kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu
menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung
duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
Disebabkan
mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit
sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada
di R&R berkenaan.
Sejurus
perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami
pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang
nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta
yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup
kerana air-cond masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang
terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang
ditinggalkan buat seketika.
Pada
ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku??
Semasa si
suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke
dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur
tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
Kereta
terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta
anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat
hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis
ketakutan.
Suspek
yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam.
Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan
ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami
yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera
mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang
lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong
kakitangan
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
Beberapa
ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk
belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon
bersambung
dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut
setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta
yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut
setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta
yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.
Apabila
sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol
tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap
kereta isteri tadi
menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik?..agaknya
menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik?..agaknya
Sejurus
melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan
melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama
kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada
si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka
berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba
dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang
diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan
jalan yang sedikit curam.
Apabila
melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera
melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika
kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru
sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini
hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli
keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii.
Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur
untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii.
Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum
keluar daripada kenderaan
iv.
Amalkan prinsip keselamatan ?turun dan kunci? serta merta. Semua pintu depan dan
belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan
kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v.
Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam
kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan
cepat panik ? ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama
ialah ?keselamatan?
vii.
Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan ? utk
memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii.
Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini
segera tekan hon (nada panjang) ? Emergency Code
ix.
Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan
terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x.
Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang
boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga
kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa Berwaspada sepanjang
perjalanan?. Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini
(11.30 malam : R&R Simpang Renggam)
kredit:
Gobiraj Charles Jeyaraj (c.a)
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan