Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label motivation;. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivation;. Papar semua catatan

Selasa, November 27, 2012

Ibrah Kisah Musa Dan Khidir: Belajar Bahasa Dan Berbahasa



Kredit foto: www.overarts.com
“Izinkan aku untuk mengikutimu” kata Musa.
Baginda bertemu dengan Khidir selepas menempuh perjalanan yang panjang bersama Yusha’ bin Nun.
‘Alayhim al-solaat wa al-salaam.
“Agar dengannya engkau mengajar aku apa yang telah diajar kepadamu daripada perkara-perkara berupa petunjuk (rushd)” Musa menjelaskan tujuan beliau mahu mengikut Khidir.
Kisah ini tersebut di dalam Surah al-Kahf ayat ke-66:

قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

 Nabi Musa berkata kepadanya (Khidir): Bolehkah aku mengikutmu, agar dengannya engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” [Al-Kahf 18:66]
Di dalam ayat ini terkandung elemen penting membabitkan teras pengurusan ilmu dan intelektual. Ia membicarakan soal adab. Bukan sekadar meminta izin, tetapi mengungkapkannya dengan lafaz yang unik, yakni pada adab Musa meletakkan dirinya sebagai orang yang berhajat, tanpa menyusah dan membebankan Khidir.
“Benarkan sahaja aku mengikutimu, tanpa perlu engkau melakukan apa-apa untukku. Hanya dengan kebenaran itu sudah memadai, proses belajar itu akan berlaku, aku akan belajar daripadamu, apa yang aku hajatkan” mesej yang terkandung di dalam ungkapan Musa itu.
Musa tidak mahu dirinya menjadi beban kepada Khidir.
Khidir tidak perlu memperuntukkan masa tambahan.
Tidak perlu memikirkan kebajikan Musa.
Hanya sebuah kebenaran untuk mengikut, selebihnya Musa sendiri yang uruskan.
MENGUNDURKAN DIRI
Sikap yang sama ditunjukkan, tatkala Musa tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, buat kali kedua, selepas masing-masing sudah bersetuju dengan syarat bersama, bahawa apa sahaja yang berlaku, jangan bertanya, sehinggalah Khidir sendiri yang menerangkannya kepada Musa (Q18:70).
Kali pertama, ketika perahu yang ditumpang dirosakkan oleh Khidir, Musa tertanya.
Kali kedua, tatkala seorang budak lelaki dibunuh oleh Khidir, Musa bertanya lagi.
Pertanyaan spontan kerana Musa adalah seorang Rasul.
Utusan Allah yang sifatnya tidak akan mendiamkan diri terhadap kemungkaran. Terlupa kepada satu syarat pengecualian antara seorang Nabi dengan seorang Nabi yang lain.
Dan selepas dua kali melanggar perjanjian, Musa menampilkan satu lagi pendekatan yang konsisten, seperti yang terungkap di dalam firman Allah:

قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي ۖ قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا

Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku” [Al-Kahf 18:76]
Musa sendiri yang berkata kepada Khidir.
Jika sekali lagi beliau melanggar perjanjian, Khidir tidak perlu menyusahkan dirinya untuk terus diganggu oleh ‘pelajar bermasalah’ bernama Musa.
Musa sendiri yang akan mengundurkan diri.
PROAKTIF
Sikap yang ditunjukkan oleh Musa terhadap Khidir amat penting untuk direnungkan dengan penuh tadabbur oleh kita semua. Ia sebahagian daripada akhlaq yang mendatangkan rahmat Allah beriringan dengan ilmu.
Ilmu bersama rahmat, menjadi aset.
Ilmu tanpa rahmat, segalanya liabiliti.
Musa tidak mahu hajatnya untuk belajar dengan Khidir sebagai beban ke atas Khidir. Musa hanya mahu peluang belajar, sesuatu yang Allah tegaskan bahawa ia hanya boleh Musa pelajari daripada Khidir. Ia bukan soal ilmu di dalam al-Kitab yang Allah bekalkan di dalam Taurat buat Musa. Ia adalah ilmu tentang cara memandang masalah. Melihat taqdir Allah yang lebih luas daripada tadbir manusia yang terhad.
Bukan sekadar untuk berilmu, yakni ALIM.
Malah berhikmah dan bijaksana, yakni HAKIM.
Semasa mahu belajar, Musa uruskan sendiri keperluan dirinya, tanpa membebankan gurunya Khidir. Semasa melanggar terma dan syarat yang disepakati bersama, Musa juga memberikan komitmen untuk mengundurkan dari tanpa perlu Khidir memecat atau memberhentikannya.
Sikap proaktif Musa itu amat besar impaknya kepada psikologi manusia.
Dan bekalannya hanya pada memilih perkataan yang betul.
Perkataan yang menyampaikan mesej serupa, tetapi mencetuskan kesan psikologi yang amat berbeza.
APLIKASI DUNIA BELAJAR MENGAJAR
“Saya ingin menjemput ustaz ke syarikat kami dan tarikh cadangan adalah pada 27hb. Inilah satu-satunya tarikh yang kami ada dan syarikat kami amat memerlukan kehadiran ustaz untuk menyelesaikan masalah politik dalaman yang meruncing. Saya sudah telefon ustaz banyak kali tetapi tidak dapat bercakap sendiri dengan ustaz berkenaan hal ini” borang di CONTACT ME menghantar utusan.
Itu sering berlaku.
Pernah juga senario ini berlaku:
“Saya mohon maaf tidak dapat hadir ke kuliah Maghrib malam ini. Ibu mertua saya baru sahaja meninggal dunia pagi ini” seorang ustaz memberitahu AJK sebuah surau.
“Oh begitu. Minta tolong ustaz carikan pengganti, ya” katanya.
Ustaz itu tergamam.
Apabila manusia berinteraksi dengan manusia, sama ada dalam urusan ‘duniawi’ mahu pun ukhrawi, hakikatnya ia adalah komunikasi. Interaksi bukan hanya berlegar pada logik dan rasionalnya sebuah komunikasi, dan dalam kes ini sebuah jemputan ceramah, malah ia juga membabitkan soal emosi. Psikologi.
Organisasi di pejabat atau di surau berkemungkinan boleh lebih berhasil mendapatkan penceramah dengan pendekatan Musa.
Pendekatan orang berhajat.
Enggan menjadikan hajatnya sebagai beban ke atas pihak yang dihajat.
Apatah lagi ‘mengugutnya’ dengan ‘tanggungjawab tuan sebagai orang berilmu untuk mengajar kami yang mahu belajar’.
Secara proaktif, kita berusaha memudahkan proses menjemput. Andai tidak berhasil untuk tarikh kali ini kerana kekangan, hubungan baik dan kuasa perkataan positif, menjadikan penceramah yang dijemput mungkin menunggu-nunggu untuk peluang yang seterusnya.
Kuasa perkataan.
APLIKASI RUMAHTANGGA
kredit foto: afifahjustsmile.wordpress.com
Andaikan begini.
Seorang suami yang bekerja di pelantar minyak baru berumahtangga. Beliau khuatir isterinya tertekan dengan rutin kerja beliau yang sekali ke pelantar, mereka mungkin terpaksa berpisah berminggu-minggu, malah berbulan.
Kata suami, “Yang, abang kerja Oil and Gas ni, begitulah keadaannya. Sekali ke pelantar, paling pendek pun tiga minggu. Abang harap Yang bersabar dengan keadaan ini”
Ayat yang logik, jelas dan sampai maksudnya.
Bagaimana jika suami mengubah sedikit struktur ayat?
Bandingkan dengan ayat kedua, “Yang, abang kerja Oil and Gas ni, begitulah keadaannya. Sekali ke pelantar, paling pendek pun tiga minggu. Benda ini susah, tetapi Insya Allah kita atasinya bersama, ya”
Ayat kedua ini sama logik, sama jelas dan sama sampai maksudnya.
Namun apakah impak ayat kedua dan pertama ke atas psikologi isteri yang mendengar?
Ayat pertama, belum pun suami ke pelantar, isteri sudah pun mula tertekan. Sudah stress. Ayat suami itu logik, tetapi kesan psikologinya, suami meletakkan tanggungjawab bersabar itu ke atas isteri. Si isterilah yang bertanggjawab untuk bersabar.
Manakala ayat kedua adalah berbeza. Biar pun situasinya sama, suami meletakkan bahawa cabaran itu akan mereka atasi bersama. Kata-kata BERSAMA itu mencabut BEBAN dan menggantikannya dengan HARAPAN dan menghasilkan KEMUDAHAN.
Demikianlah kuasa ayat.
Kuasa memilih perkataan.
Kisah Musa dan Khidir itu, di samping 1001 hikmah dan ibrah yang kita boleh pelajari, harus juga diraikan, bahawa ia mengajar kepada kita kuasa perkataan dan ayat.
Kuasa Kalimah Toyyibah!
Perkataan yang baik.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

لا عدوى ولا طِيرةَ ، ويعجبني الفألُ . قالوا : وما الفألُ ؟ قال : كلمةٌ طيبةٌ

“Tiada kesialan jangkitan atau bala pada burung yang berbunyi. Tetapi yang mengagumkan aku adalah al-Fa’l (sempena yang baik). Sahabat bertanya apakah al-Fa’l itu? Baginda menjawab: Perkataan yang baik-baik” [hadith riwayat al-Bukhari no. 5776]
Perkataan yang baik itu ada kesannya.
Ayuh kita perbaiki pemilihan perkataan dan belajar bahasa.
Bukan sekadar belajar bahasa, tetapi belajar BERBAHASA.
HASRIZAL
43000 BSP
blog http://saifulislam.com/



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Sabtu, Ogos 27, 2011

buat ape compare diri dgn org lain???

Assalamualaikum wbt..

Ada ramai org suka compare diri dgn orang lain.
mata suka jeling org sebelah kan..nk pandang direct kang nampak sgt kita tengok dia.

'nape muka org ni lg lawo dari aku,nape mamat ni ensem giler rmai minah syok kat die, badan nye langsing, baju mahal lak tu,tgok kasut gan handbeg dia, mcm mahal2 je mesti kaya
tgok mamat tu, tough, main gym kot..bjalan macho je.naik kete BMW.money manyak ni.agaknya ape la kerja dia.mesti manager kat mane2 company ni..
tgok jiran sbelah rumah bosar je, sofa mahal, tv lcd..jelez nye rasa..tak puas hati la nape dia lg bagus dr aku nih'

hah,tengok petikan kat atas.betul kan!

suka banding diri gan org len.suka nampak org lg hebat dari kita.pastu suka pasang anggapan sendiri lak tu.mcm la pandai scan sangat.klu scan betui tapa ni scan salah je. walhal tak tahu pun org tu kije ape,kaya ke tak, betul ke life dia sebahagia 'money' dia, betul ke muka cantik nya menandakan hati dia secantik muka dia. badan tough dia tu betul ke sihat takde penyakit..

soooooo.......
BUAT APA COMPARE DIRI DGN ORG LAIN?????



kita kita la, dia dia la..kita dgn dia mana boleh sama..jadi tang mana boleh buat perbandingan nye



 cube tengok rambut awek2 kat bwh ni, ada color kuning, merah, biru,purple..ada persamaan tak? tak sama kan. kita pun tak sama gan dia sbb rambut kita hitam .paling nak color pun putih je la itu pun putih uban



tengok mamat baju merah tu..lain kan..lain dari segi perwatakan dan perangai .org berdiri tegak dia terbalik..tp ok je, dia kreatif dari segi lain.org mcm ni diperlukan dlm bidang2 tak skema



beribu orang..mcm2 ragam..takde yg sama..cube tengok ada yg berjalan ada yg berlari ada yg menari ada yg bersenam...setiap saat setiap laluan setiap nafas seseorang tu hanya Allah yg Maha Mengetahui..smua yg kita buat Allah dah siap tulis awai2 lagi bermula dari perut ibu sampai lah kita mati dan ke mana hala tuju kita


even otak kita pun tak sama..SOOO DIFFERENTTT..cara pikir, cara thinking,cara anggap, IQ, ingatan, ALSOO DIFFERENTTT..so tang mana boleh buat perbandingan??
ada org pandai math, ada yg ingatan kuat, ada yg IQ power..jadi tak leh rendah diri sgt..mungkin kita tak masuk univ. pun takde ijazah pun kerja pun biasa2 je, tp dari segi pengalaman hidup kita lagi hebat, dari segi teknikal kita lagi power, dari segi mengurus diri kita lagi bagus
Allah Maha Adil...Dia jadikan hamba2 Dia ada kebaikan dan kelemahan masing2




blue black..nampak menyerlah kan yg biru tu. klu org yg tak confident dgn diri dia, mesti dia rs dia salah satu yg color itam.klu yg over confident lak mesti rs dia yg color biru, dia je yg serba pandai.
walhal kita tak tahu, mungkin kita yg bercolor biru tu dlm bidang yg kita terer, tp mungkin juga biru tu org lain dlm bidang dia pandai..jadi takyah dengki2..klu rasa org tu lg bagus dari kita tang mane2, biar pi kat dia, bagi la dia peluang..klu kita rs kita boleh sumbang apa2 plak, tonjolkan diri, bagi sumbangan utk smua orang dan agama..
baru lah manis bila ada give and take.
kan hidup ni utk memberi dan menerima..baru la hidup ni jadi indah.kan kan:)



mungkin saya kat langit ,sedang terbang dengan ikan2,
atau maybe kat lautan, tengah berenang dengan sang burung..
tengok,,
berbeza kan dunia saya


aduzz..buat apa nak compare diri dgn org lain??
buat fening je..
sbb beribu kali compare dari mane2 sudut pun, takkan sama.
klu nampak dia lebih dari kita tang tu, mungkin kita lebih dari dia tang lain.
jadi tak yah fening2 kepala duk tak puas hati dgn org,


sebab...


kita yg paling special utk diri kita..knp?sbb klu kita tak rasa special utk diri sendiri,sape lagi nak create special tu utk kita kan...cuba buat mcm gambor kat bwh.gi kat padang rumput nikmati keindahan alam..tak smua org berpeluang buat mcm ni..kena rasa diri special le baru kita boleh hasilkan sesuatu yg special..ia takkan dtg sendiri kecuali klu kita yg cari,kita yg create.
Allah takkan ubah sesuatu kaum kcuali kaum tu mengubahnya sendiri 


kita paling cun melecun le..tgok, sengih lebor nampak gigi..hehe.bior le kat org lain. buat ape asyik nak tengok org je baik kita urus life sendiri je. senyum itu sedekah, so smile always..then you will be very CUN lerr..


nikmati lah alam sekeliling, hargai smua yg ada di sekeliling kita tak kisah lah manusia ke pokok ke binatang ke..then all surround us will appreciate us..sebab...Allah Maha Penyayang..jadi kita pun kena menyayang jugak..syg diri sendiri supaya dpt menyayang org len..indah kan hidup ni..cantik kan kita:)
tak smua org tau mampu menyayang sekeliling dia. jadi takyah banding diri dgn org len eh


kata lah kita jeles org tu serba pandai serba terer..cuba mtk dia floating mcm ni dlm air boleh ke tak..tak smua org tau boleh float..hehe..ada yg float kepala ke bhagian kaki asyik nak tenggelam je..tak caye cuba r test ramai2..mungkin kita lagi terer float dari org tu. klu xleh float, nk blaja swimming pun susah..tp  klu boleh float kena berani kan diri le blaja swimming ni asyik takut je...so, self confident kena ada always sbb Allah muliakan setiap hamba2 Dia termasuk lah kita juga:) best kan ada Allah..Dia takkan down kan kita wlu satu dunia sedang henyak kita..


kita miskin? cube tengok gambor kat bwh ni, nak dpt bekalan air yg bersih pun susah. ada tak susah kita sampai tahap ni? jika kita bukak mata dari tdo tu masih ada tempat tinggal, masih ada transport dan masih ada pakai makan, maknanya kita lagi kaya dari 70% penduduk bumi.

dan jgn risau, Allah Maha Adil..kita susah nk dapat makan pakai takpe, sbb kat akhirat sana kita akan lagi kaya dari org len. Allah bagi keberkatan kat kita sbb Dia Tahu susahnya kita nak cari sesuap nasi utk anak2 bini makan kan. Dia uji sikit je tu supaya kita tak lupa Dia, selalu doa pada Dia, selalu menangis kat Dia..
berbanding dgn org kaya yg lupa utk bersyukur pd Allah, Allah lagi suka kita yg susah tp ingat Dia selalu..inshaAllah



Dan...
kenapa nak jeles org boleh tunjuk rambut,pakai seksi2,muka mekap tebal, pakai perfume?? biarlah dia Miss World sekali pun, rambut dia penuh dengan bunga2 mcm gambor kat bawah ni pun, tp klu dia tak jaga smua harta yg Allah amanahkan kat dia, smua kecantikan tu akan jadi bala...Nauzubillah..sama2 doakan kpd smua supaya mendapat cahaya Illahi, mendapat kemenangan hakiki iaitu syurga Allah.


org perempuan cantik & manis bila tertutup..pecaye lah, lagi cantik sorang pempuan tu, dia tutup plak aurat dia kemas2 tak bagi org tengok, lagi mahal harganya. pempuan  yg terdedah kat mane2 pun boleh dapat, tp nak dpt sorang pempuan solehah di akhir zaman ni susah nyerr..

cantik kan Niqabi woman ni..rs terpegun je tengok gambar ni..


yang paling penting ialah...ALLAH tak menilai money kita, pangkat kita, harta bertimbun kita, rumah besor kita, anak2 comel yg kita bangga, suami/istri yg kt cinta, atau cantik beautiful/ensem nye kite..

tapi ALLAH nilai iman & taqwa kita pada Nya.:) best kan jadi hamba Allah.
tak takut pun org lebih dari kita ke tak, sbb Allah tak heran pun dgn smua tu. Dia nak tengok kita kasih cinta Dia kita ke tak je.