Jom Solat Jemaah

Jumaat, Oktober 28, 2011

Bayan 240111

Di Sabah, nak gi masjid pun naik sampan. Ulang-alik ke masjid akan bawa cahaya yang lebih terang dari matahari kelak, kita belum nampak sekarang, sbb tu kita bersabar. orang beriman kena sabar. 4bulan mengembara.tempat paling gelap atas muka bumi Afrika. nak ambil wudhuk dalam kesejukan pagi, -5 deg celcius @ -20 deg celcius Agama Islam syumul seluruh alam. Bangun solat Subuh, rehat skejap solat Zohor ,kemudian balik kerja Asar, malam plak Maghrib Isya'. kalau musim dingin, Zohor pukul 11, Asar pkul 2, maghrib plak 3.30...


Agama takkan dapat difahami klu kita duk kat tempat kita je. kena tengok selurh alam baru boleh nampak kesempurnaan Islam, baru boleh faham yg alam ni di bawah pentadbiran Allah..
Maghrib 10.30 malam, 12.30 mlm dah Isya'...ONE NIGHT.  so, dalam situasi mcm ni, mcamane kita nak solat? sbb tu muncul nya ahli astronomi, ahli math, ahli Falaq....sbb tu kena tengok seluruh dunia.



Bayan ialah penerangan, story-telling. Nabi saw panggil sahabat dan bagi story telling...sorang hamba Allah ni sakit, dia m'punyai 3 sahabat. yg pertama kalau sakit akan tolong panggilkan doktor, tapi sampai setakat tu je lah, once dah meninggal takde kaitan lagi. sahabat ke2 akan tolong bawa jumpa specialist dan klu meninggal akan kebumikan. sahabat ke3 akan teman sampai dlm kubur.sahabat ke3 itu lah iman&amal kamu. iman&amal diterangkan dlm konteks hadis.


harta ni kita kumpul utk orang je sebenarnya. itupun kita tak dibenarkan infaq semua harta ,tanyalah ahli faraid. Proses dan prosedur dah ada. Once kita meninggal, smua berebut2 kan harta yang ditinggalkan. kaum keluarga pula, masa sakit je uruskan kita, bawa jumpa pakar, specialist kemudian kalau dah takde daya nak tolong lagi mereka berkumpul baca Yassin. itu je lah kemampuan mereka.
Berubat ni sunnah Nabi saw. kita digalakkan berusaha. Nabi saw sendiri pun usaha berubat jika sakit, dan tak putus2 berdoa kpd Allah.

Bila kita ikhlas dlm beriman dan beramal, serta istiqamah, maka tak perlu bimbang lagi, sbb Allah akan hantar malaikat usir syaitan2 yg menyerupai mak ayah atuk nenek. Waktu sakit pun iman amal dah bersama2 dgn kita. bila mati malaikat nak soal kita pun tak dapat, kita dijaga rapi oleh amalan2 kita. bidadari yg datang, sinar nya mengatasi cahaya 7 matahari. kita nak pegang bidadari tp blum dapat, just utk observe je dulu..terkena rantai yg dipakai bidadari sampai putus tarik, kemudian kita kutip,, berulang2 sehinggalah terjaga kita di hari kiamat.


 
Narrating atau storytelling ni bagi Nabi saw benda abstrak susah nak disampaikan utk org faham. contoh nya mcm kasih sayang, perasaan, emosi dll. Nabi saw bagitau para sahabat , sebuah bahtera besar 2 tingkat, bahagian bawah tak dapat air, terpaksa minta air drp orang atas utk bawa turun air. kalau bhagian atas tak tolong, semua akan karam . begitu juga dgn dakwah. kalau org alim(mengetahui) tak dakwah yang jahil(tidak tahu),smua akan tenggelam dan sesat, tak menunaikan perintah Allah.
untuk garap 1 kemahiran, Doc kena bertahun belajar, untuk faham konsep mcamane pesakit diubati. sumpah seorang doktor ialah, walaupun musuh pun akan dirawat juga.

Abu Hurairah r.a tanam 1 pokok. Nabi memberitahu, zikir sekali Subhanallah je akan tumbuh pokok yang besar di syurga. kuda paling pantas berlari selama 500 tahun menyamai sebatang pohon hasil ucapan Subhanallah..

Dunia ini World of Prototype. di sebuah kampung ada 70 buah rumah, 70 buah bilik, 70 buah katil, 70 bidadari. Buah-buahan yang sedap di muka bumi ni adalah sampel buah di syurga. di syurga buah-buahan terhidang kpd kita, habis je berbuah lagi, habis makan je keluar lagi buah.  hujan, air sungai, madu, mentega, cheese, malah arak sekalipun, adalah sampel utk kita faham ttg syurga. kalau kita tak dapat faham mcamane cantik bidadari, kita tengok perempuan cantik di dunia ni.walau tak sama, tapi itulah perumpaan, sampel.
tapi kita masih nakkan sampel dari yang realiti..kita masih terkejar2 yang sementara di dunia dari yg kekal abadi di akhirat.

kehendak manusia tak terbatas tapi sumber terbatas. bila 1 kaki pijak nafsu, maka 1 lagi untuk syurga. Iman itu adalah tentang meyakini benda ghaib..tutup kedai dan pergi surau pada waktu azan, padahal pd waktu tu brp banyak rugi? tapi sbb yakin dgn janji Allah, maka kita tak cuak dgn rugi dunia. Ibn Abbas di Madinah, masuk azan je tutup kedai dan ke surau2 segera. kita yakin Allah ke kedai yg bagi kita rezeki? kita banyak yakin kpd makhluk, tq posmen bagi  surat, tq bos bagi gaji, tq company bg naik pangkat..padahal mereka smua tak bagi rezeki,, ALLAH YANG BAGI REZEKI!


pada 1 masa tu sorang hamba Allah ni nak uji keyakinan dia sendiri bahawa Allah yang bagi rezeki. so dia panjat pokok tinggi di satu tempat lapang. lame punye lama dia tunggu, xdapat sebarang air utk diminum atau makanan utk dimakan..dia mula cuak, mcamane nk dpt makan minum klu duk atas pokok tinggi mcm tu. tetiba ada sekumpulan penyamun lepak  bwh pokok tu. antara barang rompakan adlh mkanan. tp penyamun2 tu takut mkanan tu beracun, jd dorang mtk si mamat atas pokok ni utk test mkanan. Alhamdulillah dapat dia makan ari tu.penyamun bagi makan ke Allah yg bagi?





Siapa Rabb kamu? dalam sehari berapa banyak kita lagha,,cakap, fikir, tengok, dengar selain Allah? cuba audit diri sendiri, sehari brapa banyak ingat Allah? dari bangun pagi ucap Alhamdulillah Allah bangunkan kita, masuk toilet baca doa, makan baca doa, buat ape pun ingat Allah..tujuannya adalah supaya kita tak lalai, sentiasa ada connection dgn Allah. memang amalan kita tak sehebat mana pun, tapi sekurang2 nya biar dosa tak banyak.

dalam abad 21 ni kita keluar rumah pun buat dosa, dlm rumah pun buat dosa. mana tak nye, kuar rumah je nampak pempuan tak tutup aurat, masuk kete pun hiburan, masuk rumah pun internet, tv, media yg melalaikan. mat saleh pun heran tengok kita, kuat sgt hiburan. diorang pun ada yg tak merokok, pakai sopan, tak minum arak, tak main perempuan,, sedangkan orang Islam kita yg hidup dlm budaya mat saleh.
sebab nya hati masih perlu selain dari Allah.


 
Semasa Abu Hurairah sakit tenat, isterinya menangis teresak2. Abu Hurairah ckp, jangan menangis, hati yang tak tenang itu maknanya perlu sesuatu selain Allah.
mcamane nak hidupkan suasana iman mcm para sahabat? kena hidup cara Nabi, kita kena amalkan sunnah Nabi,baru lah kehidupan m'jadi murni. Nabi saw : siapa yang mencintai aku, dia akan bersama dengan aku nanti.

Islam bukan a way of life tapi the only way of life.



kenapa sunnah Nabi dah tak ramai amal? sebab kurang nya dakwah..
tahlil berjalan, majlis berjalan, tapi dakwah tak berjalan.
orang Jepun, Korea memerah otak utk bagi ketenangan dan kesenangan pada dunia, kadang2 sampai bunuh diri klu tak berjaya .
sedangkan orang Islam hanya perlu hidupkan sunnah utk bahagia,tenang dan berjaya.






BILA HIDUPKAN SUNNAH NABI SAW, BARU LAH BOLEH REJECT LIFE STYLE LAIN!
ALLAHUAKBAR!







Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan