Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label solat. Papar semua catatan

Jumaat, November 16, 2012

Kesalahan Berkaitan Solat



Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:

1. Meninggalkan solat.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?’ Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.”
-(Surah al-Muddatstsir, ayat 4).
Rasulullah s.a.w bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya, maka dia kafir.”
-(Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.”
- (Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam), dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.”
-(Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya, maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur.”
-(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka.”
- (Muttafaq Alaih).

“Solat adalah amalan pertama yang dihisab Allah SWT pada akhirat nanti. Jika solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya.”


4. Tidak thuma’ninah dalam solat

Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk… ”
- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.”
- (Hadis riwayat Muslim).
“Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.”
- (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu dia berhenti. (Menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.”
-(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!”
-(Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barangsiapa melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.”
-(Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata Nabi s.a.w. tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya, maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.”
-(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki.”
-(Muttafaq Alaih)
Sumber: xtahap yahoo group. via blog cetusanhati.com


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, November 14, 2012

BAGAIMANA MENGHILANGKAN WAS-WAS



Untuk menghilangkan was-was ini kita perlu tahu puncanya. Puncanya adalah ketika kita melakukan sesuatu perkara,
1. kita tidak sedar sedang melakukan (berada dalam minda bawah sedar)
2. kita ingin ia benar-benar sempurna di atas kemampuan kita.
3. kita kurang yakin dengan Allah.
************

Untuk menghilangkan was-was, selain daripada selalu membaca surah An-Nas, kita harus melatih diri sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Harus cakapkan pada Allah dalam penuh kesedaran apa yang kita sedang lakukan.
Dalam keadaan sedar, kita pasti ingat setiap apa yang kita lakukan.
Sebagai contoh, saudara selalu was-was samada rumah atau kereta sudah dikunci atau belum? Ketika mengunci rumah atau kereta, pastikan dilakukan dalam sedar dan katakan pada Allah,
“ya Allah aku sedang kunci rumah aku ni ya Allah. Aku sedang kunci kereta aku ni ya Allah. Aku tekan kunci ni ya Allah. Mohon ya Allah agar rumah dan kereta aku ini diberikan kebaikan di sisiMu ya Allah”.


Jika was-was dengan wudhuk, katakan pada Allah,
“ya Allah sedang basuh muka ni ya Allah. Sedang ratakan air seluruh muka aku ni ya Allah. Mohon ya Allah agar muka ini tidak dibakar dengan api neraka ya Allah.” Lakukan untuk semua anggota wudhuk.
Juga di dalam solat. Namun katakan pada Allah dalam hati. “ya Allah mohon untuk takbir ya Allah.” Lalu bertakbirlah. “ya Allah mohon untuk rukuk ya Allah.” lalu rukuklah.
Berlatihlah untuk yakin pada Allah ketika kita memohon pada Allah, Allah yang memberikan kita ilham ini akan membuatkan kita akan laksanakan dengan sempurna yang kita mampu. Pasti.
Dengan latihan ini, inshaAllah was-was ini akan hilang dan terus hilang sepenuhnya.
Selalulah mohon pada Allah tunjukkan cara bagaimana was-was ini boleh dibuangkan. InshaAllah akan ditunjukkan oleh Allah sesuai dengan diri kita masing-masing.
sumber;

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan







Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, November 06, 2012

15 Kebaikan sujud dalam solat

by peribadirasulullah
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
Rujukan:
http://www.harian-metro-online.com/16-kebaikan-sujud-dalam-solat






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, April 05, 2012

Meminta dari Allah hanya untuk kesenangan dunia atau tanda kehambaan kepadaNya?

 
 
Bismillaahirrahmaanirrahim...

Kita buat solat hajat apabila berhajatkan sesuatu OR buat solat-solat sunat (tahajjud,hajat,taubat,dhuha,tasbih dll) secara istiqamah tanda syukur&kehambaan kita kepada Allah,, mana satu yang lebih patut sebenarnya?
contohnya apabila kita menginginkan kehidupan yang senang, kenaikan pangkat, rezeki yang mencurah-curah,perniagaan yg maju,atau bonus yg banyak,, so kit...a buat solat sunat hajat khusus untuk kesenangan dan kemewahan dunia je..

kita fikir cara fikir kita dah betul, tapi cara fikir kita sama ke dengan cara fikir Nabi saw?
niat kita macam betul dan baik. baguz nye buat solat sunat. tapi kalau kita buat semata-mata berhajat untuk kepentingan dunia, kemewahan dunia, kesenangan hidup, boleh ke macam tu..?:)

Jom merenung sejenak:

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sungguh hairan ajaib bagi seorang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi kemudian ia masih sibuk dengan tempat tipuan dan sementara."
Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Saya hadir dimajlis Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang bagus muka dan rambutnya, berpakaian putih, lalu berkata: "Assalamu alaikum, ya Rasulullah." Dijawab Nabi Muhammad s.a.w. "Wa alaikum salam warahmatullah." Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, apakah dunia ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bagaikan impian orang tidur, sedang penduduknya bakal dibalas dan disiksa." Lalu ia bertanya: "Dan apakah akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Kekal, sebahagian disyurga dan sebahagian dineraka." Lalu ditanya: "Apakah syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia, bagi orang yang sanggup meninggalkannya mendapat kesenangannya untuk selamanya." Lalu ditanya: "Dan apakah Jahannam itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia bagi yang cinta kepadanya, tidak akan pisah lepas dari Jahannam untuk selamanya." Lalu ditanya: "Maka siapakah yang sebaik-baik ummat ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Yang berbuat taat ketika didunia." Lalu ditanya: "Bagaimana didalamnya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bersungguh seperti orang yang mengejar gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lama tinggal didalam dunia?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seperti lamanya orang yang tertinggal dari gafilah-gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lamakah antara dunia dan akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sekelip mata" Maka pergilah orang itu dan tidak kelihatan, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Itu Jibril datang untuk menzuhudkan kamu didunia dan menggemarkan kamu diakhirat."

sumber:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/mengabaikandunia.htm

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, September 07, 2011

Solat seorang perempuan

Salam,

Dari Abdullah, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda,
"Solat seorang perempuan di rumahnya adalah lebih utama dari di ruang solat (masjid, surau dll), dan solat di biliknya lebih utama dari solat di rumahnya."
(Riwayat Abu Daud # 483)





Dari Ibnu Umar r.a., bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "Janganlah kamu melarang perempuan kamu datang ke masjid, walaupun rumah mereka sendiri lebih baik bagi mereka" (Riwayat Abu Daud.)