Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label wanita penghuni syurga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wanita penghuni syurga. Papar semua catatan

Selasa, Januari 10, 2012

Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah

        
Alhamdulillah kerana saat ini aku masih diberi nafas untuk hidup di bumi Allah yang maha luas ini. Manusia yang hidup tak pernah lari dari membuat kesilapan kerana kealpaan dan sifat manusia itu sendiri. Manusia juga tak dapat lari dari digoda iblis dan anak cucunya yakni syaitan. Oleh yang demikian kita dapat lihat di dunia sekarang pelbagai masalah yang timbul akibat sifat manusia yang tidak berpegang teguh pada kalam Allah.
Jesteru itu di sini aku ingin berkongsi satu kisah tauladan yang pernah dibaca satu ketika dahulu buat tatapan korang. Moga ia membawa 1001 penghayatan dan keinsafan pada diri kita, hamba Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah Al-Jatsiyah: ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api, demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Selesai sudah kisah tauladan yang aku ingin kongsikan. Bagaimana? Apabila korang baca kisah ni, ada tak dalam hati korang berdegup sebentar, kemudian mata mula berair, diikuti dengan rasa terharu dan insaf? Jika tiada perasaan sedemikian, kemungkinan hati korang tu sudah gelap dari sinaran cahaya iman. Dari pengalaman aku membaca kisah-kisah tauladan, kisah Nabi dan pelbagai kisah yang sebegini, aku pasti akan terasa degupan kencang dalam hati dan kadangkala sehingga aku menangis sendiri.
Aku bukan insan yang berperwatakan baik dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya aku ingin berbakti kepada manusia dengan berkongsi ilmu dan kisah yang baik untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Inilah saham akhirat yang dapat dikumpul apabila kematian menjemput sesuai dengan sabda nabi di bawah.
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” – Rasulullah S.A.W.


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Isnin, November 14, 2011

Undang-undang hidup bermadu!


Al-kisah nya di satu puncak terdapat seorang pemuda gagah perkasa diberi gelaran lobai soparuh. lobai dikurniakan seorang suri dgn 5 orang anak. namun akibat terlalu suka makan madu, lobai dihadiahkan Allah seorang lagi isteri sebagai madu kpd suri nye. kedua-duanya sama cantik sama manis, menjadi penyeri hidup lobai.pelbagai pengorbanan, dugaan dan cabaran yang diharungi kedua-dua madu ini sehingga termeterailah perjanjian/sistem tak bertulis antara madu-madu ini di mana penasihat utama nya adalah lobai itu sendiri...maka bermulalah al-kisah

UNDANG-UNDANG MADU LOBAI!

1) Cop mohor suri pertama!

Lobai memohon cop mohor dari isteri pertama sbelum kawin dengan yang ke2. selagi tak dapat approval, duk diam2 je takyah menggatal. bila dah dapat cop mohor suri pertama baru jalannnn.........

so bakal madu pun kena pandai main peranan la. skali skala message tanda ingatan, tapi jangan nak over2 plak nnt orang meluat!



2) Senang nye bini pertama nak terima madu!

senang korang kata?? 6 tahun gak wo! berkat lobai rajin bawa suri lobai ni dengar ceramah agama la pintu hati dia terbuka utk bagi approval, ganjaran besar utk kesabaran dan pengorbanan bini lobai ni inshaAllah. lagipun yg ke2 pun baik je orang nya xde perangai, tenang dan relak je orang nye..sabar je menunggu lobai.

tapi, lpas kawin pun 3 tahun gak r berkerut kening antara madu2 ni..dah lame skit baru makin OK kedua2 nya. lobai cool je, tak boleh tunjuk sgt kita menggelabah. I AM THE BOSS la!! nak tak nak dua2 ni kena pandai jaga hati lobai. sbb antara requirement diorang nak masuk syurga ialah dgn taat kpd lobai (suami)..


3) Al-fulus nya???

syarat2 nak jadi bini lobai ni, jangan nak impikan hidup mewah, sbb lobai suka zuhud cam Nabi saw (chewah zuhud konon,padahal mmg kering.hehe). bagi lobai duit boleh dicari, tapi kebahagiaan tak dapat dibeli dengan duit..jadi, diorang pandai2 la pikir sendiri lobai ni camano. kalau nak mewah jugak, madu2 lobai kena pandai2 cari duit sendiri la, tapi kena share la jgn nak jadi cam haji bakhil.hihihi. gurau je.

Alhamdulillah institusi madu lobai ni faham dana kewangan kitorang cukup2 makan je.. jadi kami utamakan NEED to HAVE vs NICE to HAVE..kalau nak lagi conpius, dari segi terminologi perdagangan nya ialah beza antara KEPERLUAN dengan KEHENDAK.
kalau beras dah habis, maka bini lobai akan beli beras dulu lah takde nak pikir beli barang kemas.


4) Panggilan manje.
.

pandai2 la diorang bincang hal ni. takkan itu pun lobai nak kena ajar. tapi klu yg pertama panggil ayang, yg kedua cube la darling ke plak, ala2 American style gitu;)
tp klu time kuar bertiga, kena control la skit jgn duk tunjuk sgt manja tu. isteri, isteri jugak, tapi adab still kena jaga.

5) Kadang2 rock, kadang warak

lobai didik dua2 ni dari rock kpd warak. cinta Allah dulu baru cinta lobai. dari diorang caca merba cita2 lobai nak jubahkan diorang..dan Alhamdulillah makin lama makin ada improvement. itu bukan utk lobai pun tp diorang sendiri jugak yg akan dapat pahala dan ganjaran dari Allah. lobai cuma asbab je utk mereka berubah.
tapi utk eratkan institusi madu ni, selain masjid, lobai buat juga tour guide ke cinema2 ,Port Dickson, makan aiskrim ke, pi umah mertua dan adik beradik ke..utk bagi mereka lebih kenal satu sama lain.
orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA!

6) Be yourself!

lobai didik bini2 lobai ni jadi diri sendiri je jangan hipokrit. tak payah nak sungguh2 amik hati la berbuat baik sgt la. rasa tak brape nak bercakap, duk diam2, rasa nak bagi pendapat, cakap je dgn syarat biar benda bermanfaat. kadang2 pura2 buat baik dan bersungguh sgt nak amik hati ni lah yg jadi punca mengungkit dan iri hati. lebih baik relak2 cool2 je..tapi biar antara madu kenal antara satu sama lain pelan2...


7) Malam giliran macamane??

uih, soalan sensitif pun nak tanya eh..takpa lobai kan open! tak salah share ilmu kan. korang yang berbini ramai ni pandai2 la agih2 malam giliran dgn baik. ikut kemampuan suami jgk. tengok jarak jugak! tengok keupayaan transport jgk! masa ni lah nak tengok kekuatan sifat sabar seorang perempuan. jujur lobai cakap, bini2 lobai boleh bertolak-ansur antara satu sama lain bab2 ni. klu yg sorang ni demam ke sakit ke, sorang lagi ikram malam giliran dia. yg pertama plak ramai anak, jadi yg ke2 amat memahami. klu tetiba hujan lebat, lobai tepaksa cancel nak balik, pun diorang akan faham. dan lobai pun slalu jgk kuar join jemaah, jadi dua2 pun Alhamdulillah memahami. mungkin kasih-sayang dan kepercayaan antara kami mengatasi segala2 nya.

8) HATI yang baik sumber kebahagiaan!

dua-dua madu ni tak terlalu akrab, tapi pelan2 mereka dah boleh menerima antara satu sama lain. tapi dlm masa sama mereka kena banyak dan pandai menjaga mulut, tingkah-laku, hati dan akhlak. yg petama kena jaga aib dan maruah yg ke2, yg ke2 kena amat mejaga aib dan maruah yg pertama..bila makin banyak keluarga ni maknanya makin ramai terlibat. ipar duai, mertua, adik-beradik, jiran2 ,saudara-mara, sahabat handai..jadi HATI yang baik adalah aset utama utk menjaga keseluruhan aspek.
tak yah busuk hati nak burukkan madu sendiri. takyah jugak nak jealous2, sbb bila hati kita ikhlas, baru lah Allah muliakan kita, orang pun akan senang dgn kita!


9) Yang datang dahulu tetap datang dulu, yg datang kmudian tetap kemudian

kena ingat beribu kali ,sbelum terima suami orang jadi suami kita, kena tahu kita datang kemudian. sudah adat resam idup, yg dtg dahulu kita kena hormat, kita yg datang kemudian ni kena banyak bersabar dan bersedia berkorban dan tolak-ansur. tak payah nak berebut2 sangat hak kita. belajar lah utk memberi. begitu juga yg pertama pun. sbb di sisi Allah, Allah dah tak tengok kita bini ke berapa utk jadi syarat masuk syurga,. tp yg Allah tengok ialah iman & taqwa.
dari duk sibuk berebut kasih-sayang suami, yang dah tentunya makhluk yg xde kuasa pun, dan kadang2 banyak pincang..baik berebut kasih syg Allah.



10) Zalim kah Allah membenarkan lelaki kahwin ramai?

Kenapa Allah bagi org laki ni kawin sampai 4? Allah tak zalim, maka tujuan Dia bukan utk seksa kaum Hawa. kalau tak, Nabi saw sendiri pun takkan berpoligami. so, tujuan tersirat nya ialah Dia nak kita bergantung pada Dia Yang Satu semata-mata, jangan bergantung pada makhluk. suami adalah pinjaman ,bukan hak milik kita pun.

dan cinta kita kpd Allah lah yg membuatkan kasih-sayang antara kita dgn suami akan kekal sehingga ke syurga...inshaAllah..


kehidupan berpoligami ni adalah tiket untuk ke syurga atau menempah neraka!jadi buatlah keputusan sendiri yang mana satu engkorang rasa berminat nak pilih. klu nak tiket syurga, berbaik2 lah sesama kamu, kalau nak cepat2 ke neraka, tepuk dada tanya lah hati sendiri!

dan Ummul Mukminin Khadijah r.a & Aisyah r.a adalah antara contoh wanita2 syurga..maka contohilah mereka wahai isteri-isteri dan bakal2 isteri sekalian!


















Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Oktober 28, 2011

Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)



Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam
Al-Bukhari)




Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

*sumber ..lenggangkangkung.blogspot




Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah