Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label makanan kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, Mei 28, 2013

AIR AIR AIR


Tubuh manusia terdiri daripada 55 sehingga 75 peratus air, bergantung kepada saiz dan komposisi badan. Salah satu kelebihan yang paling besar untuk mendapatkan air yang cukup setiap hari adalah mengelakkan dehidrasi, dimana air sangat penting untuk menyokong fungsi-fungsi penting sistem biologi.
Kepentingan air
Air mempunyai terlalu banyak manfaat dan kebaikan dari segi kesihatan, antaranya ialah:-
(1) Air membantu mengekalkan suhu badan di tahap yang optimum apabila terdedah kepada persekitaran suhu yang melampau. Peluh yang dihasilkan semasa senaman adalah salah satu contoh yang baik mengapa minum air adalah sangat penting.
(2) Secara purata, 70% otak manusia, 90% paru-paru, 10% lemak badan, 22% tulang dan 83% darah adalah terdiri daripada air. Maka, dengan meminum air, ianya memberikan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi otak dan organ-organ serta sistem dalaman yang lain.
(3) Juga, sendi anda bergantung kepada cecair yang mengelilinginya untuk memastikan sendi mampu bergerak bebas dengan keadaan ber”kusyen”. Kandungan air dalam badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sendi anda menjadi kaku.
(4) Selain itu, air diperlukan untuk mengalirkan bahan kumuhan badan. Sama ada melalui air kencing mahupun apa jua bentuk, air digunakan oleh organ-organ perkumuhan untuk menyingkirkan bahan buangan. Kandungan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah, gejala/simtom yang berkaitan dengan dehidrasi.
(5) Air juga sangat penting untuk kulit sentiasa dalam tahap kelembapan yang baik, dan mengelakkan kekeringan dan kedut pada kulit, menurut dermatologis Atlanta, Kenneth Ellner, MD.

Pengambilan air
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah pengambilan air kosong yang disarankan untuk sehari adalah sekurang-kurangnya sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Mengikut garis panduan ‘American College of Sports Medicine’, adalah digalakkan untuk minum sebanyak 17 oz (lebih kurang 0.5 liter) air 2 jam sebelum bersenam dan pengambilan air secara konsisten untuk menggantikan air yang hilang melalui proses peluh.
Juga menurut kajian D.Boulze dan P.Montastruc (1983), air sejuk adalah lebih sedap dan cenderung untuk diminum berbanding air panas, dimana subjek melihat air sejuk sebagai pilihan utama, namun mereka memilih untuk meminum dengan kadar yang banyak pada suhu 15°c.
“Cold water was therefore both more pleasureable and less drunk. Dehydration resulted in a negative alliesthesia for warm water. Positive alliesthesia for cold water was probably the result of hyperthermia rather than dehydration.”
Kajian di atas juga disokong oleh kajian Khamnei et al. (2011);
“In order to have more voluntary intake of water and less fluid deficit, cool water (near 16°C) is recommended for athletes. Such water would also aid thermoregulation to some extent and increase palatability as well.”
Soalan-soalan berkaitan dengan air
(1) Adakah minum air sejuk boleh menaikkan kadar metabolisma, dan seterusnya membantu dalam proses penurunan berat badan?
Ya, ia memang boleh menaikkan kadar metabolisma, tetapi kesan termogenik yang dihasilkan sangat kecil, tidak signifikan seperti yang kita sangkakan. Jadi jika ingin menurunkan berat badan dengan cara minum terlalu banyak air sejuk, lupakan saja, tumpukan pada cara senaman. =)
Rujukan: Clive M. Brown, Abdul G. Dulloo and Jean-Pierre Montani, Water-Induced Thermogenesis Reconsidered: The Effects of Osmolality and Water Temperature on Energy Expenditure after Drinking, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism September 1, 2006 vol. 91 no. 9 3598-3602, doi: 10.1210/jc.2006-0407
“Cooling the water before drinking only stimulated a small thermogenic response, well below the theoretical energy cost of warming the water to body temperature. These results cast doubt on water as a thermogenic agent for the management of obesity.”
(2) Apakah air yang sesuai diminum ketika bersenam?
Dari sudut ‘rate of stomach emptying’ (kadar pengosongan perut) dan proses penggantian air yang cepat dan efektif, air sejuk (bukan air ais) yang bersuhu 2 – 4°c adalah pilihan yang terbaik.
“Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat…Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat.
Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut)…” (zakikhan.net, diakses pada 17 April 2013)
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.

“To insure good health: eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.”
-William Londen-
DITULIS OLEH AKASA BINA FROM ZAKIKHAN.NET

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, November 14, 2012

medical check-up

Lobai buat medical check-up sehari dua ni..Maklumlah umur dah makin lanjut ni maknanya dah lama kita guna badan kita..Kereta pun pi cek pi servis selalu apa lagi tubuh kita, kena selalu buat check-up juga..Mencegah sebelum terkena la kata kan:)

Jadi lobai diberi info oleh doktor bahawa kolesterol ni ada dalam pembuluh darah..ia bukan lemak yang senang dibuang .Kolesterol ni keras macam simen tu..Orang gemuk tak semestinya kolesterol tinggi dan jangan fikir orang kurus kolesterol rendah. Jadi semua orang kena berjaga-jaga tentang kolesterol.

Jadi selepas ambil darah untuk cek kolesterol dan juga buat urine test, lobai pun interview la encik doktor. Apa sebenarnya makanan yang tinggi kolesterol?

Jawapan dari Doktor:
1) ORGAN DALAMAN-elok jangan makan langsung (cth: hati, limpa, pedal, paru-paru dll).
2) SANTAN - cuba kurangkan
3) SEAFOOD juga kurangkan (cth :udang, ketam, sotong, kerang dll) *tapi IKAN sangat elok dimakan
4) KUNING TELUR - kurangkan (paling banyak pun seminggu sekali je)
5) DAGING LEMBU/KAMBING -elok dikurangkan juga
6) MINYAK -kurangkan juga



Makanan yang elok dimakan pula antara yang doktor list kan ialah:-
1)IKAN
2)AYAM
3)SOYA BEAN
4)OAT

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Isnin, November 12, 2012

12 Makanan menambah tenaga batin

12 Makanan menambah tenaga batin

by peribadirasulullah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvsaWMeswY6A35ScJRGA9ZzcB2S-KlUXndoDEKDKJIDtteRGY_6CKS7P7MoCiiLuXG3nIAxkZPSTZxnivve5mtbaTuR0-bLt4HgS6URLaBUpMOCeeviodK-y-fEa2tX958sbuKAr0c2TEM/s1600/%D8%AD%D9%8A%D8%A7%D8%A9+%D8%AC%D9%86%D8%B3%D9%8A%D8%A9+%D8%B3%D8%B9%D9%8A%D8%AF%D8%A9.jpg
اذا كنت تبحث عن حياه جنسيه سعيده انتبه لصحة قلبك, وكن على علم بأن الطريق لحياه جنسيه سعده للاناث والذكور هو تدفق دموي جيد يصل للاعضاء التناسلية, ولقرون عديده اعتبر الطعام برائحته وطعمه وشكله من اهم العوامل المثيرة للعواطف وتعتبر بعض الاطعمة محفزات لتدفق الدم الي الاعضاء التناسلية فتحسن من الاداء الجنسي وتزيد من المتعه, وسنعرض عليكم اهم الاغذية المحملة بالفيتامينات والمعادن التي تساعد علي افراز الهرمونات الجنسية وتنشيط الدوره الدموية في الجسم لتصل لكافه الاعضاء
1. العسل, ويحتوي العسل على العديد من الفيتامينات والاملاح المعدنية ومضادات الاكسدة
2. الشكولاتة , فاثبتت البحوث ان المرأة التي تتناول جرعه يوميه من الشكولاتة يكون لديها رغبات جنسيه اكثر, فتحتوي الشكولاتة علي phenylethylamine التي تحفز من انتاج هرمون السعادة والذي يفرز تلقائيا اثناؤ ممارسه الجنس وتوجد تلك الماده بنسبه اكثر في الشكولاتة التي تحتوي علي نسبه عاليه من الكاكاو " الشكولاتة الغامقة"
3. الافوكادو, وهو غني بنسبه عاليه من الدهون الغير مشبعه ونسبه قليله جدا من الدهون المشبعة مما يجعل الافوكادو مفيد جدا لصحه القلب والشرايين وبالتالي يساعد علي تدفق الدوره الدموية للاعضاء التناسيله
4. اللوز, يعتبر اللوز من المحفزات الجنسية ويحتوي علي العديد من الاملاح المعدنية الهامه للصحه الجنسية كالزنك والسلينيوم وفيتامين E
5. الفراولة, اللون الاحمر وحده معروف بالاثارة, بالاضافة الي ان الفراولة غنيه بحمض الفوليك اسيد ومجموعه فيتامين B
6. المأكولات البحرية, يعتبر المحار اقوي المصادر للزنك المسؤول عن زياده الرغبة الجنسية, وبالاضافة للانواع البحرية الاخري الغنيه بالـ أوميجا 3 والفسفور الذي يساعد علي تنشيط الدوره الدموية
7. الجرجير, يحتوي الجرجير علي العديد من الاملاح المعدنية والفيتامينات ومضادات الاكسدة والتي تمنع امتصاص بعض الملوثات البيئية التي تقلل الرغبة الجنسية
8. التين, ويعتبر التين من اكثر انواع الفواكهه المثيرة للرغبه الجنسية, ويحتوي علي نسبه عاليه من الالياف الطبيعية المفيدة لصحه القلب والتدفق الدموي
9. الفواكه الحمضية, فهي غنيه بفيتامين C واحماض الفوليك اسد ومضادات الاكسده وهي من اكثر الفواكه المفيدة لصحه الرجل وزياده قدرته الجنسية
10. الريحان, للريحان رائحه مميزه تعد مهدئه للاعصاب وتزيد من الرغبة الجنسية عند الرجل بالاضافة الي انه منشط عام للدوره الدموية مما يساعد وصول الدم الاعضاء التناسلية 11.
الهيليون ( الاسبراجوس), يعتبر بمثابه مقوي عام ويزيد من تدفق الدم ويمنع خطر التعرض للامراض القلبية وينشط من الدوره الدموية في الجسم
12. الموز, يحتوي الموز علي الياف طبيعيه بالاضافة الي احتوائه علي نسبه عاليه من الاملاح المعدنية ويعتبر مصدر هام للبوتاسيوم والفسفور والماغنسيوم اهتم بنظامك الغذائي لتنعم بحياه جنسيه سعيده اعداد سارة
صلاح فريق كل يوم معلومة طبيةالمقالة الأصلية: http://www.dailymedicalinfo.com/2012/11/food-spicier-sex-life.html
حقوق الملكية لمدونة كل يوم معلومة طبية
terjemahan oleh pokcik google....
Jika anda sedang mencari untuk kehidupan seks gembira menonton keluar untuk kesihatan jantung anda, dan sedar bahawa jalan Seada kehidupan seksual bagi perempuan dan lelaki adalah aliran darah baik sehingga ke kemaluan, tetapi abad dianggap bau makanan dan rasa dan bentuk yang faktor yang paling penting emotif yang sesetengah makanan mencetuskan aliran darah ke kemaluan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan keseronokan seksual, dan kami akan menunjukkan kepada anda makanan yang paling penting yang sarat dengan vitamin dan mineral yang membantu rembesan hormon seks dan merangsang peredaran darah di dalam badan sehingga kepada semua ahli
1. Madu, madu mengandungi banyak vitamin dan mineral dan antioksidan
2. Coklat, telah menjadi bukti penyelidikan bahawa wanita yang berurusan dengan dos satu harian coklat kepada mempunyai nafsu lebih, Fathtoa coklat Ali phenylethylamine, yang merangsang pengeluaran kebahagiaan hormon dan yang menghasilkan secara automatik semasa seks dan di sana bahawa artikel oleh lebih dalam coklat yang mengandungi satu peratusan yang tinggi koko "coklat gelap "
3. Alpukat, yang kaya dalam nisbah yang tinggi lemak tepu dan peratusan yang sangat kecil lemak tepu, yang menjadikan alpukat adalah sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung dan arteri dan dengan itu membantu aliran peredaran darah untuk ahli Altnasila
4. Badam, badam adalah salah satu rangsangan seksual dan mengandungi banyak mineral penting untuk kesihatan Warganegara Kalzenk dan selenium dan vitamin E
5. Strawberi, merah sahaja dikenali teruja, di samping strawberi kaya dengan asid folik dan jumlah vitamin B
6. Seafood, kerang adalah sumber terkuat zink adalah bertanggungjawab untuk meningkatkan libido, di samping lain-lain jenis marin pal omega-3-kaya dan fosforus, yang membantu untuk merangsang peredaran darah
7. Selada air, selada air mengandungi banyak garam galian dan vitamin dan antioksidan, yang menghalang penyerapan beberapa pencemaran alam sekitar yang mengurangkan keinginan seksual
8. Ara, ara adalah salah satu jenis yang paling menarik buah-buahan untuk keinginan seksual, dan mengandungi sebahagian besar daripada serat semula jadi bermanfaat untuk kesihatan jantung dan aliran darah
9. Buah-buahan sitrus, ia adalah kaya dengan vitamin C dan asid folik dan antioksidan singa, salah satu buah-buahan yang lebih bermanfaat untuk kesihatan manusia dan meningkatkan keupayaan seksual
10. Selasih, selasih mempunyai bau yang tersendiri menenangkan saraf dan meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki di samping bahawa tonik umum untuk sistem peredaran darah, yang membantu kemaluan bekalan darah 11.
Alhiluon (Alasbraszos), dianggap sebagai tonik umum dan meningkatkan aliran darah dan mencegah risiko penyakit jantung dan mengaktifkan peredaran darah dalam badan
12. Pisang, pisang mengandungi serat semula jadi di samping mengandungi perkadaran yang tinggi garam mineral dan dianggap sebagai sumber penting kalium, fosforus, magnesium, makanan penjagaan sistem anda untuk menikmati kehidupan seks gembira menyediakan Sarah
Salah pasukan setiap maklumat hari Tabahalmqalh asal: http://www.dailymedicalinfo.com/2012/11/food-spicier-sex-life.html
Hak harta ke blog setiap hari maklumat perubatan




Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, Februari 28, 2012

7 Mitos Dalam Diet


1. Makan malam buat anda gemuk?
Tiada sebarang bukti yang menunjukkan makan malam menyebabkan kegemukan. Apa yang penting adalah jumlah kemasukan kalori pada hari itu.

2. Lebih sikit anda makan, lebih bagus?
Mereka yang ada sakit jantung, diabetis, masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pemakanan lemak. Lemak apa? bukan lemak tepu tetapi lemak tak tepu. Lebih sedikit makanan diambil lebih sikit pembakaran berlaku.

3. Protein adalah nutrien yang sangat penting untuk atlet?
Memang benar protein yang diperlukan oleh seorang atlet lebih tinggi dari orang biasa. Tapi berapa banyak? kebanyakan atlet atau mereka yang berlatih di gymnasium tidak memerlukan protein sebanyak yang mereka ambil. Kemungkinan makanan semulajadi mereka dah mencukupi tanpa perlu mengambil makanan tambahan. Keperluan seorang ahli bina badan mungkin lebih berbanding atlet bola sepak.

4. Diet rendah lemak atau tiada lemak bagus untuk anda?
Perlu diingatkan bahawa badan kita memerlukan lemak sebagai tenaga, untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak, untuk pengangkutan vitamin A, D, E, K. Tidak perlu diet tiada lemak cuma perlu mengurangkan lemak tepu dalam diet harian.

5. Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Mungkin benar untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan badan membakar otot sebagai sumber tenaga. Apabila otot mengecil, kadar metabolisme badan asas akan menurun.

6. Makanan tinggi lemak menyebabkan badan naik dengan cepat?
Badan kita tidak akan naik lemak segera jika hanya makan 50g coklat. Badan kita memerlukan 3500 kalori berlebihan untuk menaikkan 1g lemak dalam badan.

7. Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Memang benar nikotine mempengaruhi kadar metabolisme badan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Cuma merokok dah jadi rutin, jadi seorang perokok akan mencari sesuatu untuk mengantikan asap rokok dengan makanan. Jadi badan naik disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok seeloknya mencari sesuatu seperti gula-gula getah tiada gula untuk menggantikan rokok.

Zaki Khan



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Disember 23, 2011

Makanan yang lobai makan untuk kesihatan

Lobai dulu suke makan nasi beriani kambing kat mamak.kalau dapat makan tiap-tiap hari pun tak apa. pekena pulak dgn teh tarik, memang tak ingat ape dah..tapi berat badan memang tak dapat dikawal lah masa tu.



tapi lobai ni suka melawa, suka pakai smart2, jadi mcm tak kena la klu badan besor nk pakai smart kan. setelah dipikir2 kan, umur pun dah makin meningkat, kolesterol pun dah over the border, nat tak nak, lobai kena jugak turunkan berat badan untuk jaga kesihatan. lagi pun bila badan ringan dan sihat, semua aktiviti senang dilakukan especially beribadah kepada Allah..betul tak ape lobai kata ni?

Workout
Selain jogging, senaman, exercise,badminton dan gym, lobai jaga dan atur cara makan. cara diet lobai berubah 360deg. semua makanan2 tak berkhasiat dan memudaratkan lobai tak sentuh lagi.

pada awal diet dulu lobai kurangkan pengambilan nasi iaitu karbohidrat. lobai menggantikan dgn memakan
~buah-buahan
~air soya
~roti bun





masa ni lobai kurang tahu soya tak berapa digalakkan untuk orang lelaki. tapi bila dah tau tu lobai stop le.
so sekarang lobai lebih senang ambil susu rendah lemak HL, yogurt atau air mineral je.



Dari Vsoy kepada SUSU


Info tentang SUSU:-
SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan.Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi

Lobai ambil YOGURT jugak untuk pelbagai kebaikan pada badan


Info tentang yogurt:-
Yogurt adalah produk Susu bacterially ditapai. Kaya protein, kalsium, pyridoxine, riboflavin, dan cobalamine.penyelidik telah mendapati bahawa mengambil 100 hingga 200 gm yogurt (terutamanya yang rendah lemak) setiap hari bukan sahaja merendahkan LDL (buruk) kolesterol tetapi juga menimbulkan HDL (baik) kolesterol. Ia lebih ketara mengurangkan tahap sebatian sulfida yang berkaitan dengan nafas berbau.

Dari air manis lobai ubah kepada PLAIN WATER:-untuk  elok untuk kesihatan, air diminum 1/2 atau 1jam selepas makan.

Info tentang AIR:-
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Teh tarik favourite plak lobai change to KOPI 'O'
Info tentang KOPI:-
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


kalau dulu breakfast dengan roti canai, sekarang makan OAT
Info tentang OAT:-
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat
dan selalu juga ambil PISANG untuk tenaga.
Info tentang pisang:-
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Selain buah-buahan, lobai juga mula berjinak-jinak dengan sayur-sayuran terutama sayuran hijau dan ulam-ulaman

Info tentang BUAH&SAYUR:-
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.
Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup. Pengamalan buah-buahan dan sayur berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.


 KURMA juga lobai amalkan inshaAllah..sebab seisi rumah lobai didik untuk rajin berpuasa Isnin Khamis.
Kurma Ajwa-Kurma Nabi


Info tentang KURMA:-
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.



MADU juga elok untuk kesihatan sekeluarga disamping mendapat pahala sunnah:-

Info tentang MADU:-
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).


OLIVE OIL atau MINYAK ZAITUN juga lobai usahakan untuk kesihatan:-

Info tentang MINYAK ZAITUN:-
Buah Zaitun merupakan buah yang disebut di dalam Al-Quran.Daripada daunnya hinggalah buahnya,mempunyai khasiatnya tersendiri. Minyak zaitun mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty asids) MUFAs. MUFAs ini dikategorikan sebagai lemak sihat. Sekiranya dalam diet seharian kita mengandungi lemak tidak tepu seperti MUFAs dan lemak politaktepu (PUFAs) berbanding lemak tepu dan lemak trans, kita boleh mendapat kebaikan untuk kesihatan kita.
MUFAs dan PUFAs boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Menariknya lagi, MUFAs ini boleh merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan tahap kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah. Di samping itu, MUFAs turut membantu menormalkan pembekuan darah. Beberapa kajian juga mendapati MUFAs juga berguna untuk mengawal tahap insulin dan gula dalam darah yang mana membantu sekiranya kita mempunyai diabetes jenis 2.
Selain itu, minyak zaitun ini turut terkenal sebagai pelembap semulajadi. Ia dapat membantu melindungi kulit kering dan berguna kepada mereka yang mempunyai psoriasis atau eczema. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa minyak zaitun ini mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, kita perlulah mengambilnya secara bersederhana. Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penjagaan minyak zaitun ini. Hal ini kerana, sekiranya terdedah kepada cahaya, haba dan udara,kemungkinan nutrien dan rasanya akan terjejas.


Habbatus-sauda pun tak ditinggalkan:-

Info tentang SAUDA:-
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Kalau kepingin untuk makan sedap skit, lobai biasanya akan cari AYAM GRILL/ROASTED.
kat Kenny Roger pun boleh, kat Restoran Arab pun boleh.



untuk mengurangkan kolesterol pula lobai amalkan makan BAWANG PUTIH/ GARLIC:-
Info tentang GARLIC:-
Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. (Nama saintifik Allium satvium). Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman. Selain dapat mengurangkan kolesterol, ia mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
a) penawar sengatan -
b) penawar sakit kepala
c) penawar batuk dan lelah
d) penawar cacing kerawit
e) penawar kembung perut
f) penawar mulut busuk
g) penawar luka kecil
h) penawar buasir
i) penawar saki otot
j) penawar sakit kerongkong
k) penawar sakit gigi
l) penawar bisul 
m) penawar payu dara yang sakit
m) penawar selsema



Ini lah semua list-list makanan yang lobai amalkan untuk sihat. cuma yang paling penting lobai nak highlight kat sini especially bagi kaum Adam, kena berhenti merokok untuk hidup sihat. kalau jogging banyak mana pun, makan sikit mana pun tapi kalau tak boleh buang tabiat merokok, kita takkan berjaya untuk hidup sihat. jadi sama-sama lah kita pakat berusaha dan bermuhasabah inshaAllah.



ALLAH YANG BAGI MANFAAT...DAN ALLAH JUGA BAGI MUDARAT/UJIAN..BILA SIHAT, KITA MUDAH UNTUK BERAMAL INSHAALLAH....

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah