Jom Solat Jemaah

Selasa, Februari 28, 2012

Senam utk sihat..mudah beramal ibadat..inshaALLAH..

Salam perkenalan dari Zaki Khan. Mungkin ada yang tak pernah dengar nama Zaki Khan. Dulu rajin menulis guna nama jackie. Kini tukar ke Zaki Khan. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih peribadi di beberapa gym terkemuka di Malaysia, pernah jadi jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah Dato Azalina dulu, banyak bercakap pasal kecergasan, dan kini sebagai seorang terapi senaman. Apa yang dicoretkan adalah dari pengalaman dan ilmu yang ada. Saya mungkin baru dalam industri ini, baru 11 tahun. Blog ini ditulis dalam bahasa melayu dan english. Ok, pertama sekali, apa komen saya tentang industri ini? This is a 'bitchy industry'. Well, you know what i mean. :D. Apa itu senaman? Bagaimana bersenam? Kenapa perlu bersenam? Sapa yang patut bersenam? Dan pelbagai lagi soalan2 lazim mengenai senaman. Harap2 sedikit sebanyak dapat membantu kepada sesiapa yang memerlukan. Jika ada pendapat yang mungkin bercanggah, sila kemukakan.

Adakah pagi ini kita bangun tidur, tengok cermin dan terkejut, 'eh, aku dah gemuk? semalam kurus je'. Banyak dari kita sebenarnya tak sedar, tak sedar diri dah gemuk, tak sedar bila jadi saiz macam tu. Bila sedar? Bila pasangan kita, suami/isteri, bf/gf tegur, 'eh, ko dah gemuk, diet la sikit'. Atau mungkin sedar bila tengok kawan-kawan kita semua dah berpasangan, masa itu baru lah terfikir, 'gemuknya aku, patut takde lelaki/perempuan yang minat'. Atau mungkin sebelum ini kurus, dah kawen, lelaki cari perempuan kat luar, mana taknya, sebelum kawen badan macam gitar, lepas kawen macam tong drum. :D (Sebagai seorang laki, saya sendiri pun sukakan kecantikan, :p)

Bila dah sedar, mula lah kelam kabut, 'diet' somalia, tak makan apa-apa, puasa, macam-macam jenis diet dicuba. jiran sebelah rumah cakap, 'ko amik product ni, boleh kurus', kawan pejabat cakap, 'ko sapu krim ni, pecah lemak', mak sedara cakap, 'ko pergi slimming center, boleh kurus', tapi berapa ramai pulak yang cakap, 'bersenam, jaga makan, cukup rehat'?. Ada lagi ke yang nak bersenam? letih lah bersenam ni. Sebab itu kut bila orang offer atau 'share' bak kata orang MLM, terus bertanya, berapa harganya product ni?

Macam mana lemak boleh terbentuk? Proses membentuk lemak terlalu kompleks, Apa yang dimakan seharian akan ditukar melalui proses pencernaan yang bermula di mulut. Makanan yang dimakan akan ditukar ke bentuk glukosa dan dibawa ke salur darah. Bila paras glukosa menjadi terlalu tinggi, pankreas akan merembeskan insulin. Insulin berfungsi untuk menukarkan glukosa berlebihan dalam bentuk glikogen untuk disimpan. Glikogen berlebihan akan dibawa ke hati dan yang lebih akan disimpan dalam bentuk tisu adipos. Untuk perempuan, tisu adipos banyak terdapat di punggung dan peha. Lelaki di perut kebiasaannya




Jadi dengan proses yang rumit untuk membina lemak, adakah anda fikir lemak dapat dihilangkan dalam masa 5 minit dengan menyapu krim? Atau makan pil ajaib untuk hilangkan lemak? Lemak tidak dibina dalam masa 5 minit, tapi mungkin 5 bulan, 5 tahun. Gila apa nak hilangkan hasil kerja kita selama 5 tahun membina lemak dengan sapu krim 5 minit. :D. Tiada produk setanding bersenam dan jaga makan. 'Exercise is Medicine'

sumber:zaki khan phenomenom



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan