Jom Solat Jemaah

Isnin, Disember 24, 2012

TANGGUNGJAWAB WANITA (MASTURAT) DALAM KERJA DAKWAH

Pemimpin keluarga dalam satu rumahtangga adalah suami, tetapi guru yang unggul dalam rumahtangga adalah isteri atau ibu. Ibu adalah madrasah kepada anak-anak. Pangkuan ibu adalah Universiti terbesar bgi anak-anak. Sikap dan cara berfikir ibu sangat memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Oleh itu, sangatlah penting wanita mempunyai fikir agama. Apabila agama hanya ada pada suami, maka agama hanya sampai di depan pintu rumah sahaja. tetapi apabila isteri mempunyai fikir dan mengamalkan agama, maka agama akan dihayati kepada semua seisi rumah.

Tanggungjawab agama sebenarnya Allah telah beri kepada Kaum lelaki dan wanita. Firman Allah SWT dalm Surah At-Taubah ayat 71 bermaksud :

‘Orang mukmin lelaki dan mukmin wanita sebenarnya satu sama lain adalah saling ganding bahu menyeru kepada yang ma’ruf dan menegah yang mungkar, dan mendirikan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya.Mereka itulah yang diberi rahmat oleh Allah kerana Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana’
Untuk memudahkan menghayati hokum Allah dan Sunnah SAW maka wanita perlu keluar di Jalan Allah SWT, di situ seseorang itu akan terlepas dari urusan dunia untuk seketika seperti memasak,mengemas rumah.menjaga anak-anak dan melayani suami. InsyAllah kefahaman dan fikir agama akan masuk ke dalam hati apabila dia mengikuti segala program yang diaturkan.




Apabila seseorang wanita pulang ke rumah setelah keluar ke Jalan Allah bersama suaminya, dia akan mempunyai kerisauan baru di mana fikir agama akan meningkat dan dia akan memikirkan bagaimana anak-anaknya,mahram dan kaum keluarganya dan jiran-jirannya dapat juga mengamalkan agama. Mereka mula berfikir maksud mereka dihantar ke dunia dan mula menggalakkan mahram keluar ke Jalan Allah. Mereka juga mulai mempunyai keazaman membina suasana agama dalam rumah dimana ada dakwah,taklim taklum,ibadat,didik anak cara sunnah,hidup sederhana dan galakkan mahram keluar ke jalan Allah.


Dengan lelaki membuat usaha di luar rumah dan wanita membuat usaha di dalam rumah, maka Allah akan memberi keberkatan dan kebaikan di luar dan Allah akan tukar mohor agama dalam rumah. Umumnya, kita tahu wanita tidak ada yang menjadi nabi tetapi Nabi lahir dari wanita. Orang pertama terima islam ialah wanita iaitu Saidatina Khadijah dan orang pertama menjadi syuhadah ialah wanita iaitu Sumaiyah r.ha. dengan dakwah wanita juga Allah beri hidayah kepada Saidina Umar r.a,Saidina Ali r.a dan Saidina Othman r.a.

Dari kisah nabi-nabi,dimana nabi-nabi yang isterinya tidak ada fikir agama atau mengamalkan agama, maka dakwah nabi tersebut seperti Nuh a.s sangat sedikit yang mengikuti nabi itu, iaitu seramai 83orang sahaja, sedangkan masa dakwah yang digunakan menjangkau 950 tahun. Sebaliknya Nabi Ibrahim a.s dimana kedua-dua isterinya ada fikir agama sehingga Allah lahirkan daripada keturunannya ramai yang menjadi Nabi, seperti Ishaq a.s, Nabi Yaakob a.s, Nabi Yusof a.s, mereka itu dari Siti Sarah dan daripada Siti Hajar, lahir Nabi Ismail a.s dan dari keturunannya lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi.

KELEBIHAN WANITA KELUAR DI JALAN ALLAH SWT

Wanita yang menggalakkan suaminya keluar di jalan Allah akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan jika dia sama-sama keluar di jalan Allah, dia akan masuk Syurga 1000 tahun dari suami mereka dan dihias dengan pakaian yang cantik-cantik sehingga suami tidak mengenali mereka.
Mafhum Hadis, Bidadari berbicara dengan wanita dunia “Siapakah yang lebih mulia dan akan dilantik menjadi ketua Bidadari antara kami dan wanita dunia, kami dicipta dari nur dan tidak pernah buat dosa”. Wanita dunia berkata,”Kami lebih mulia kerana kami di dunia bersusah-payah untuk agama, sebab itu kami menjadi ketua Bidadari dan bidadari menjadi dayang-dayang”. Allah mendengar percakapan kedua-dua mereka, lantas Allah berfirman, “Memang benar wanita dunia yang layak menjadi ketua Bidadari di Syurga Kelak.”

Sumber : Dipetik drpd Buku ‘Tertib Usaha Masturat’ Oleh Hj.Othman Sipol S.P

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Disember 12, 2012

Iman Pada Taqlid Buta



Lumrah kebiasaannya, kebanyakkan dari penganut-penganut agama yang wujud di dunia ini mewarisi keimanan kepada aqidah agama mereka melalui warisan. Warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang. Saat lahirnya seorang bayi ke muka bumi ini, maka secara automatic dia dianggap beragama sama seperti agama ibu bapanya tanpa perlu mengisi sebarang borang keahlian.

Itulah yang telah tertulis pada suratan kehidupan setiap manusia. Segalanya telah ditentukan. Namun itu bukanlah alasan. Entry pada kali ini, saya ingin menyeru diri saya dan para pembaca sekalian, untuk kita sama-sama merobohkan binaan Islam warisan yang rapuh dari keturunan kita, dan membinanya semula dengan mencari kefahaman Islam melalui bukti-bukti kewujudan Allah agar Iman kita bertambah kuat dan kukuh.

Biar dilanda badai taufan yang menggoncang keimanan, moga ia tetap sejahtera.

Bukan kerana apa, tetapi kerana terbitnya perasaan malu didalam diri saya, apabila saya membandingkan 'saudara baru' yang tidaklah terlalu baru, akan keimanan mereka yang lebih tumpat dari saya. Ramai daripada mereka telah membuktikan, bahawa mereka mampu berdiri sama tinggi dengan para ulama' yang lahir-lahir sahaja, sudah mewarisi keIslaman dari orang tuanya. Contohnya seperti Al-Fadhil Ustaz Farid Ravi, Al-Fadhil Ustaz Idham Lim, Al-Fadhil Ustaz Ridhuan Tee dan ramai lagi.

Dr. Zakir Naik, Ikon 1 Dalam Sejuta

Entry kali ini ditulis, sedikit sebanyak atas pengkajian saya terhadap cara dakwah Dr. Zakir Naik, seorang ikon yang hebat dalam bidang perbandingan agama. Selain dari beliau, seorang lagi tokoh yang tidak kurang hebatnya, adalah Al-Marhum Ahmad Deedat. Saya banyak melihat, perjuangan mereka adalah didasari atas kefahaman yang amat sangat dengan apa yang terkandung didalam Al-Quran dan Injil.

Namun, apa yang saya fahami, Al-Marhum Ahmad Deedat, lebih kepada pembuktian dengan membezakan antara isi Al-Quran dan Injil dengan menimbulkan keraguan terhadap keaslian Injil yang telah kita maklumi, bahawa ia telah banyak dimanipulasi oleh tangan-tangan manusia. Namun sedikit kelainan terhadap Dr. Zakir Naik, beliau mempunyai sedikit tambah nilai dalam pengetahuannya. Iaitu mendatangkan bukti-bukti sains melalui Al-Quran dan Hadith. Mungkin ini terhasil dari latar belakangnya sebagai seorang doktor perubatan.

Namun ingin saya nyatakan, ramai lagi pakar-pakar dalam bidang sains. Mereka membuktikan bahawa Islam itu datang wujudnya bukanlah dari tangan Muhammad, namun datang dari Allah, Tuhan pencipta sekalian alam. Antaranya, Harun Yahya, Dr. Danial Zainal Abidin dan beberapa lagi tokoh ternama yang tak didendangkan. Saya amat-amat meminati hasil kajian dan penemuan mereka. Namun mereka bukanlah berada dalam medan yang sama seperti Dr. Zakir Naik dan Al-Marhum Ahmad Deedat yang berani berdiri diatas pentas, dihadapan beribu-ribu penonton yang datang dari pelbagai kefahaman. Mereka sentiasa bersiap siaga melemparkan sebarang soalan.

Saya masih terlalu jauh dari mereka. Jauh sekali. Jauh panggang dari api, namun impian itu tetap ada, untuk berdiri berani seperti mereka. Semoga Allah memilih saya dan para pembaca sekalian untuk terjun ke medan jihad ini. Masih terlalu kurang panglima yang seberani mereka.


Al-Quran Itu Sains

Sebenarnya, banyak dari kajian-kajian sains mutakhir ini yang telah membuktikan kebenaran Al-Quran dan Islam itu sendiri. Penemuan demi penemuan dari setiap cabang sains berjaya dibuktikan. Justeru itu, dalam masa yang sama, ia membenarkan dari setiap apa yang diperkatakan tentang sains didalam Al-Quran.

Dalam satu slot, dimana Dr. Zakir Naik di soal oleh seorang athies, tentang kewujudan Tuhan. Benarkah adanya tuhan pada kejadian semesta alam ini. Antara contoh aqliyyah yang didatangkan oleh Dr. Zakir adalah tentang sesuatu benda, contohnya sebiji mesin. Adakah sebiji mesin mampu tercipta dengan sendirinya tanpa perlu kepada penciptanya.

Kemudian, beliau mendatangkan contoh kejadian alam ini adalah dibawah kekuasaan Allah. 30 ke 40 tahun yang lalu, sains telah menemukan teori bahawa alam ini tercipta setelah berlakunya satu kejadian letupan besar di angkasa lepas. Ia dikenali sebagai Big Bang Theory. Namun, semua itu sebenarnya telah terjawab 1400 tahun yang lalu.
Dalam surah Anbiya, Surah ke 21 ayat ke-30;

..أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُواْ أَنَّ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَـهُمَا

(30. Have not those who disbelieve known that the heavens and the earth were joined together as one united piece, then We parted them..)


Didalam Tafsir As-Sya'rawi, kalimah رَتْقاً membawa maksud sesuatu yang berpadu dan yang bersentuhan. Kalimah فَفَتَقْنَـهُمَا pula memberi makna pemisahan antara keduanya. Ini memberi makna bahawa bumi dan langit ini dahulunya bersatu, melekat antara keduanya, lalu dipisahkan oleh Allah S.W.T, dan dibuktikan melalui teori Big Bang.

Selain daripasa itu, saintis terdahulu mempercayai bahawa bulan mengeluarkan cahaya. Namun kajian membuktikan bahawa bulan itu menerima cahaya dari matahari dan kemudian memantulkannya. Mudahnya, bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan hanya memantulkan cahaya yang matahari (reflected light). Ini telahpun disebutkan didalam Al-Quran, melalui firman-Nya didalam surah Al-Furqan, surah ke 25, ayat 61;

وَقَمَراً مُّنِيراً..

..and a moon giving light.


Kalimah مُّنِيراً membawa maksud cahaya yang bukan zat. Berlainan dengan matahari, Allah S.W.T menggunakan kalimah سِرَاجاً {Al-Furqan:61} dan kalimah ضِيَآءً {Yunus:5}. Kedua-duanya memberi maksud bahawa cahaya itu, adalah cahaya zat, mengeluarkan cahayanya sendiri, dan mempunyai kepanasan yang tersendiri. Manakala, bagi bulan cahaya yang bukan zat memberi makna, cahaya itu adalah cahaya pantulan. Cahaya pantulan tidak mempunyai kepanasan, dan tidak dihasilkan sendiri dari apa yang menghasilkan cahaya tersebut.

Selain 2 contoh diatas, banyak lagi contoh-contoh lain yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kesahihan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan kewujudan pencipta agung bagi sekalian alam.


Tepukan Iman Anda Dengan Bukti-BuktiNya

Dengan itu, carilah kebenaran. Kikis iman warisan yang wujud dari keturunan, dan gantikan ia dengan keimanan yang tepu melalui pembuktian kewujudan-Nya. Bukan kerana apa, tetapi kerana sebab berlakunya kes murtad dikalangan Muslim khususnya Melayu yang berpunca dari kurangnya keimanan dan nipisnya kefahaman terhadap agama Islam akibat Iman & Islam yang diwarisi.

سَنُرِيهِمْ ءَايَـتِنَا فِى الاٌّفَاقِ وَفِى أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ شَهِيدٌ

(53. We will show them Our signs in the universes, and within themselves, until it becomes manifest to them that this is the truth. Is it not sufficient in regard to your Lord that He is a Witness over all things)
{Fussilat:53}

Kembaralah sahabatku. Carilah DIA, yang Maha Esa.

Semoga kau menemui-Nya.

Ibnu Abdullah,
Dar Musta'mal, Karak, Mu'tah
The Heshimate Kingdom Of Jordan.


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Isnin, Disember 10, 2012

Ustaz prof. Hasnan kasan- rahsia solat kusyuk 4.mp4



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:)jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah.semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Ustaz prof. Hasnan kasan- rahsia solat kusyuk 3.mp4



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:)jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah.semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Ustaz prof. Hasnan kasan- rahsia solat kusyuk 2.mp4



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:)jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah.semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Ustaz prof. Hasnan kasan - rahsia solat kusyuk .mp4



rie nie lobai nak share bidio yg lobai rakam semasa kuliah magrib tempoh hari..cume nyer lobai nak mtk maap,mungkin mutu audio kureng sket..maklum lar lobai nie amatur lg dlm bidang cenggini..
arap enjoy ler mendengar kuliah nie..tak sempat rakam habis krn bateri ho lobai dah kong..maaf yer...


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:)jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah.semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, Disember 06, 2012

bekam

baru-baru nie, lobai g berbekam,,mende nie dah lamer sgt nak buat..baru jer 02/12/2012 berkesempatan nak buat..semua dgn izin ALLAH...yg x best nyer, lobai kene sakat gan zaujah dan anak-anak sebelum g berbekam..
mereka menakut nakut kan lobai..lobai dah ler lemah semangat..so,kene ler ajak anak bujang lobai temankan lobai..kat sini lobai kasi tgok gambor lobai..dan beberapa fakta bekam nie..lobai jumpe fakta nie kat berita harian..suratkhabor ler..


Jenis Bekam

Bekam Kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

Bekam Basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Waktu Berbekam

-  Pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.

- Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat Bekam

1. Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
2. Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


Larangan Berbekam 

-  Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

-  Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.


Kebaikan Berbekam

1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.





Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah