Jom Solat Jemaah

Selasa, Mei 28, 2013

Aku miliknya dan dia milik Allah.


Aku miliknya dan dia milik Allah.


Ada seorang wanita yang mirip dengan tokoh wanita solehah seperti Rabiatul Adawiyah di kota Syam. Beliau bernama Rabiah binti Ismail adalah isteri kepada Ahmad bin Abi Hawary. 

Ahmad bin Abi Hawary pula adalah salah seorang insan soleh di bandar Syam, Berkata Sheikh Junaid “Ahmad bin Abi Hawary bagaikan wangian di Bandar Syam”. Ahmad bin abi hawary juga mempunyai beberapa orang isteri selain Rabiah.

Maka Rabiah ini di siang hari menjalankan kewajipannya kepada suami dengan memberikan suaminya sebaik-baik hidangan dan menyiapkan kelengkapan diri suaminya dengan hiasan luaran yang sebaiknya.

Apabila tiba malam hari, Rabiah akan menyiapkan dirinya dengan pakaian dan perhiasan untuk tidur. Setelah menyiapkan semua itu beliau akan pergi menemui suaminya dan bertanya adakah ia diperlukan oleh suaminya pada malam tersebut. Sekiranya diperlukan, ia akan melayan suaminya seperti wanita-wanita biasa bersama suami. 

Namun jika suaminya tidak perlukannya, dia akan menanggalkan pakaiannya yang mahal itu dan digantikan dengan pakaian untuk beribadah. Kemudian beliau akan berdiri untuk mengadap Allah dan beribdah sepanjang malam sehngga ke pagi.




Dikatakan pada awalnya Ahmad bin abi Hawary telah menolak lamaran Rabiah agar memperisterikannya kerana beliau sibuk dengan beribadah di malam hari dan sudah mempunyai 3 orang isteri. Akan tetapi setelah  mendengar alasan Rabiah yang berkata : "Aku pun sibuk beribadah kepada tuhanku, akan tetapi arwah suamiku telah meninggalkan harta yang banyak dan susah untuk aku menguruskannya sendirian, dengan ini aku memilih kamu kerana kamu ramai kenalan orang-orang baik", maka Ahmad bin Abi Hawary  bersetuju kerana mendapat keizinan gurunya Sheikh Abi Darany.






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

AIR AIR AIR


Tubuh manusia terdiri daripada 55 sehingga 75 peratus air, bergantung kepada saiz dan komposisi badan. Salah satu kelebihan yang paling besar untuk mendapatkan air yang cukup setiap hari adalah mengelakkan dehidrasi, dimana air sangat penting untuk menyokong fungsi-fungsi penting sistem biologi.
Kepentingan air
Air mempunyai terlalu banyak manfaat dan kebaikan dari segi kesihatan, antaranya ialah:-
(1) Air membantu mengekalkan suhu badan di tahap yang optimum apabila terdedah kepada persekitaran suhu yang melampau. Peluh yang dihasilkan semasa senaman adalah salah satu contoh yang baik mengapa minum air adalah sangat penting.
(2) Secara purata, 70% otak manusia, 90% paru-paru, 10% lemak badan, 22% tulang dan 83% darah adalah terdiri daripada air. Maka, dengan meminum air, ianya memberikan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi otak dan organ-organ serta sistem dalaman yang lain.
(3) Juga, sendi anda bergantung kepada cecair yang mengelilinginya untuk memastikan sendi mampu bergerak bebas dengan keadaan ber”kusyen”. Kandungan air dalam badan yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sendi anda menjadi kaku.
(4) Selain itu, air diperlukan untuk mengalirkan bahan kumuhan badan. Sama ada melalui air kencing mahupun apa jua bentuk, air digunakan oleh organ-organ perkumuhan untuk menyingkirkan bahan buangan. Kandungan air yang tidak mencukupi juga boleh menyebabkan seseorang mengalami cirit-birit atau muntah-muntah, gejala/simtom yang berkaitan dengan dehidrasi.
(5) Air juga sangat penting untuk kulit sentiasa dalam tahap kelembapan yang baik, dan mengelakkan kekeringan dan kedut pada kulit, menurut dermatologis Atlanta, Kenneth Ellner, MD.

Pengambilan air
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah pengambilan air kosong yang disarankan untuk sehari adalah sekurang-kurangnya sebanyak enam hingga lapan gelas sehari.
Mengikut garis panduan ‘American College of Sports Medicine’, adalah digalakkan untuk minum sebanyak 17 oz (lebih kurang 0.5 liter) air 2 jam sebelum bersenam dan pengambilan air secara konsisten untuk menggantikan air yang hilang melalui proses peluh.
Juga menurut kajian D.Boulze dan P.Montastruc (1983), air sejuk adalah lebih sedap dan cenderung untuk diminum berbanding air panas, dimana subjek melihat air sejuk sebagai pilihan utama, namun mereka memilih untuk meminum dengan kadar yang banyak pada suhu 15°c.
“Cold water was therefore both more pleasureable and less drunk. Dehydration resulted in a negative alliesthesia for warm water. Positive alliesthesia for cold water was probably the result of hyperthermia rather than dehydration.”
Kajian di atas juga disokong oleh kajian Khamnei et al. (2011);
“In order to have more voluntary intake of water and less fluid deficit, cool water (near 16°C) is recommended for athletes. Such water would also aid thermoregulation to some extent and increase palatability as well.”
Soalan-soalan berkaitan dengan air
(1) Adakah minum air sejuk boleh menaikkan kadar metabolisma, dan seterusnya membantu dalam proses penurunan berat badan?
Ya, ia memang boleh menaikkan kadar metabolisma, tetapi kesan termogenik yang dihasilkan sangat kecil, tidak signifikan seperti yang kita sangkakan. Jadi jika ingin menurunkan berat badan dengan cara minum terlalu banyak air sejuk, lupakan saja, tumpukan pada cara senaman. =)
Rujukan: Clive M. Brown, Abdul G. Dulloo and Jean-Pierre Montani, Water-Induced Thermogenesis Reconsidered: The Effects of Osmolality and Water Temperature on Energy Expenditure after Drinking, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism September 1, 2006 vol. 91 no. 9 3598-3602, doi: 10.1210/jc.2006-0407
“Cooling the water before drinking only stimulated a small thermogenic response, well below the theoretical energy cost of warming the water to body temperature. These results cast doubt on water as a thermogenic agent for the management of obesity.”
(2) Apakah air yang sesuai diminum ketika bersenam?
Dari sudut ‘rate of stomach emptying’ (kadar pengosongan perut) dan proses penggantian air yang cepat dan efektif, air sejuk (bukan air ais) yang bersuhu 2 – 4°c adalah pilihan yang terbaik.
“Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat…Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat.
Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut)…” (zakikhan.net, diakses pada 17 April 2013)
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Antara kepentingan-kepentingan air untuk manusia.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.
Banyakkan minum air demi kesihatan anda.

“To insure good health: eat lightly, breathe deeply, live moderately, cultivate cheerfulness, and maintain an interest in life.”
-William Londen-
DITULIS OLEH AKASA BINA FROM ZAKIKHAN.NET

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Mac 13, 2013

BEROK DAN BUNGA


BEROK DAN BUNGA

03FEB
1fb8d2d7c882fbaba1a2c09d1d9cbe68_LHari kekasih, hari eksploitasi dan manupulasi rasa cinta untuk menderhaka kepada Pencipta cinta (Allah).
Atas dorongan untuk meraikan cinta kononnya, batas akidah, syariat dan akhlak dilanggar semahu-mahunya. Cinta yang dicipta indah oleh Allah yang Maha indah, menjadi punah. Dikotori oleh pemujanya seperti kera yang merosakkan bunga.
Cinta yang suci untuk tujuan yang suci telah dicemari. Cinta yang berfokuskan seks – yakni cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan itulah yang dipuja oleh manusia yang bertamadun!
Mengapa jadi demikian? Ini kerana masih ramai manusia yang sedang mengalami kekosongan jiwa (emptines). Hidup hanya untuk memenuhi kehendak nafsu yang inginkan kepuasan material dan fizikal, urat, daging dan tulang. Apabila persoalan paling ‘basic’ (asas) dalam hidup tidak terjawab dengan tuntas… Itulah akibatnya.
 Apakah persoalan itu? Ya, mengapa kita dihidupkan? Orang Islam yakin bahawa Allah tidak mencipta manusia sia-sia. Manusia punya tugasan dan peranan yang sangat besar. Al Quran menegaskan Allah ciptakan manusia dengan tujuan menjadi hamba-Nya dan khalifah di muka bumi.
 Selagi kita berpegang kepada tujuan hidup ini dan melaksanakannya, hidup kita akan dipenuhi ketenangan. Kekosongan jiwa, minda dan masa kita akan terisi dengan sepenuhnya. Kita boleh melaksanakan apa jua aktiviti yang tidak terkeluar daripada kerangka tujuan hidup yang telah ditentukan Allah itu. Selagi manusia bertindak selaras dengan tujuan penciptaannya, maka selagi itulah ia akan tenang, selamat dan bahagia.
 Sebaliknya jika tujuan hidup ini diabaikan, maka kekosongan jiwa pun berlaku. Pada waktu itu jiwa meronta-ronta bagaikan ikan tanpa air. Akibatnya, manusia terus mencari. Pencarian ini bukan menambah ketenangan, tetapi tambah mengusutkan.  Apabila panduan Islam diabaikan, maka jalan atau kaedah yang salah telah dipilih.
 Pada waktu inilah budaya hidup Barat mencelah. Remaja menyangka budaya Barat itu penawar yang akan memberi hiburan dan ketenangan. Padahal ia adalah racun yang sangat bisa. Bukan sahaja masalah yang sedia ada tidak akan selesai, malah masalah yang sedia ada pun akan semakin membesar. Itulah bahana budaya Barat yang menawarkan kepada remaja kita produk yang bernama “Hari Valentine”.
 Malangnya, produk itulah yang sentiasa dipromosikan dan diiklankan sehingga menjadi budaya secara langsung ataupun tidak. Apabila sudah menjadi budaya, yang palsu nampak benar, yang salah nampak indah dan hebat. Remaja, yang masih membina kematangan akan terpengaruh untuk menerima. Dirasanyakan yang datang dari Barat itu semuanya baik, hebat dan agung belaka. Apatah lagi yang menjadi figur mempromosikan budaya buruk ini adalah artis atau celebriti yang menjadi pujaan para remaja itu selama ini. Maka mudah mereka terikut.
 Lagipun ada sesetengah berpandangan tidak ada implikasi agama dalam soal ini. Apa salahnya, cuma hiburan, cuma suka-suka… Sedangkan mereka tidak sedar semua ini ada kesan dari segi mempengaruhi fikiran, hati, perasaan dan sikap seseorang.  Sesuatu yang dilarang oleh Islam, pasti ada kesan buruk pada hati, jiwa dan perasaan samada disedari atau tidak, samada jangka panjang atau jangka pendek.
 Kesan yang paling cepat ialah remaja kita akan ikut menyerupai mereka dari segi cara berfikir, emosi dan jiwa. Akhirnya, ini akan mempengaruhi tingkah laku dan kelakuan. Rasulullah  SAW bersabda: “ Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia akan menjadi kaum itu.”
 Sebenarnya, perayaan Hari kekasih bukan semata-mata perayaan luaran sahaja. Ia datang dalam bentuk pakej yang yang ‘menyerang’ remaja secara multi dimensi.  Ia datang dengan idea kebebasan tanpa batas seperti pendedahan aurat, pergaulan lelaki-wanita  secara bebas, tarian, lagu dan unsur-unsur hedonisme yang cukup membahayakan. Perayaan itu bukan setakat pemberian hadiah, kad atau bertukar-tukar ucapan, tetapi diiringi pertemuan, sentuhan dan lain-lain yang jika tidak diawasi dan dibatasi syariat pasti mencecah batas-batas ‘menghampiri zina’.
 Bila hari kekasih diuar-uarkan dengan segala bentuk dan elemennya, dan ia diterima sebagai satu budaya yang biasa… Para remaja akan menerima itu sebagai satu isyarat  ‘menghalalkan’ sesuatu yang dilarang oleh Islam sebelum ini.  Tanpa disedari, remaja yang terpengaruh dengan sambutan Hari kekasih ini akhirnya, menjadi lali dan akhirnya ketagih dengan apa sahaja yang datang dari barat, yang kononnya agung dan canggih. Pada ketika itu generasi kita sebenarnya sudah dijajah kembali dari segi minda dan akan terus menjadi bangsa pengguna (konsumer) bukan pencipta dalam arus globalisasi masakini.
 Bila Islam melarang sesuatu, pasti ada rasional di sebalik larangan itu. Cuma sebagai manusia, kita kekadang belum nampak apa rasionalnya pada peringkat awal. Ilmu manusia yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Inilah yang dikatakan suruh atau larang dalam Islam adalah berasaskan iman kepada Allah. Kita beriman kepada Allah dalam ertikata kita yakini Allah SWT maha Bijaksana, maha  Penyayang, Maha Belas Kasihan untuk tidak menganiayai hamba-hambaNya dalam apa jua perintah suruh dan larang-Nya.
 Mengapa hari Kekasih dilarang untuk disambut oleh orang Islam? Sebab sejarah sambutan hari itu sendiri sudah dikaitkan dengan sesuatu yang bertentangan dengan akidah. Apabila kita turut merayakannya, seolah-olah kita juga turut merelai atau meredhai kebenaran akidah mereka. Seperkara lagi, apakah Islam yang kita anuti, malah agama yang paling unggul di dunia, sudah ketandusan cara untuk menghargai rasa kasih sesama manusia?
 Islam punya kaedah sendiri yang lebih benar dan tepat untuk meraikan rasa kasih dikalangan manusia. Namun Islam hanya membenarkan rasa kasih itu dijalinkan dalam bentuk ikatan yang sah agar rasa cinta dibina atas asas-asas yang kukuh, mulia dan terhormat.
 Cinta dalam Islam mesti diasaskan pada tanggung-jawab, pembelaan, pendidikan, penjagaan dan perlindungan atas nama Allah. Cinta mertabat tinggi ini lebih sejati dan hakiki berbanding cinta di atas kad ucapan, kotak hadiah, lagu, pakaian, cincin dan lain-lain elemen Hari kekasih. Hari pertunangan,  pernikahan, ulang tahun perkahwinan, hari mendapat cahaya mata… adalah hari-hari kekasih yang sepatutnya disambut meriah dengan erti dan makna yang lebih mendalam dan ikhlas. Bukan seperti Hari Valentine yang bersifat luaran, gimik dan penuh kepura-puraan yang acapkali untuk mewajarkan sahaja pelempiasan hawa nafsu seks atas nama cinta suci!
 Ingatlah, tidak akan ada kebahagiaan yang sejati dengan melanggar hukum Allah. Ini sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka, dengan penuh kesedaran bahawa Tuhan yang mencipta manusia maka Dialah yang paling arif menentukan apakah yang diperlukan oleh manusia untuk tenang dan bahagia. Jika kita mencintai Allah yang Maha Pengasih, kita akan mampu mengasihi sesama manusia pada setiap masa, keadaan dan ketika. Bagi orang Islam setiap hari adalah Hari Kekasih!
Posted by  di 3 Februari 2013 in Tarbiyah

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Sabtu, Mac 09, 2013

ANDAINYA HARTAWAN ITU TAHU…


Untuk memberi, kita mesti memiliki dan untuk memiliki kita mesti mencari. Mencari, memiliki dan memberi – adalah tiga jalan untuk mendapat kecintaan Allah dengan memberikan kasih sayang sesama manusia.
Namun, itu mudah dari segi ilmunya… apabila tiba pada tahap melaksanakannya, kita pasti teruji. Kerana mencari, memiliki dan memberi sering terusik ketertibannya.
Sering kita dituntut untuk memberi sebelum memiliki. Adakalanya, baru berusaha… sudah ditagih oleh yang meminta. 
Tahun 1434 H dan menjelang 2013, akan saya usahakan untuk mencari sebanyak-banyaknya supaya dapat memberi sebanyak-banyaknya juga. Saya menjadi serba-salah, untuk ‘tawar-menawar’ apabila diminta untuk memberi kuliah atau ceramah… Niat hati untuk menyampaikan secara percuma belum kesampaian. Bayangkan, dengan cabaran dan hambatan mengurus keluarga dengan keterbatasan masa dan tenaga, kekadang memberi kepada masyarakat terdesak oleh keutamaan memberi kepada keluarga. Bukan untuk bermewah-mewah, cuma ditahap memenuhi keperluan dan kemudahan.
InsyaAllah, mudah-mudahan saya dapat menulis sebanyak-banyaknya dan hasil daripadanya saya tidak payah lagi mengenakan sebarang ‘imbuhan’ untuk berceramah dan berkuliah. Kerana pada saya apa yang paling kita cari dalam hidup ini ialah HATI EMAS… itulah hati yang ikhlas. Hati yang merasakan hidayah Allah itu lebih berharga dari segalanya. Hidayah milik Allah, namun alangkah indahnya jika hidayah itu dilalukan Allah melalui diri kita sebelum sampai kepada orang lain. Seperti yang sering diungkapkan oleh Prof Muhaya, bahagia itu apabila kita membahagiakan!
Namun, ajal maut di tangan Tuhan. Jangan tunggu berharta untuk berjasa. Jangan nanti sampai benar-benar memiliki baru hendak memberi. Bahagia itu pada ketenangan, kejayaan itu pada kebenaran. Sampaikanlah kebenaran untuk mendapat kebahagiaan. Yang sedikit, akan membukit apabila diberi dengan keikhlasan. Yang seraut akan melaut apabila dicari dengan niat untuk memberi. Ya Allah, tidak akan berkurangan orang yang memberi keranaMU. Apa yang aku dan kita semua alami sekarang hanyalah ujian dalam memberi… apakah kita mampu memberi semasa sedang mencari, sebelum benar-benar memiliki!
Jangan tunggu berkuasa untuk berjasa. Jangan tunggu berharta untuk berbakti kepada yang derita. Pada pagi Jumaat ini terimalah bingkisan ini seadanya. Bukan emas gemerlapan… dariku cuma peringatan:
Andainya hartawan itu tahu…. 
Pernah diungkapkan, tidak mengapa jika kaki mu yang sakit, asalkan hati mu sihat. Dengan kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hati yang sakit kita akan kehilangan tujuan dan harapan. Betapa ramai, orang yang punyai fizikal yang sihat, tetapi apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan kekayaan. Hidup derita walaupun di kelilingi keseronokan.
Allah yang Maha adil tidak meletakkan kebahagiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika demikian, si miskin, si hodoh, si marhaen dan “kelana tanpa nama” akan terpinggir dalam mencari kebahagiaan. Setiap hambaNya tidak akan terasa dipinggirkan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan ‘hati emas’ – hati yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita, hamba atau raja.
Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan ‘disesah’ oleh mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanaskan oleh haba dengan kepanasan ganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia. Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang bermujahadah di jalanNya.
Juseru, apabila tiba saat diuji – detik perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja), jangan lari, tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan mengelak. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali dengan cepat!
Bila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang di julang sudah menjunam ke dalam jurang… tentu sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh. Maka pada ketika itulah peribadi akan naik semula ke atas kerana kita sudah membayar “yuran” pada kejayaan. Kita sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan.
Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati, kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau mehnah Allah. Dan saat itulah kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya: Hati emas!
Memburu selainnya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan tempat jatuh. “Berjaya” tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stres, tekanan dan kebosanan. Betapa ramai jutawan, hartawan, rupawan, bangsawan dan kenamaan dimusnahkan oleh rasa bongkak, obsesi diri, kemurungan dan zina. Naik ke puncak untuk terjun ke dasar yang paling bawah.
Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuh solat lima waktu dengan segala rawatibnya. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca Al Quran dan berselawat. Kurangkan makan dan kurangkan perkataan. Bercakap hanya yang baik atau diam. Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah dengan penghinaan. Redhalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan, tipu-daya dan kezaliman. Hayatilah sebuah sabda, jika kita enjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!  
Itulah yang sering diungkapkan oleh para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah), “andainya para hartawan tahu betapa lapang dan tenangnya hati apabila bangun malam, nescaya mereka akan meninggalkan seluruh kekayaan mereka untuk mendapat ketenangan itu!
(Adaptasi  bicaraku dalam buku DI MANA DIA DI HATIKU?)
About these ads

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Februari 20, 2013

APA ITU KALORI

kali ni lobai nak share pasal KALORI...sape2 yg berdiet tu,,kene amek tau pasai kalori nie..

Kalori adalah sejenis unit tenaga
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori
sumber ..http://pmr.penerangan.gov.my

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Januari 18, 2013

MISWAK VS BERUS GIGI

Kayu Siwak Vs Berus Gigi
Dicopy dari gotabligh.com


Sumber: http://fikirdanrisau.blogspot.cm/ (Diterjemahkan dalam bahasa Indonesia)



Baru-baru ini saya telah membaca majalah SOLUSI volume 2 yang mengritik hebat kayu siwak dan minyak zaitun yang ditulis oleh saudara kita se-Islam. Dalam penulisannya saudara tersebut menjelaskan bahwa kalau hendak mengamalkan sunnah perlu mengikuti zaman. Tergerak hati saya untuk membahas isu ini. Walau bagaimanapun, disini saya bukan untuk membuat fatwa atau hukum, tetapi lebih didasarkan kepada opini dan kajian-kajian yang telah ada. Segala kritik dan saran yang baik mengenai posting ini sangat penting bagi saya.
Sebelum itu, saya sajikan kelebihan bersiwak sebagaimana yang terdapat dalam banyak hadits.

Fadhilah Miswak (Kayu Siwak):
“Menggunakan miswak menjadikan satu asbab kemudahan dalam sakaratul maut. Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar dari jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba.” (Syarhus-Sudur)
‘Aisyah r.ha. berkata bahwa: “Miswak (penggunaan secara tetap) dapat menyembuhkan penyakit kecuali mati.” (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)
“Empat perkara yang menambahkan kecerdasan yaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”. (Thibbi Nabawi)

Allamah Ibn Dariq rah.a berkata, “Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur uap busuk naik dari perut ke arah mulut. Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya indera perasa atau kecapan. Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki perubahan yang terjadi pada indera perasa tersebut.”
Ali r.a. berkata bahawa: “Miswak mempertajamkan ingatan.”
Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya. Kesempurnaan Islam ini benar-benar tiada bandingannya dibandingkan agama-agama lainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesehatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran Islam yang telah dibuktikan oleh sains modern, seperti khasiat madu, habbatus sauda’ (jinten hitam), minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi. 

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW. menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda :
“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah SAW. adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesehatan gigi. …
Secara logika, kayu siwak lebih mudah dibawa kemana-mana dibandingkan sikat gigi. Hanya diletakkan dalam saku dan tidak memerlukan pasta gigi. Malah beberapa zat vitamin yang Allah SWT. beri terdapat pada kayu siwak. Kita digalakkan untuk bersikat gigi setiap kali hendak sholat, tetapi apakah kita sanggup bawa sikat gigi dan pasta gigi dalam saku kita kemana sahja kita pergi? Memang tidak pernah saya lihat seseorang berbuat semacam itu, tetapi sangat mudah jika bawa kayu siwak yang memang banyak kelebihannya.
Malah jika kita perhatikan zaman sekarang, pasta gigi kadang-kadang yang tidak jelas kehalalannya mempunyai banyak bahan kimia yang berbahaya. Memang cukup pelik bagi kita untuk meneliti sumber yang haram yang terkandung dalam pasta gigi. Tidak dinafikan juga terdapat pasta gigi yang halal seperti keluaran perusahaan tertentu atau yang bersertifikat halal dari MUI. Namun jika kita menggunakan kayu siwak dijamin halal 100% karena sumbernya murni dari tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT. Berdasarkan pengalaman penulis yang selalu menggunakan kayu siwak, apabila kita hendak sholat, lidah kita akan menjadi ringan dan lembut untuk melafadzkan bacaan ayat al-Quran dan dzikir. Subhanallah. Sangat nikmat rasanya jika dibandingkan setelah menggunakan pasta gigi dan sikat gigi.
Kepada yang hendak menggunakan kayu siwak tetapi malu atau tidak tahu menggunakannya maka disarankan kita keluar jalan Allah SWT. InsyaAllah akan diberikan kekuatan untuk mengatasi perasaan malu untuk melakukan kebaikan dan amal sunnah. InsyaAllah kita semua sedia! (Tasykil…)
Tahukah anda bahwa bersiwak itu penting dalam Islam?

Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, karena yang demikian (bersiwak) itu menyehatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku niscaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Proses pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasam untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak akan menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak bisa dibersihkan secara fisik seperti mencongkel, menggosok gigi dengan sikat gigi dengan pasta gigi dan sebagainya.


Proses Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berusaha untuk mengawal aktivitas biotik dan terhindar dari terjangkit kuman. Oleh karena itu, gigi yang disosok dengan kayu siwak (kayu sugi /malaysia) mempunyai kemampuan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada menyungkil atau menyikat. Walaupun anda hanya menggosok beberapa gigi saja, elektron akan tersebar ke gigi lain yang bersebelahan apabila gigi tersebut bersentuhan atau rapat.
Plak dibagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu siwak. Dengan hanya menggosok dibagian depan gigi, bagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menanggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.

Oleh karena itu, menggosok tidak perlu mencapai keseluruh permukaan gigi termasuk gigi belakang dan geraham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang tersebut perlu digosok karena elektron tidak mengalir dengan sempurna dari gigi depan.

Berus Gigi Linen atau Plastik

Terdapat berbagai jenis sikat atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan pasta gigi. Mereka membuat berbagai teknik dan rekayasa. Diantara teknik yang digunakan ialah seperti mesin getar, mesin yang memutar sikat, pengurut gusi dari getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, menyikat dengan berbagai cara menggunakan sikat linen atau plastik walaupun sikat tersebut dibuat dengan berbagai bentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan sempurna.
Sikat yang dibuat dari linen atau plastik amat mudah memerangkap bakteri. Itulah sebabnya persatuan dokter gigi menyarankan agar sikat gigi diganti setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat sikat gigi tersebut masih baru dan belum rusak atau sikatnya masih keras, tetapi ia sudah membahayakan kesehatan gigi.
Kerisauan yang berdasar..

Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya (termasuk Indonesia) terjadi lonjakan barangan keperluan yang dibuat dari sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan pada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),
“Lazimnya sikat yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain sikat lukisan, sikat cat, sikat penggosok sajadah dan songkok, sikat gigi dan sikat cukur dikhawatirkan mengandung bahan haram ini.”



Disaat umat Islam dilanda kebimbangan mengenai status barang halal, khususnya keperluan dalam menjaga kesehatan mulut, Nabi SAW. telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat berbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder, tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.
Tepuk dada, tanya iman. Fikir-fikirkan dan risau-risaukan. Selamat beramal.

sumber>>blog syukri,keningau ,sabah


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, Januari 17, 2013

DEPAN MATA PUN TAK NAMPAK...


Lepas tangguh nisab 40hari keluar kat Singapore...ikram bawa keluarga pegi cuti-cuti Malaysia kat Ranau-Kundasang...daripada cuaca 'panas kesuam-suaman' (hehehe) kepada cuaca yang sejuk ...dari dataran rendah Keningau ke tanah tinggi kaki Gunung Kinabalu...Masya-Allah...hebatnya Allah...sepatutnya semakin tinggi semakin panas la sebab semakin dekat dengan matahari kan...tapi tak pula,tanda Allah nak tunjuk kehebatan-Nya bagi mereka yang mahu berfikir..

Kami pun nak tengok Gunung Kinabalu la 'kunun' ...tapi hampeh...sebab kabus tebal...selama 2 hari kat sana tak nampak2 'batang hidung' Gunung tu...Subhanallah...gunung yang begitu besar pun DEPAN MATA TAK NAMPAK...


cuba FIKIR sejenak...kalau hati yang dah 'berkabus tebal' akibat banyak dosa dan maksiat...KEBESARAN ALLAH pun tak nampak...bila tak nampak, maka semakin jaaauuuuuuhhhhh dengan Allah...wallahu alam...

blog>>syukri,keningau.sabah
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Mengenali Allah SWT yang menguji kita


http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/03/da.jpg?w=301&h=434
Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati…
Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya
KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!
Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.
Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.
Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”
Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah