Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Rabu, November 14, 2012

Berhati-Hati Di R&R

cerita yg lobai dpt dari email yg kwn hantor..sekadar berkongsi..mungkin bermanfaat bg kite pada suatu hari nanti..inshaALLAH...
cerita nie dari  
http://www.isuhangat.net


Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.
Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung
duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.


Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-cond masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.
Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku??
Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.
Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.
Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung
dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut
setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta
yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi
menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik?..agaknya
Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam.
Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.
Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
iv. Amalkan prinsip keselamatan ?turun dan kunci? serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
vi. Jangan cepat panik ? ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah ?keselamatan?
vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan ? utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) ? Emergency Code
ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)
Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa Berwaspada sepanjang perjalanan?. Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)


kredit: Gobiraj Charles Jeyaraj (c.a)



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Januari 13, 2012

Suami, isteri dan laman sosial

Suami, isteri dan laman sosial
On 20/12/2011, in Islam, by syahirul

Salam ustaz, saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya di bawah:

1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).
Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).
Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).
Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).
Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).
Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).
Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).
Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).
Wallahu a’lam.


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, November 10, 2011

Anakku Permata Hatiku

sbelum berceloteh panjang, lobai nk mtk maaf lame tak update blog. lobai brehat lame, terseliuh urat pinggang masa main gym.kifarah dosa la tu.

kali ni nak share my real story how i treat my children. yg mana betui hampa amik, yg mana salah mcm biasa la tinggai je dlm blog lobai ni yo.

dan sesambil kita duk didik anak tu, jangan lupa diri sendiri pun kena amal jugak yo. pastu salahkan ibu ketam padahal kita sendiri yg senget. betui tak

1) Ikhlas kan diri kerana anak ni AMANAH Allah...

sbelum pi jauh, lobai nak ingatkan diri lobai sendiri dan rakan taulan smua, anak ni bukan hakmilih tapi amanah drp Allah.maknanya kita tolong jaga bagi makan bagi duit bagi agama dan penuhi keperluan anak2 ikut syariah, tp dalam masa sama jangan harap apa2 balasan, jgn expect diorang akan balas jasa kita. sebab diorang tak mampun nak balas jasa mak ayah ni. diorang takkan dpt bayar smula duit2 harta2 dan pengorbanan kita kat diorang. jaga je anak2, didik je mereka mengenal Allah,, yang lain serah kat Allah. jangan juga harap diorang akan jadi apa yg kita bentuk dari kecik, kadang2 kita dah bagi yg terbaek dari ladang utk anak2 supaya mereka m'jadi 'orang', tapi jgn duk putus asa / kecewa klu diorang jadi antu tak jadi orang..Nauzubillah!

2) Bagi agama kat anak2 sejak dari kecil

didik anak2 mengenal Allah& Rasul sejak dari kecil lagi. ajar diorang cara solat, cara tutup aurat, doa-doa harian, mengaji Qur'an, zikir, asma Ul-Husna, semayang berjemaah tak kira di rumah/masjid, dengar ceramah agama, dan mcm2 lagi lah. inshaAllah ini je bekalan yang berguna utk diorang bila kita dah takde nanti.

p/s: bonus lagi klu ada mak ayah yg tahu buat Taalim ..iaitu berkumpul skejap dan baca kitab Fadhilat Amal. biasa nya bini lobai akan bantu lobai buat taalim lah klu lobai pi jemaah kat masjid. inshaAllah anak2 akan lembut hati bila tiap2 hari kita citer kebesaran Allah.

klu yang nak anta anak2 jadi hafiz/hafizah Subhanallah, rahmat besar bagi seluruh isi rumah tu. tapi jangan paksa le..kena banyakkan doa juga supaya Allah permudah.


3) Settle kan hutang anak2

kita berhutang ke dgn anak2? bukan hutang duit tu maksud lobai, tp hutang amanah iaitu akikah, klu ada duit lebih tu buat juga korban. jangan lupa khatankan anak2 lelaki pulak ye. smua ni penting tau jangan duk tangguh2!



4) Sumber makanan yang halal

kenapa la anak2 kita susah dengar cakap, degil, buruk perangai, nakal? check smula sumber makanan yang kita bagi kat anak2 kita dari diorang kecik sampai la skarang. kena ingat , makanan akan jadi darah daging. makanan yang haram lah punca diorang jadi antu tak jadi orang. haram tu bukan maknanya arak& babi je, tp termasuklah duit2 yang kita dapat mcm hasil riba, curi, rasuah dll. klu rasa dah bagi anak2 makan dari hasil yg haram, cepat2 STOP ok! yang dah terlepas tu banyakkan berdoa supaya Allah ampun.

makanan yg digalakkan utk anak2: madu, kismis, air zamzam, kurma dan seboleh2 nya masakan dari rumah especially air tangan ibu nya bukan maid nya. masakan ibu yang disulam pula dgn selawat & zikir itu lah keberkatan yang kita tak nampak. anak2 akan lebih sayang pada mak ayah inshaAllah


5) Didik anak2 utk menjaga akhlak

-dari kecil asingkan tempat tidur/bilik anak2 lelaki& perempuan. ni amat penting. jgn terkejut klu lobai ckp org Islam kita banyak terlibat kes sumbang mahram, zina antara abang dgn adik pmpuan nya sendiri.
- ajar juga anak perempuan bertudung dan tutup aurat dari kecil. klu boleh pakai baju kurung/jubah lagi bagus. yg lelaki pula amal kan pakai kopiah, long sleeve shirt & suar panjang. wlu masa bersukan atau dlm rumah pun, jangan bagi diorang seksi meksi sgt. bila dari kecik kita ajar mcm ni inshaAllah sampai besar pun diorang akan malu utk buka aurat sesuka ati.
-menghormati orang tua, saudara mara, sahabat handai, jiran2, sesama Islam dan juga bukan Islam pun dikira menjaga akhlak juga. jadi pandai2 le korang didik anak korang yo.



6) Quality time for family

ramai antara kita anak2 makin ramai maka kita pun makin sibuk nak cari duit utk sara keluarga, last2 tak sedar yg anak2 tak cukup kasih sayang. Allah takkan bagi kita smua benda. hampa nak keluarga ke nak kerjaya? pilih antara satu je.

lobai pilih keluarga, pilih utk jaga quality time bersama anak2 lobai, sbb lobai sayang kan diorang kerana Allah. so tak pa duit poket lobai nipis je pun asalkan hati anak2 lobai bahagia inshaAllah.

klu ada duit skit2 skali skala tu bole le bawa diorang tengok wayang ke pekena pizza ke pi jalan umah opah ke. jgn kedekut plak. klu xde duit takpa, duk umah diam2 main tudung botol, mtk bini masak sedap skit utk makan ramai2. jimat kan? too many ways to follow, it's your believe. klu rasa tak mampu nak korbankan overtime sabtu ahad utk kuarge, maka terpulanglah, kuarga hampa jgk. tp ingat, klu dari kecik kita didik anak2 mewah dgn duit, maka anak2 dunia yg kita dpt bukan anak2 akhirat.


7) Wrong is still wrong in what way it is

kalau salah, tetap salah jgn buat2 kata betui utk jaga hati anak2. betul lobai tahu korang syg anak2 tapi kena jadi realistik jgn hidup atas angin. jangan sedapkan hati dgn berkata , tak apa anak aku masih kecil, dah besar nanti baru ajar dia apa betul apa salah. salah tu!kadang2 anak2 kita bergaduh dgn anak jiran pun kita pi marah anak orang, padahal anak kita yg cari pasai.
jangan salahkan anak2 plak bila dah dewasa nanti diorang tak jadi mcm apa yg hampa harapkan. sbb dari kecik diorang tak dididik utk merasa salah. tapi dengan syarat, bagitau reason kenapa benda tu salah. jangan hukum tanpa sebab yo.

tapi bila anak2 kita buat benda betul, puji le sikit..asbab pujian tu makin bersungguh anak2 nak jadi orang baik. inshaAllah



8) Anak2 derhaka ke atau ibu bapa derhaka?

confuse eh? jangan pelik dgn words IBU BAPA DERHAKA. so, sbelum anak2 derhaka kat kita, baik kita jgn derhaka kat anak2 yo.

cth nya klu kita taknak anak isap rokok, kita sendiri pun kena berhenti merokok lah. ni experience lobai yo, sbelum lobai betul2 brenti merokok dulu, lobai adalah perokok tegar. tp sampai skrg sorang anak pun tak tahu lobai ni merokok. sbb lobai meyorok tiap kali nk merokok.

lobai tak penah tak pakai baju depan anak2. supaya anak2 tahu adab berpakaian.

lobai pi jemaah kat masjid, supaya anak2 pun ikut ke masjid inshaAllah.

lobai dgn org umah lobai tak bermanje lebih2 depan anak2, supaya anak2 pun tahu erti 'malu'.

dan bnyak lagi le klu nak di list kan. niat nya bukan nak riak tp utk peringatan lobai sendiri juga.


9) Jadilah kawan yang setia utk anak2

pecaya lah, tak ada anak yg tak nak dibelai oleh mak ayah nye...jadi kita sbg orang tua ni kena jadi peneman mereka semasa susah/senang. jangan sampai kawan2,pakwe atau makwe diorang yg amik alih tempat kita di hati diorang. sbb once diorang rasa kosong tanpa mak ayah, diorang akan cari peneman lain utk ganti kan kita. bagi lah masa sesibuk mana pun korang. cium lah pipi diorang. peluklah anak2 selalu.message/call lah anak2 kita selalu. buang ego kita klu ada selisih faham. JANGAN TAKLUK DIORANG, TAPI FAHAMI LAH DIORANG, NEGO LAH DENGAN DIORANG. so kita lah penawar suka duka anak2 selain Allah inshaAllah. jadi lah kawan baik anak2 kita.

akhir kalam, lobai doakan semoga kita smua para ibu bapa mendapat anak2 yg soleh dan solehah. sbb doa anak soleh dan solehah ni lah antara tiket utk ke syurga suatu hari nanti inshaAllah.



10) 10 pesanan Luqman Al-Hakim pada anaknya..
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.
1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.
2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.
3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.
4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.
5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT
7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.
8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.
10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.





















Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, November 01, 2011

kolot kah jika menggunakan cara lama utk didik anak2??

  
mummy daddy.. panggilan yg moden. lifestyle pun moden. speaking London je. daughter kuar malam balik pagi, night club, skirt atas paha, rambut color merah, kete BMW...tak apa dia dah besar. son plak mcm chipsmore skojap ada skojap takde kdg2 tak nampak batang idung, org cina kata nan buti qui buti qui..nak kata org tak mcm orang nak kata antu bukan antu!.
tapi ofkos la bangga parent bangga dpt anak2 modern, hidup cara modern..
rumah i sejuta tau. daughter i baru balik london blaja kat ngeri omputeh, tgok la rambut dia ,very the colourful..my son? ofkos la engineer. ape kelas kerja gaji murah2. my husband? outstation, banyak bisnes oversea. my wife? oh my wife balik lewat mlm ni, ada gathering dgn club dan persatuan.
rokok kadang2 boleh share 1 family. mummy daddy daughter son...sharing is caring lol:)





the situation we got here is...the modern slaves.. HAMBA KEMODENAN.
tapi sebab mengejar arus kemodenan yang semakin lama semakin laju ni lah kita tak terkejar!
yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran!






tak ape kan mak ayah dikatakan kolot semata2 menggunakan cara lama utk didik anak2??

mcamane kolot pada pandangan masyrakat moden skrg?

klu panggil abah mak @ ibu ayah @ umi abi takpe kan...mmg la tak nampak moden tp tak salah kan.
sbb moden ni bukan dari segi title tapi biarlah fikiran kita yg seiring dgn zaman.

kalau anak dari kecil sampai besar kita hantar dan ambil tiap kali diorang nak kuar jumpa kawan tak pe kan? tak bagi kebebasan? bukan tak nak bagi kebebasan, tp tak nak diorang rasa berani dan dah biasa dgn sesuatu, nnt diorang akan cuba yg lagi advance. biar kita tahu aktiviti anak2 wlu umur dah besar panjang. selagi tak kawin tu selagi tu lah mak bapak kena jaga anak2 dgn rapi.
klu diorang nak gi shopping, g lah dgn mak dan adik bradik yg lain. takyah ajar diorang shopping dgn kawan2 sgt. jangan sampai kwn jd kuarge, kuarge jadi lawan.
disiplin kan anak2 dgn mintak izin/permisi mak ayah dulu klu nak ke mane2. even diorang dah besar panjang study kat oversea pun cube latih diorang inform kat parent klu nak ke mane2. dan cuba jgk terhad kan pergerakan anak2 dari kecik lagi. kalau tak betul cakap je tak betul. tapi dengan syarat kita explain pada anak2 kenapa kita buat mcm tu. tujuan apa kita buat mcmtu. jangan bagi diorang rasa dihukum dan dikongkong tanpa sebab. sebab anak2 akan compare jgk dgn kwn2 lain , kenapa kwn2 lain diberi kebebasan tp diorang tak. so masa ni lah cabaran skit utk mak ayah supaya dapat menjelaskan yg kita buat tu utk menjaga mereka, kat luar sana mcm2 ragam manusia yg belum tentu akan bawa mereka ke jalan yg betul je..

cuba buat undang2 pkul 7 ptg smua dah kena ada kat rumah. klu lewat je denda. tapi parent kena pandai main psikologi la jgk. takkan la budak tu lewat 10 minit pun kita nak bebel sesuatu yg tak setimpal dgn kesalahan. hah ni satu lagi buat kaum ibu. cuba jangan terlalu kuat membebel, bukan anak2 je rimas, bapak nye skali pun tutup telinga la! bercakap sesuatu biar utk bagi tunjuk ajar dan teladan utk anak2, supaya diorang tahu diorang buat silap dan lain kali apa yg betul patut diorang buat, tp dlm masa sama tak mengguriskan hati anak2. masa diorang salah, mula la kita membebel. tp klu diorang buat betul takde la sebarang recognition. cuba la puji skit anak2 tu supaya diorang rasa dihargai.
so, change ok!

                                                           puji anak-anak juge jgn mare je:)


klu kat tempat kenduri anak2 kita ada buat salah, jangan tunggu sampai balik rumah baru nak tegur kesilapan anak2. panggil diorang elok2, bagitau apa yg betul nya dan tang mana salah diorang. kenapa kena bgtau segera? supaya anak2 tak set dlm minda diorang, klu gi kenduri je boleh buat salah booleh langgar disiplin sbb mak bapak takkan tegur diorang depan org ramai. NO, SALAH TU! so, MAKE A FAST STEP, JANGAN TANGGUH!






Tak pe kan tak ajar anak2 games cecanggih cam PS2 dan segala segi games kat tenet? kolot? tak kisah la nak kata kita kolot tak, anak kita bukan anak orang tu pun. biar anak2 lasak , bagi diorang gi main bola, bersukan, lumba lari, jogging, ape2 saja aktiviti ko-kurikulum di sekolah atau universiti. jangan galakkan diorang terperap je kat rumah dgn games yang tak bermanfaat. games2 cecanggih tu merosakkan mata dan otak je. badan anak2 pun lemah. lame2 jadi lembam, lembap + tembam! biar diorang lasak, keluarkan peluh. klu sangkar ayam bandar yg lori bawak tu jatuh kat tepi highway, ayam bandar tu akan duduk je atas sangkar tu tak buat ape2. tp cube ayam kampung, skejap je berdesup hilang ntah ke mane dia lari. maknanya biar anak2 kita cerdas dan cergas.


klu diorang bagitau result exam kat kita, takpayah la nak hempuk diorang dpan kawan2 sekolah. bukan nya boleh ubah result tu jadi cemerlang pun! cakap je GOOD...but lain kali boleh improve lagi.. tanya anak2 kita tang mana diorang rasa tak brape nak cerdik, subjek apa diornag rasa tak bape nak paham! tanya apa dorang nak. nak tusyen ke, ak buku latihan lebih lagi ke, nak berguru ke, nak study group ke..so usahakan! duduk bersama2 diorang masa diorang dalam susah. jangan keje nak marah nak hukum je mentang2 kita ni mak bapak, bole guna kuasa veto la, banyak cantek muka lu. Allah bagi pinjam utk korang jaga la bukan nya hak korang pun.amanah tu.kena jaga elok2 klu tak nak kena soal dgn Allah masa kita pulangkan anak2 tu nanti. Ingat ni!


ajar diri utk kawal marah walau kadang2 marah sgt dgn kenakalan budak2 ni. kita kena ingat diorang ni kadang2 badan je bosar tp otak kecil je. so tugas kita kena mendidik supaya anak2 berada di right track ok! bgtau diorang masa depan jauh lagi, yang lepas tu jangan duk kenang2 sangat, yang penting START THINKING WHAT TO DO FOR YOUR FUTURE, START PLAN FROM NOW! list down kat mana diorang lemah, tang mana kita boleh bantu..sediakan utk diorang 4M tu...MAN, METHOD, MACHINE, MATERIAL, pandai2 la korang asing2 kan by grup 4m ni. klu utk contoh MAN..klu diornag ni tak pandai Math, cube la cari spupu sapapat diorang yg terer Math utk ajar anak kita ni. Machine plak anggap la cam kalkulator ke alat tulis ke. so kita sediakan la. ni dari segi study, dari segi akhirat pun jangan lupe plak. klu dorang tak reti ngaji Quran, anta la ke ustaz ustazah yg boleh ajarkan. itu lah cara nya. tak apa nampak cam kolot semua benda hal anak pun kita nak control je...tapi ni je cara nya klu nak anak kita jadi orang.



dengan anak ni macam main PULL & PUSH dgn kite le. lelayang la mcm kita main kat kmapung ms kecik2 dulu.. kita nak bagi dia terbang tinggi tp dlm masa tak nak bagi layang2 tu terlepas. dlm masa sama juga kadang2 kita kena tarik slow2 , kita tak boleh biar dia terbang dan tarik mengejut tiba2. main layang2 ni kena pandai psiko jgk mcm didik anak2. klu zaman dulu mak bapak boleh order anak mcm2 sbb anak2 zaman dulu smua patuh je. tp zaman moden ni kena rapat dgn anak, kena jadikan diorang kawan kita. kena pandai main tarik tali dgn diorang la. guna konsep layang2 tu. kita nak dirang berjaya tp dlm masa
sama tak nak tersasar, kita nak kawal diorang tp dlm masa sama taknak
                                                       mengongkong. so mak bapak kena pandai main peranan.

kalau anak2 berfacebook, mak bapak pun terpaksala berfacebook jgk. bukan minat sgt pun, tp utk tahu ape aktiviti anak2 kita dlm tu. klu ada bahasa kasar ke diorang guna dlm fb tu sesama kwn2, kita kena segera tegur .sbb itu imej keluarga, imej mak ayah. cara anak2 kita berkelakuan tu adalah hasil didikan kita jgk. tu je bkan susah sgt pun.




nak didik anak2 ni bukan kena kerja keras pun tp kena kerja smart but consistent , dlm Islam panggil ISTIQAMAH iaitu berterusan. ada sesetengah mak bapak ni masa anak2 kecik diorang biar je anak2 tu buat ape saja, tak budak2 lagi takpe kecik lagi. salah tu! merentung buluh biarah dari rebung nya. dari kecik sampai besar, salah tetap kena tegur kena baiki. supaya bila besar nanti diorang dah hidup dalam sistem yg kita create utk diorang. idup kena ada disiplin tak boleh main langgar je!

ok, gua chow dulu...yg mana baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan.
tak pe org nak kata kita didik anak cara kolot pu. kita tak nak jadi hamba kemodenan tp anak2 punah ranah. biar keluarga kita idup sederhana makan pakai pun, asalkan didikan, disiplin, adab, tatasusila and especially agama anak2 kita cukup kita bagi utk bekalan diorang di masa2 depan .inshaAllah















Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah