Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label hamba Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hamba Allah. Papar semua catatan

Khamis, Januari 17, 2013

Mengenali Allah SWT yang menguji kita


http://gentarasa.files.wordpress.com/2010/03/da.jpg?w=301&h=434
Semalam (25 September 2012) , ketika berada di ruang udara IKIM.fm dalam slot Mukmin Profesional, seorang pemanggil bertanya saya akan ujian yang menimpanya. Dirasakannya ujian yang dihadapinya terlalu banyak, bertubi-tubi datang, lepas satu, satu. Suaranya membayangkan kesedihan. Saya turut merasainya kerana itu juga menjadi suara hati sesiapa yang diuji. Hakikatnya, saya yang ditanya tidaklah lebih baik daripadanya. Dia lebih baik… kerana sudi dan berani berterus-terang. Kebanyakkan kita hanya memendamkan rasa hati…
Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya
KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!
Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.
Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.
Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”
Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, November 27, 2012

Ibrah Kisah Musa Dan Khidir: Belajar Bahasa Dan Berbahasa



Kredit foto: www.overarts.com
“Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa.
Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun.
‘Alayhim al-solaat wa al-salaam.
“Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir.
Kisah ini tersebut di dalam Surah al-Kahf ayat ke-66:

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

 Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18:66]
Di dalam ayat ini terkandung elemen penting membabitkan teras pengurusan ilmu dan intelektual. Ia membicarakan soal adab. Bukan sekadar meminta izin, tetapi mengungkapkannya dengan lafaz yang unik, yakni pada adab Musa meletakkan dirinya sebagai orang yang berhajat, tanpa menyusah dan membebankan Khidir.
“Benarkan sahaja aku mengikutimu, tanpa perlu engkau melakukan apa-apa untukku. Hanya dengan kebenaran itu sudah memadai, proses belajar itu akan berlaku, aku akan belajar daripadamu, apa yang aku hajatkan” mesej yang terkandung di dalam ungkapan Musa itu.
Musa tidak mahu dirinya menjadi beban kepada Khidir.
Khidir tidak perlu memperuntukkan masa tambahan.
Tidak perlu memikirkan kebajikan Musa.
Hanya sebuah kebenaran untuk mengikut, selebihnya Musa sendiri yang uruskan.
MENGUNDURKAN DIRI
Sikap yang sama ditunjukkan, tatkala Musa tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, buat kali kedua, selepas masing-masing sudah bersetuju dengan syarat bersama, bahawa apa sahaja yang berlaku, jangan bertanya, sehinggalah Khidir sendiri yang menerangkannya kepada Musa (Q18:70).
Kali pertama, ketika perahu yang ditumpang dirosakkan oleh Khidir, Musa tertanya.
Kali kedua, tatkala seorang budak lelaki dibunuh oleh Khidir, Musa bertanya lagi.
Pertanyaan spontan kerana Musa adalah seorang Rasul.
Utusan Allah yang sifatnya tidak akan mendiamkan diri terhadap kemungkaran. Terlupa kepada satu syarat pengecualian antara seorang Nabi dengan seorang Nabi yang lain.
Dan selepas dua kali melanggar perjanjian, Musa menampilkan satu lagi pendekatan yang konsisten, seperti yang terungkap di dalam firman Allah:

قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي ۖ قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku” [Al-Kahf 18:76]
Musa sendiri yang berkata kepada Khidir.
Jika sekali lagi beliau melanggar perjanjian, Khidir tidak perlu menyusahkan dirinya untuk terus diganggu oleh ‘pelajar bermasalah’ bernama Musa.
Musa sendiri yang akan mengundurkan diri.
PROAKTIF
Sikap yang ditunjukkan oleh Musa terhadap Khidir amat penting untuk direnungkan dengan penuh tadabbur oleh kita semua. Ia sebahagian daripada akhlaq yang mendatangkan rahmat Allah beriringan dengan ilmu.
Ilmu bersama rahmat, menjadi aset.
Ilmu tanpa rahmat, segalanya liabiliti.
Musa tidak mahu hajatnya untuk belajar dengan Khidir sebagai beban ke atas Khidir. Musa hanya mahu peluang belajar, sesuatu yang Allah tegaskan bahawa ia hanya boleh Musa pelajari daripada Khidir. Ia bukan soal ilmu di dalam al-Kitab yang Allah bekalkan di dalam Taurat buat Musa. Ia adalah ilmu tentang cara memandang masalah. Melihat taqdir Allah yang lebih luas daripada tadbir manusia yang terhad.
Bukan sekadar untuk berilmu, yakni ALIM.
Malah berhikmah dan bijaksana, yakni HAKIM.
Semasa mahu belajar, Musa uruskan sendiri keperluan dirinya, tanpa membebankan gurunya Khidir. Semasa melanggar terma dan syarat yang disepakati bersama, Musa juga memberikan komitmen untuk mengundurkan dari tanpa perlu Khidir memecat atau memberhentikannya.
Sikap proaktif Musa itu amat besar impaknya kepada psikologi manusia.
Dan bekalannya hanya pada memilih perkataan yang betul.
Perkataan yang menyampaikan mesej serupa, tetapi mencetuskan kesan psikologi yang amat berbeza.
APLIKASI DUNIA BELAJAR MENGAJAR
“Saya ingin menjemput ustaz ke syarikat kami dan tarikh cadangan adalah pada 27hb. Inilah satu-satunya tarikh yang kami ada dan syarikat kami amat memerlukan kehadiran ustaz untuk menyelesaikan masalah politik dalaman yang meruncing. Saya sudah telefon ustaz banyak kali tetapi tidak dapat bercakap sendiri dengan ustaz berkenaan hal ini” borang di CONTACT ME menghantar utusan.
Itu sering berlaku.
Pernah juga senario ini berlaku:
“Saya mohon maaf tidak dapat hadir ke kuliah Maghrib malam ini. Ibu mertua saya baru sahaja meninggal dunia pagi ini” seorang ustaz memberitahu AJK sebuah surau.
“Oh begitu. Minta tolong ustaz carikan pengganti, ya” katanya.
Ustaz itu tergamam.
Apabila manusia berinteraksi dengan manusia, sama ada dalam urusan ‘duniawi’ mahu pun ukhrawi, hakikatnya ia adalah komunikasi. Interaksi bukan hanya berlegar pada logik dan rasionalnya sebuah komunikasi, dan dalam kes ini sebuah jemputan ceramah, malah ia juga membabitkan soal emosi. Psikologi.
Organisasi di pejabat atau di surau berkemungkinan boleh lebih berhasil mendapatkan penceramah dengan pendekatan Musa.
Pendekatan orang berhajat.
Enggan menjadikan hajatnya sebagai beban ke atas pihak yang dihajat.
Apatah lagi ‘mengugutnya’ dengan ‘tanggungjawab tuan sebagai orang berilmu untuk mengajar kami yang mahu belajar’.
Secara proaktif, kita berusaha memudahkan proses menjemput. Andai tidak berhasil untuk tarikh kali ini kerana kekangan, hubungan baik dan kuasa perkataan positif, menjadikan penceramah yang dijemput mungkin menunggu-nunggu untuk peluang yang seterusnya.
Kuasa perkataan.
APLIKASI RUMAHTANGGA
kredit foto: afifahjustsmile.wordpress.com
Andaikan begini.
Seorang suami yang bekerja di pelantar minyak baru berumahtangga. Beliau khuatir isterinya tertekan dengan rutin kerja beliau yang sekali ke pelantar, mereka mungkin terpaksa berpisah berminggu-minggu, malah berbulan.
Kata suami, “Yang, abang kerja Oil and Gas ni, begitulah keadaannya. Sekali ke pelantar, paling pendek pun tiga minggu. Abang harap Yang bersabar dengan keadaan ini”
Ayat yang logik, jelas dan sampai maksudnya.
Bagaimana jika suami mengubah sedikit struktur ayat?
Bandingkan dengan ayat kedua, “Yang, abang kerja Oil and Gas ni, begitulah keadaannya. Sekali ke pelantar, paling pendek pun tiga minggu. Benda ini susah, tetapi Insya Allah kita atasinya bersama, ya”
Ayat kedua ini sama logik, sama jelas dan sama sampai maksudnya.
Namun apakah impak ayat kedua dan pertama ke atas psikologi isteri yang mendengar?
Ayat pertama, belum pun suami ke pelantar, isteri sudah pun mula tertekan. Sudah stress. Ayat suami itu logik, tetapi kesan psikologinya, suami meletakkan tanggungjawab bersabar itu ke atas isteri. Si isterilah yang bertanggjawab untuk bersabar.
Manakala ayat kedua adalah berbeza. Biar pun situasinya sama, suami meletakkan bahawa cabaran itu akan mereka atasi bersama. Kata-kata BERSAMA itu mencabut BEBAN dan menggantikannya dengan HARAPAN dan menghasilkan KEMUDAHAN.
Demikianlah kuasa ayat.
Kuasa memilih perkataan.
Kisah Musa dan Khidir itu, di samping 1001 hikmah dan ibrah yang kita boleh pelajari, harus juga diraikan, bahawa ia mengajar kepada kita kuasa perkataan dan ayat.
Kuasa Kalimah Toyyibah!
Perkataan yang baik.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

لا عدوى ولا طِيرةَ ، ويعجبني الفألُ . قالوا : وما الفألُ ؟ قال : كلمةٌ طيبةٌ

“Tiada kesialan jangkitan atau bala pada burung yang berbunyi. Tetapi yang mengagumkan aku adalah al-Fa’l (sempena yang baik). Sahabat bertanya apakah al-Fa’l itu? Baginda menjawab: Perkataan yang baik-baik” [hadith riwayat al-Bukhari no. 5776]
Perkataan yang baik itu ada kesannya.
Ayuh kita perbaiki pemilihan perkataan dan belajar bahasa.
Bukan sekadar belajar bahasa, tetapi belajar BERBAHASA.
HASRIZAL
43000 BSP
blog http://saifulislam.com/



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, November 14, 2012

BAGAIMANA MENGHILANGKAN WAS-WAS



Untuk menghilangkan was-was ini kita perlu tahu puncanya. Puncanya adalah ketika kita melakukan sesuatu perkara,
1. kita tidak sedar sedang melakukan (berada dalam minda bawah sedar)
2. kita ingin ia benar-benar sempurna di atas kemampuan kita.
3. kita kurang yakin dengan Allah.
************

Untuk menghilangkan was-was, selain daripada selalu membaca surah An-Nas, kita harus melatih diri sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Harus cakapkan pada Allah dalam penuh kesedaran apa yang kita sedang lakukan.
Dalam keadaan sedar, kita pasti ingat setiap apa yang kita lakukan.
Sebagai contoh, saudara selalu was-was samada rumah atau kereta sudah dikunci atau belum? Ketika mengunci rumah atau kereta, pastikan dilakukan dalam sedar dan katakan pada Allah,
“ya Allah aku sedang kunci rumah aku ni ya Allah. Aku sedang kunci kereta aku ni ya Allah. Aku tekan kunci ni ya Allah. Mohon ya Allah agar rumah dan kereta aku ini diberikan kebaikan di sisiMu ya Allah”.


Jika was-was dengan wudhuk, katakan pada Allah,
“ya Allah sedang basuh muka ni ya Allah. Sedang ratakan air seluruh muka aku ni ya Allah. Mohon ya Allah agar muka ini tidak dibakar dengan api neraka ya Allah.” Lakukan untuk semua anggota wudhuk.
Juga di dalam solat. Namun katakan pada Allah dalam hati. “ya Allah mohon untuk takbir ya Allah.” Lalu bertakbirlah. “ya Allah mohon untuk rukuk ya Allah.” lalu rukuklah.
Berlatihlah untuk yakin pada Allah ketika kita memohon pada Allah, Allah yang memberikan kita ilham ini akan membuatkan kita akan laksanakan dengan sempurna yang kita mampu. Pasti.
Dengan latihan ini, inshaAllah was-was ini akan hilang dan terus hilang sepenuhnya.
Selalulah mohon pada Allah tunjukkan cara bagaimana was-was ini boleh dibuangkan. InshaAllah akan ditunjukkan oleh Allah sesuai dengan diri kita masing-masing.
sumber;

Jiwa Positif Hidup BerTuhan (JPHBT)

Menyedari KeTuhanan Allah SWT dan Kehambaan Diri Di dalam Setiap Detik Kehidupan







Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, April 05, 2012

Meminta dari Allah hanya untuk kesenangan dunia atau tanda kehambaan kepadaNya?

 
 
Bismillaahirrahmaanirrahim...

Kita buat solat hajat apabila berhajatkan sesuatu OR buat solat-solat sunat (tahajjud,hajat,taubat,dhuha,tasbih dll) secara istiqamah tanda syukur&kehambaan kita kepada Allah,, mana satu yang lebih patut sebenarnya?
contohnya apabila kita menginginkan kehidupan yang senang, kenaikan pangkat, rezeki yang mencurah-curah,perniagaan yg maju,atau bonus yg banyak,, so kit...a buat solat sunat hajat khusus untuk kesenangan dan kemewahan dunia je..

kita fikir cara fikir kita dah betul, tapi cara fikir kita sama ke dengan cara fikir Nabi saw?
niat kita macam betul dan baik. baguz nye buat solat sunat. tapi kalau kita buat semata-mata berhajat untuk kepentingan dunia, kemewahan dunia, kesenangan hidup, boleh ke macam tu..?:)

Jom merenung sejenak:

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sungguh hairan ajaib bagi seorang yang percaya kepada tempat yang kekal abadi kemudian ia masih sibuk dengan tempat tipuan dan sementara."
Muhammad bin Almunkadir dari Jabir r.a. berkata: "Saya hadir dimajlis Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang bagus muka dan rambutnya, berpakaian putih, lalu berkata: "Assalamu alaikum, ya Rasulullah." Dijawab Nabi Muhammad s.a.w. "Wa alaikum salam warahmatullah." Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, apakah dunia ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bagaikan impian orang tidur, sedang penduduknya bakal dibalas dan disiksa." Lalu ia bertanya: "Dan apakah akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Kekal, sebahagian disyurga dan sebahagian dineraka." Lalu ditanya: "Apakah syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia, bagi orang yang sanggup meninggalkannya mendapat kesenangannya untuk selamanya." Lalu ditanya: "Dan apakah Jahannam itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Gantinya dunia bagi yang cinta kepadanya, tidak akan pisah lepas dari Jahannam untuk selamanya." Lalu ditanya: "Maka siapakah yang sebaik-baik ummat ini?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Yang berbuat taat ketika didunia." Lalu ditanya: "Bagaimana didalamnya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bersungguh seperti orang yang mengejar gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lama tinggal didalam dunia?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seperti lamanya orang yang tertinggal dari gafilah-gafilah." Lalu ditanya: "Berapa lamakah antara dunia dan akhirat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Sekelip mata" Maka pergilah orang itu dan tidak kelihatan, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Itu Jibril datang untuk menzuhudkan kamu didunia dan menggemarkan kamu diakhirat."

sumber:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/mengabaikandunia.htm

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, Januari 10, 2012

Tidak masuk neraka orang yang menangis kerana takutkan Allah

        
Alhamdulillah kerana saat ini aku masih diberi nafas untuk hidup di bumi Allah yang maha luas ini. Manusia yang hidup tak pernah lari dari membuat kesilapan kerana kealpaan dan sifat manusia itu sendiri. Manusia juga tak dapat lari dari digoda iblis dan anak cucunya yakni syaitan. Oleh yang demikian kita dapat lihat di dunia sekarang pelbagai masalah yang timbul akibat sifat manusia yang tidak berpegang teguh pada kalam Allah.
Jesteru itu di sini aku ingin berkongsi satu kisah tauladan yang pernah dibaca satu ketika dahulu buat tatapan korang. Moga ia membawa 1001 penghayatan dan keinsafan pada diri kita, hamba Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”
Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepadaMu.”
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah Al-Jatsiyah: ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api, demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”
Selesai sudah kisah tauladan yang aku ingin kongsikan. Bagaimana? Apabila korang baca kisah ni, ada tak dalam hati korang berdegup sebentar, kemudian mata mula berair, diikuti dengan rasa terharu dan insaf? Jika tiada perasaan sedemikian, kemungkinan hati korang tu sudah gelap dari sinaran cahaya iman. Dari pengalaman aku membaca kisah-kisah tauladan, kisah Nabi dan pelbagai kisah yang sebegini, aku pasti akan terasa degupan kencang dalam hati dan kadangkala sehingga aku menangis sendiri.
Aku bukan insan yang berperwatakan baik dalam dunia ini, namun sekurang-kurangnya aku ingin berbakti kepada manusia dengan berkongsi ilmu dan kisah yang baik untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Inilah saham akhirat yang dapat dikumpul apabila kematian menjemput sesuai dengan sabda nabi di bawah.
“Sampaikanlah dariku walau satu ayat.” – Rasulullah S.A.W.


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, Januari 03, 2012

Tips Awet Muda dari lobai :- BERSANGKA BAIKLAH SELALU


Percaya tak lobai kata , jika kita rajin sapa orang dengan salam, tak berkira hadiahkan senyuman pada orang dan selalu menyenangi semua orang terutama sesama saudara Islam, ANDA AKAN SENTIASA AWET MUDA DAN CERIA, ANDA AKAN DISENANGI RAMAI ORANG DAN YANG PALING PENTING, ANDA AKAN DAPAT RASA ALLAH DEKAT JE DENGAN ANDA.rahmat melimpah-ruah datang tanpa anda sedar pun..Subhanallah!!


1)Jatuh ke ego jika menerima teguran dan kritikan?

Kalau ada orang tegur kesilapan kita, terimalah dengan hati terbuka. terutama melibatkan pasal agama,ibadah atau hukum-hakam Islam. contohnya kita dah bertahun-tahun melabur dalam ASB, untung pun memang masyuk lah! tapi tibe2 kecoh riuh pasal ASB ni haram. punye la melenting kita! sape berani kata aku makan duit haram ni hah?? riuh satu kampung kita canang semata-mata nak tegakkan pendirian. walhal hati kecil kita sendiri dah mula cuak. tapi dek kedangkalan dan kecetekan ilmu di dada, kita ketepikan teguran dari ulama-ulama dan pakar-pakar dalam bidang hukum-hakam Islam.
udah-udah ler tu...kalau hati kecik pun dah mula cuak tu maknanya ada la something wrong somewhere le. tak payah la lagi tegakkan benang yang basah..kalau tak percaya mulut kekawan, refer sendiri kat sumber yang sahih spt ustaz ustazah. jangan sbb beberapa % je untung yg kita dapat, merana kena bakor kat akhirat. kite bakor kite bakor je..hehehe


2)  Bersangka baik lah dengan peraturan dan undang-undang.

Hmmm..ni satu lagi masalah masyarakat kita. susah sangat nak ikut peraturan dan undang2. undang2 yg manusia buat pun selalu langgor, undang2 Allah forsure rempuh je! upss..dah mare ke. bersangka baik dgn lobai yo. habis bace nnt nak marah ke nak meradang ke lobai da tak halang

baru-baru ni dikuatkuasakan pemakaian tali pinggang pada seat kereta belakang. camano nak buat ni adik kakak oi. driver pun tak penah pakai seat, mcamane nak suh anak2 kat belakang pakai seat? tak buat kang kena saman!

hmm..kan da jadi masalah! tu la masa amik lesen dulu tak nak hapai betui2 kitab yg diberi, dah bertahun bwk kete ni baru la pening kpala nak follow undang2. Alhamdulillah wlu lobai ni bukan polis bukan lawyer bukan juga penggubal undang2 negara, tapi lobai dah kerah sape2 je naik kete lobai,,WAJIB PAKAI SEAT BELT TAK KIRA LA DUK SEAT DEPAN KE BELAKANG! huhh! ingat klu accident,punggung tu melekat je ke kat seat klu hang tak ikat badan hang kemas2 ?lepas tu lobai jgk kena bertanggungjawab!!

buat apa nak marah nak geram tak tentu pasal. dah tahu undang2 tu untuk dipatuhi,takyah le kecoh2. manyak benda lain lagi nak pikir la.undang2 tak digubal klu bukan utk keselamatan kita. kecuali la undang2 yg melanggar syariat Islam. ha yg ni hangpa tak bangkang plak, duk senyap je plak. apsai, masyuk kat poket hangpa ka? ups, laser lagi..sory sory;)


3) Bersangka baik lah dengan pasangan dan anak2 juge!



laki baru je dapat message dari awek. kita pun dah macam kena rasuk. smua kerja rumah terbengkalai. makan pakai anak tak terurus. meraung2 mintak talak. mintak la mintak! kalau kena talak kang nyesal tak suda. padahal tak tahu ape hujung pangkal cerita pun lagi. cepat syak wasangka. kan bagus klu sabar je dulu..ada masa yang tenang, bincang elok2 dgn suami apa dia nak sape orang tu. awek baru ke , kawan sekerja ke.

orang laki ni tak suka pempuan menggelabah. klu kita ni dapat terima dengan tenang dan relak, baru la laki tak menyorok buat ape pun. yang tetibe dorang kawin kat Thailand ni sbb takut bini amuk la. klu bini baik dan solehah, laki nak kawin lagi satu pun dia akan tunggu izin kita dulu.
so kita sebagai makhluk yang lemah, minta la pertolongan dari Allah. banyakkan berdoa agar diberi jalan yang terbaik. sebab Allah Yang Maha Kuasa. Dia je Tahu apa yg Terbaik utk hamba2 Nya. ganjarannya bukan di dunia tapi di akhirat inshaAllah.



Anak2 buat salah sikit je tapi kita punye bebelan, habis haiwan2 dalam utan pun berkait. sampai tersedak2 gajah, rimau, monyet kat utan kita asyik sebut nama diorang je. anak2 buat salah, tengok dulu hukuman dan pengajaran level mana patut kita beri. dan bagitau elok2 apa kesalahannya, apa patut dia buat. bukan salah anak kita dilahirkan dalam zaman moden serba canggih ni. mereka celik mata je dah kenal internet dah kenal galaxy tab dah kenal i phone. tambah2 pula kawan2 merokok, bawa motor, merempit, main pempuan, ponteng sekolah. dadah zaman sekarang tak sama dgn drug masa kita muda2 dulu. drug skrg terus makan otak! so, kita sebagai ibu bapa, kena jaga amanah elok2. kena bagitau apa betul apa salah. kalau perlu, marahlah, tapi biar yang mendidik, bukan marah mengikut ego dan nafsu kita je..dan jangan lupe doa pada Allah minta dilembutkan hati anak2 utk dengar nasihat kita..inshaALLAH ALLAH PERMUDAH!


4) Bersangka baik lah dgn saudara sesama Islam terutamanya

Ada anak jiran yg berhenti sekolah sbb nak masuk sek.tahfiz, buat ape kita pulak yg susah duk tak puas hati nye. ada org tu ganggu periuk nasi kita ke? dia dah buat plan utk long term la tu. bukan di hari tua je malah untuk hari akhirat nye. sorang anak dlm keluarga masuk tahfiz, memelihara ayat-ayat Allah, seluruh ahli keluarga inshaAllah mudah untuk masuk syurga.
walau berbeza aliran dan fahaman sekali pun, jangan jadikan seorang pun sebagai musuh dan jangan berdendam. hidup dipenuhi musuh dan selalu berburuk sangka ni adalah hidup yg merugikan, muka masam, hati asyik marah, last2 orang tu takde ape, kita plak yg sakit jantung. mana tak nye, asyik pikir buruk je pasal org. padahal kita sendiri bukan betul sgt pun.

cube buat cam lobai bgtau ni yo...CUKUP-CUKUP LA DUK SCAN HATI ORANG. UDAH2 LER DUK PIKIR APE ORANG TU PIKIR..SUDAH2 LE DUK MENGUMPAT MENGATA ORANG. WAT BODO JE. JUMPE, BAGI SALAM ,SENYUM. TAK PAYAH NAK PIKIR DALAM2, MENYERABUTKAN OTAK JE!!



Ni sedikit petikan  tentang Islam amat menggalakkan bersangka baik ye:-



Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :
"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),
Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."
Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata
"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :
Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".
Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"
Baginda membalas :-
إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ
Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )
Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-
إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر
Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

KESIMPULANNYA
Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.
لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ
Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )



 5) Akhir sekali, bersangka baiklah dengan ALLAH..TUAN KITA, PEMILIK MUTLAK KITA!

Keyakinan dengan Allah ni wajib 100%..kalau 99% yakin 1% tak yakin, HARAM! :- kata-kata Ustaz Azhar Idrus.

jadi, bersangka baik dengan Allah pun wajib 100% jugak la. kalau 1% kita cuak dengan Allah, Nauzubillah..cepat2 mintak ampun..nanti lari akidah.


bila ada ujian dan masalah, kena yakin Allah akan bantu kita. malah Dia takkan bebankan kita dgn bebanan yang tak mampu kita tanggung. jangan selaki-kali putus asa dari rahmat ALLAH..kerana mukmin yang berjaya adalah mukmin yang sabar dan tahan dengan ujian. dia tak putus-putus mengharapkan kasih Allah tak kira masa susah atau senang. InshaAllah...





Setakat ni saja lah yang dapat lobai share utk hari ni..kalau ada ape2 yg tersalah tu dari kelemahan dan khilaf lobai sendiri. yang mana bermanfaat tu sama-sama kita amalkan. semoga keberkatan ke seluruh alam inshaAllah..

















Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Oktober 21, 2011

Bayan 011110

Kekal selama-lama nya bagi orang yg ada Islam. Dalam janji Allah swt ada perintah dan larangan. milik Allah lah langit dan bumi. Dia yg mentadbir langit dan bumi tanpa campur tangan sesiapa









As-sami' : tak berhajat pada apa2..bebas drp segala hajat. semua benda2 kecilberhajat pada Allah SWT. Di bawahnya semua makhluk. Allah, pencipta. 60,000 liter air dalam 1 ketul awan,, siapa yang jaga supaya tak jatuh menimpa kita? Jwpan nya Allah yg menjaga nya. Dia je yang ada kudrat iradat. Hujun yg turun, matahari, panas,, berfungsi pada kadarnya. KADAR, dalam genggaman Allah Taala.


Ni tengok air tak faham, tengok bulan tak faham2 jugak, tengok alam sejagat pun masih kita tak nampak...Within yourself? tak nampak jugak? Bagaimana terbentuk janin ibu 3 lapis. dalam perut ibu, siapa yg besarkan bayi dalam kandungan selama 9 bulan? dalam perut ibu takde bidan, nursery, maid,jadi siapa yg menjaga bayi itu?  Allah palingkan bayi dari perut supaya tak mengadap perut ibu , tak bagi bau busuk. masih tak nampak kah kita kebesaran Allah???
Dari setinggi2 puncak gunung sehinggalah serendah2 perut bumi...semua nya milik Allah...SUBHANALLAH!




Janin dalam rahim membesar tak sedar siapa yg membentuknya..mata 40 hari bertukar lapisan baru tanpa kita sedar...kita membesar tanpa sedar siapa yg membentuk kita..jantung berdegup ,siapa yg menjaga nya? masa kita mula tidur sampailah
terjaga smula, siapa yg menjaga? siapa yg menjaga smua ni klu bukan Allah Taala??

Rezeki, siapa bagi? Allah yang bagi...
Allah tak menzalimi  makhluk Nya.





Masa zaman Nabi Nuh, smua kufur tak beriman.lalu di doanya supaya Allah hapuskan smua kaum yg kafir. maka Allah makbulkan doa.diturunkan hujan dan banjir ..siapa yg berjaya ikut Nabi Nuh je bselamat.yg lain smua hancur,decimated! 6bulan mereka belayar..tanah dah lembik, berselut. maka Allah kata, panggil kaum2 mu 600 orang, buat tempayan/tembikar dari tanah2 lembik tu. maka mereka pun mula lah menghasilkan tepayan/tembikar itu dgn tertib, cermat dan cantik. tapi bila dah siap, Allah meminta mereka menghancurkan tempayan2 itu. 'Ya Allah, sudah penat kami membuat nya, kenapa Kau menyuruh kami menghancurkannya pula'?

maka Allah jawab, kamu rs sayang utk musnahkan tempayan2 itu, maka begitu juga lah Aku, rasa Sayang kepada hamba2 ku yg kau minta utk dimusnahkan!'Wahai Nuh, jangan lah dekati amalan jahil dgn meminta hancurkan walau org kafir. kerana semuanya hamba2Ku!



kita dihantar ke muka bumi utk tunjuk agama benar. sorang beriman sorang tidak. sorang tidur sorang terjaga. sorang buta sorang celik. sorang mengigau sorang lagi nyata. itu je beza kita. jadi, kejutkan mereka smua dari igauan. sedarkan mereka supaya menyembah yg Benar. kita umat da'ei @du'a ilallah..Allah hantar. walau sorang perempuan hamil anak luar nikah, janin tu tetap ilallah..tak kira title kita bg pd budak tu anak luar nikah atau ape pun.



semua org berbuat sesuatu ada sebab, ada objektif. Apa tujuan solat? syurga. kita boleh citer pasal iphone, kereta, ipad, mcm2 boleh kita citer. tapi citer ttg Allah kita tak mampu nak citer. sebab orang tak niat nak amal takkan ingat Allah! perawi hadis, sahabat2, nak amal agama, maka Allah pindahkan ilmu agama. TO INFORM, UNTUK HIDUPKAN SESUATU BENDA.




solat bermula dari toilet lagi ceritanya. cara2 beristinja', cara bersuci, .Nabi saw citer sungguh2 sampai sahabat buat sungguh2. dia tak menunjuk2. mereka buat kerana Allah. mereka jaga Nabi saw, mereka jaga Allah SWT. hal kawin pun diorang tak citer pada Nabi,sbb kawin tak penting. SOLAT lagi penting! sahabat perhati dan belajar betul2. sampai beribu2 hadis keluar. sampai cerita janggut Nabi besar, malah janggut Nabi bergerak pun diorang perhati.



jangan fikir cara kita fikir tu cara Nabi. yang kita tengah buat sekrang ni media, paper,majalah,internet,blog...tapi cara Nabi buat lain. dan cara Nabi, cara yang dah pasti! klu kalah pun syurga tempat kita, klu menang pun syurga! kami bukan datang, tapi dihantar Allah! untuk tinggalkan amalan menyembah makhluk, tapi sembah hanya kepada Rabbul Ibad.. utk mengajak manusia tinggalkan dunia yg gelap kpd kubur yg terang.. nak ajak org jadi mcm kita susah, sbb kita pun tak betul. jadi ajak lah manusia ikut cara Nabi dan para sahabat. tiru contoh sahabat, mereka tu data bagi Nabi, dah di approved oleh Nabi saw.


6BILLION kufur! silap2 kita termasuk dlm kufur. jadi apa kita buat skrg ni adalah utk betulkan diri je dulu.  sebab tu kena berada pada jalan Nabi saw.barulah betul. apabila kita kerja keras utk meeting, utk gush, usaha kan amalan2 baik, usaha kan kalimah Allah, maka pasti Allah matikan kita dgn memegang kalimahnya. apa yg kita buat, kita akan mati dgn cara tu.kalau kita fikir dakwah, kita akan mujahadah. semua petunjuk dah diberikan kepada manusia, smua Nabi dah dihantar kpd manusia..smua majlis agama, masjid2, kitab2, Al-Quran, Nabi2, adalah punca hidayah.



Muaz bin Jamal bawa 300org jumpa Nabi saw. 'aku jaga berhala. 1 hari berhala itu jatuh. jadi aku tegakkan dan polish supaya menjadi elok. tapi tiba2 berhala bersuara, hei ,pergilah kamu beriman dgn apa yg dibawa oleh Nabi saw...maknanya Allah menggunakan berhala sbg asbab . sahabat tak sampai, Nabi tak sampai, tapi Allah sampaikan suara melalui berhala utk memberi hidayah.'





PENGORBANAN kpd Islam..sahabat sama mcm org lain juga, nak jugak keluar malam main bola ke, lepak dgn anak bini ke, sambil2 petik kurma. 'tapi smasa sedang enak lepak dgn anak bini, aku teringat Nabi, aku jadi menangis' masa jumpa nabi, Nabi memberitahu, kalau kamu terus begini , malaikat akan memberi salam kepadamu. lalai skit je sahabat akan cari jalan utk kembali khusyuk di jalan Allah. Allah Taala suka , sbb utk taat pada Allah ni bukan senang,perlukan daya usaha dan kesabaran yg tinggi.




supaya nak mengadap Allah nanti senang. untuk tunaikan hak iman, kita kena tengok Nabi.. nak buat kueh, laksa, nak menjahit,, smua tu tak payah tengok Nabi, kita blajar je boleh buat. tapi nak IMAN ni kena tengok nabi, nak sebar dakwah ni kena ikut cara Nabi...1 orang ni kena santau 2 bulan,.tak hidup tak mati..Nabi kata, siapa yg amal Miswak, jolok dlm mulut org tu. jadi sorang sahabat ni yakinnya dia dgn kata2 Nabi, dia buat ikut kata Nabi..tak sampai 1 jam pun org yg terseksa kena santau tadi dapat menghembuskan nafas terakhir dengan selamat. SUNNAH NABI, ITULAH JANJI ALLAH!



23tahun zaman sblm wahyu, nabi Adam kata dia nampak Laailaahaillallah Muhammad Rasulullah...Nabi menjadi Nabi sebelum dia hidup lagi. smua dunia dijadikan sbb Nabi saw. ada keberkatan besar dlm nama Nabi Muhammad saw. keberkatan besar adalah sunnah Nabi. cara hidup Islam adalah cara hidup Rasulullah saw.

cara baiki ummat pun kena cara Nabi. ajak org kepada Allah tanpa rasa was2. kena jelas!janji Allah Taala jelas. janji Allah benar.


ahli sunnah wal jamaah..sunnah Rasulullah, jemaah sahabat2. ikut sunnah Nabi, ikut yg dipamerkan sahabat2..sahabat2 bawak kata2 Nabi. Nabi tak mampu sampai ke semua tempat. jadi sahabat2 yang buat.


berdakwah ni ajak kita lari dari keselesaan atau comfort zone. manusia cinta nikmat, tapi dia tak cinta pemberi nikmat. dari Allah kembali kepada Allah.
kita banyak sibuk jaga anak bini, rumah,kete, tapi lupa kerja agama.

Khadijah r.a jutawan, tapi meninggal dalam papa. kita bukan ajak org sekeliling je, tapi ajak 1 dunia. jangan mabuk jaga benda kecil je tapi biar mabuk jaga 2 dunia. pergi lah jauh2 ke segenap alam, pergi jauh2 berdakwah ajak org kembali ke jalan Islam,,,pergilah jauh jauh, untuk gembirakan Nabi, utk cintakan Allah..

InshaAllah...






Bayan 01/11/10...disalin dan ditulis semula oleh seorang hamba Allah.jika ada nama sahabat atau kalimah2 yang tersalah, maka khilaf dai diri hamba yang lemah..















Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah