Jom Solat Jemaah

Khamis, Mei 03, 2012

Ceramah Perdana UAI Masjid Taman Medan

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Aku sentiasa menurut sangka hamba-Ku kepadaKu, dan Aku sentiasa bersamanya ketika dia menyebut namaKu. Jika dia menyebut namaKu dalam hatinya, maka Aku menyebutnya pula dalam hatiKu. Dan jika dia menyebut Ku dalam majlis ramai, maka Aku menyebutnya dalam majlis ramai yang lebih baik. Jika dia mendekati Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekati-u sehasta. Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki, Aku mendatanginya dengan berlari."

USTAZ AZHAR IDRUS : MASJID NURUL EHSAN, TAMAN MEDAN
Tajuk :Rahmat & Nikmat


Rahmat dan Nikmat ni berbeza. Seorang ni rajin ke masjid rajin dengar kuliah agama. Ini tanda rahmat Allah.tanda orang ni disayangi Allah. Tapi kalu duk rumah tengok tv je tak ke masjid, dia dapat nikmat Allah tapi takde rahmat.
Kasihanilah pada sanak-saudara rakan-rakan kita ,ramai lagi tak dapat rahmat dari Allah walau Allah dah bagi banyak nikmat kepadanya.

Anda bertanya UAI menjawab:


Q1: Boleh tak tolak salah satu rukun Islam?
UAI: Tak boleh beriman dengan Islam tapi ada rukun Islam yang kita tolak. Kena beriman dengan semua rukun.
Q2: Jika beli barang RM100, bayar 2x harga naik sikit boleh atau tidak?
UAI: Boleh

Q3:Contoh riba
UAI: Simple tentang riba ni ialah bila buat pinjaman yang ada interest. Itu dipanggil riba.

Q4:Coca-cola ada kata haram tapi kenapa ada tanda halal?
UAI: Haram ni minuman/makanan yang ada alcohol. Coca-cola yang halal tu tak de alcohol. Cuma keuntungan tu disumbang secara direct kepada tentera Israel  untuk beli senjata.

Q5:Ada kawan kerja kilang makanan, jadi kita pula kirim dia tolong beli makanan dengan harga kilang.
UAI:Boleh beli dengan harga kilang.

Q6:Sebut akad nikah tapi tersalah sebut nama bapa mertua.
UAI: Takde hadis sahih cara-cara akad ni, jadi  pertikaian ulama’ je. Jadi untuk menyenangkan, sebut elok-elok je.

Q7:Gigi tak teratur dan susah nak makan lalu pakai brace.
UAI: Boleh. Kalau cacat sebab kemalangan boleh ubah.Mengubah kejadian Allah ni jika benda dah ok kita ubah lagi. Contohnya buat pembedahan plastic supaya hidung mancung macam orang Arab.

Q8:Boleh kah mengubah takdir?
UAI: Tak boleh, tapi boleh usaha. Contoh kereta terbabas dan menuju kea rah kita. Kita nak lari kea tau berdiam diri je? Lari la, selamatkan diri.

Q9:Ada orang tak kahwin Nabi tak mengaku umat, betul ke?
UAI: Tak betul. Nabi Cuma tak mengaku umat bagi sesiapa yang belum kahwin tapi bersekedudukan. Hukum nikah ni ada sunat,harus,makruh ,wajib dan haram.

Q10:Kawan suka raba kemaluan, angry bird.
UAI: Tak boleh. berdosa.

Q11:Solat Maghrib suara kuat?
UAI: Sunat baca Fatihah suara kuat sikit waktu Maghrib, Isyak dan Subuh.

Q12:Tulis Bismillah pada baju
UAI: Boleh tapi kena jaga dari najis dan kotoran.

Q13:Cikgu dilarang memakai lengan panjang. Takut membawa jangkitan kepada murid-murid.
UAI: Karut. Takde yang Allah buat hukum tu tak sempurna.Pakai lah ikut syariat Islam.

Q14:Sifat Allah ada 20?
A: Cuma ijtihad ulama’. Sifat Allah lebih dari 20. Wajib kenal Allah dengan sifat-sifatNya.

Q15Ada orang minta tunjuk kilang arak, berdosakah kita tolong tunjuk?
A: Belum tentu berdosa. Contohnya Tanya rumah JKK. Kita pun tunjuk rumah JKK yang belakang kilang arak.so taka pa.kecuali kalau kita dah tahu orang tu nak pi beli arak.


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah