Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label rumahtangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumahtangga. Papar semua catatan

Khamis, April 05, 2012

Kupasan dari lobai tentang masalah PERCERAIAN!

Seorang rakan datang mengadu dan meminta bantuan kerana isterinya menuntut CERAI daripadanya. Bila ditanya kenapa, si suami menjawab dia tidak tahu apa punca sebab mereka tiada apa-apa masalah selama ni. Suami menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah zahir batin kepada isteri, tetapi isteri mendakwa tidak mendapat kasih-sayang dan perhatian secukupnya dari suami.

Jadi untuk membuat sedikit kajian, antara soalan yang ditanya oleh lobai ialah:-

1) Adakah isteri mempunyai hubungan dengan orang lelaki lain
Jawapan: Tidak

2) Nafkah bagi tak pada isteri?
J : Bagi lebih kurang RM100 bergantung kepada ekonomi bulan tu sebab gaji kecil.

3) Masa spend dengan isteri macamane?
J : Terpaksa kerja sabtu ahad overtime, untuk tambah ekonomi keluarga.

4) Balik kerja pukul berapa tiap-tiap hari?
J : Balik malam skit sebab rumah jauh.

5) Ada anak-anak?
J : Tiada

6) Berapa tahun kahwin?
J : 3 tahun

7) Isteri kerja? rumah siapa bayar? kereta?
J : Isteri kerja. rumah sewa suami bayar. kereta nama isteri dan isteri yang bayar.

8) Sudah berapa lama isteri minta cerai?
J : Dah hampir 3 minggu. sekarang isteri berada rumah ipar memandangkan keluarganya menggalakkan kami berpisah.

Selepas membuat kaji-selidik, lobai dapat mencari sedikit punca permasalahan.

1) Dari segi komitmen tak terlalu tinggi memandangkan belum ada rumah sendiri dan belum punye anak-anak. Suami isteri pun bekerja makan gaji dengan purata income mencecah RM3k atau lebih setiap bulan. Tetapi , adakah duit yang menjadi syarat untuk bahagia? Sebab, jika duit jadi syarat, sikit duit sikitlah bahagia, takde duit, takdelah bahagia..inilah formulanya, simple sahaja. Isteri kena fahamlah suami kurang ekonomi , jadi jangan duk push laki kita cari duit banyak sebab nanti kita gak merana sebab tak cukup perhatian ..Suami pula dari awal lagi janganlah didik isteri/anak2 hidup mewah.didiklah diorang hidup sederhana cukup sekadar yang ada.sebab bila kita takde duit nanti jangan salahkan diorang la jika kita ajar diorang mewah.


2) Quality time untuk family sangat penting kerana masa tu lah kita nak berbincang, nak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul, nak tanya khabar pasangan masing-masing, nak dengar luahan hati, nak bergurau-senda, nak beramah-mesra dsb..jika waktu di tempat kerja lebih lama dari rumah, maka kahwinlah dengan ofis anda jangan kawin dengan pasangan, sebab anda lebih cintakan ofis dari pasangan sendiri..betui tak apa lobai cakap ni? betui kan:)

3) Anak-anak juga menambah seri dalam sesebuah rumahtangga. Jadi dari duk spend masa kat opis tu, baiklah spend masa kat rumah kan. (faham tak maksud lobai ni?:)) Rezeki akan bertambah nanti jangan duk risau, orang tua-tua cakap rezeki anak-anak. Kalau dah usaha tak dapat juga, usahalah lebih lagi..jumpa doktor, usaha rawatan, kaji pemakanan dan diet keluarga, dan jangan lupe yang paling penting doa lah tanpa henti dengan Pemberi nyawa iaitu Allah SWT..ada buat tak smua ni? so jom kita baiki.

4) Jika balik pun lewat malam, bila masa pi solat jemaah kat masjid? sedangkan seorang pemimpin (suami) afdhal solat jemaah masjid. ini punca rezeki dan keberkatan sebenar. di masjid pula sumber segala ilmu agama, dan bila suami balik rumah share pula dengan isteri, barulah rumahtangga bahagia..Isteri pula mendidik anak-anak menjadi anak soleh. Maka senang tugas suami, keluar urmah untuk pi kerja pun hati tenang sebab meninggalkan rumah dalam keadaan stabil dan selamat. Kalau isteri takde agama, runtuh rumahtangga..keluar kerja pun pakai cantik-cantik sehingga menarik perhatian lelaki lain dan menimbulkan kecemburuan kecurigaan suami, pada orang luar pula aib suami dijaja tak dijaga, inginkan kehidupan senag-lenang terutama bila tengok jiran tetangga sofa mahal, kereta mewah, rumah cantik, rajin pi melancong..Jika terdidik dengan agama, isteri dengan sendiri redha dengan susah senang suami..jika suami bagi onkos lebih sikit masak sedap sikit jika suami takde duit pakat2 puasa, tak pun isteri yang bantu support kewangan suami..

5) Jangan taksub dengan pandangan masyarakat sebab umat Islam akhir zaman ni bagaikan buih di lautan. Orang blum kawin ditanya bila nak kawin, org da kawin ditanya suami kaya tak, bila ada anak ditanya bila nak anak ke 2 pulak, bila anak besar ditanya bila nak dapat menantu, bila dapat menantu ditanya bila nak dapat cucu..soalan masyarakat ni takkan pernah habis. masalahnya soalan-soalan tu bukan berniat baik tetapi lebih kepada nak buat penilaian pada pasangan suami-isteri tersebut. Jadi jangan duk ambil kata-kata orang tu sehingga menjadi punca pergaduhan kita laki bini. Nak berjaya, pandang ke belakang, tiru kehidupan Rasulullah dan para sahabat iaitu semasa zaman kegemilangan Islam. Mereka hidup penuh zuhud, masa pula banyak dikorbankan untuk membela agama Allah, tapi kerukunan rumahtangga masih tip top. Tak macam orag kita sekarang, 15 MINIT 1 PASANGAN ISLAM BERCERAI (menurut kajian JAKIM statistik perceraian rumahtangga tahun 2009 dan pada tahun 2011/12 ni dijangka peningkatan makin tinggi) ...Astaghfirullaahalazim...1 angka yang membimbangkan!

6) Terus menyayangi mak-ayah dan adik-beradik kita mcam selalu, tapi jangan membenarkan orang luar masuk campur urusan rumahtangga kita..cuba minimize kan mengadu masalah pada keluarga terutama para isteri-isteri ni yang suke benor citer aib suami kat mak bapak atau adik-beradik. Once keluarga kita mula rasa curiga/tak suka pasangan kita, maka bila bergaduh akan jadi lebih teruk bukan menyelesaikan masalah. kebanyakan mak ayah akan menggalakkan pasangan bercerai kononnya kerana sayangkan anak mereka. tapi tak difikirnya sampai bila sangat kasih-sayang mak bapak tu boleh melindungi anak-anak..syurga isteri dengan redha suami.





7) Setiap permasalahan, rujuklah kepada Qur'an dan sunnah sebagai guideline. Selain minta doa, rajin-rajinlah beribadah kepada Allah, solat jemaah, solat-solat sunat, bersedekah, berdakwah, bawa anak bini mengunjungi rumah Allah selalu, taalim-ta'lum, banyakkan membaca kitab-kitab dan bahan bacaan agama. dan bertawakkallah kepada Allah.

Selain rajin berzikir dan berselawat, antara doa yang boleh lobai rekemen kan ialah:-

1) Doa kerukunan rumahtangga:-


2)Doa mendapat zuriat yang soleh-solehah:-
  



     “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)




Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Oktober 28, 2011

Sebab perempuan lebih ramai masuk neraka

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)



Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam
Al-Bukhari)




Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

*sumber ..lenggangkangkung.blogspot




Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Rabu, Oktober 12, 2011

Pengorbanan PERMAISURI hati ku...

"Suami ni sahabat baik yang paling boleh dipercayai"kata-kata Zaujah ku..


                                              

 i LOVE my ZAUJAH:)
-bukan gambar sebenar.gambar zaujah lobai yg sbenar ofkos le utk lobai jo bukan utk tatapan umum.
jgn mare:)

STORY ZAMAN MUDA2 REMAJA

sbelum lobai berceloteh panjang, lobai nak story kan skit history percintaan kitorang zaman muda2 dulu ye..adus, romantis la plak! :)

org umah lobai ni asai dari kampung, dtg keje kat bandar. terserempak plak dgn lobai ms dia jalan kaki nak pi keje.geng2 rempit lobai kata, awek ni la paling payah nak mengurat (jgn buat muka tekejut plak. lobai dulu penah jadi mat rempit.lain kali ya story yg ni)  awek ni org panggil pun buat dek je, berjalan laju tunduk mcm nak cium jalan. so lobai ape lagi, hero Malaya pantang dicabar wo!  yg sonang dapat ni biasanya sonang mat motor mcm gua ni nk lepas,, yg payah dapat ni susah nak lepas!




so lobai pun tiap2 ari tunggu dia kat tepi jalan. kdg2 follow sampai tmpat kije. dia buat dek je kat lobai! kadang2 tgok lobai mcm tgok antu, siap lari lagi!hampeh sungguh minah ni! geram jgk weh.




tapi nak dijadikan crita, 1 ari lobai duk follow awek lobai (skang da jadi bini la.xpaham2 jgk ye:)) tp dia STOP TIBA-TIBA! dia kata, boleh mintak tolong tak?? lobai pun apa lagi, kembang kuncup jap dada,, awek yg kita duk mengurat baru nak bagi respon! agak nya nak mtk tumpang motor kot:) ye cik adik, abang sudi tolong..apa dia ye...

NAK MINTAK TOLONG, TOLONG JANGAN GANGGU SAYA LAGI BOLEH TAK???

adush...huhu..MALU NYE GUA!


tapi dah ditakdirkan dah JODOH KAMI la kata kan, muka yg mcm pecah rumah ni jgk la jadi PUJAAN HATI dia!!! hehehe. Alhamdulillah syukur pada Nya menghadiahkan lobai seorang isteri pendamping setia di kala susah senang, teman dunia akhirat inshaAllah...






already married punye story plak ye!

Taat nye zaujah pada lobai..

klu lobai kata A, selagi tak menyalahi syariat, maka A lah dia pun..tak ada istilah degil dlm kamus zaujah lobai.
klu dulu zaman muda2 remaja ,rock2 seksi meksi tu ada lagi. tp bila dah kawin ni zaujah boleh ikut permintaan lobai suh dia bertudung litup. mesti la lobai jeles kan klu dia expose utk org laki len. (BAB1 je takde cemburu/jeles, tak kisah org len baham pasangan dia pun.maaf kasar skit, lobai suke citer direct ni senang nk bg org paham) dan Alhamdulillah asbab zaujah rajin ikut lobai ke masjid, dia dah boleh mengenakan pakaian muslimah sejati bertudung labuh dan berjubah. semoga zaujah diberkati Allah atas usahanya mendekati Allah..

Zaujah bangun pukul 4.30 am setiap hari untuk lobai :-
rumah lobai jauh dari tmpat keje..klu bwk kete usang lobai tu
(lobai suka pggil jerung, sbb ada sticker jerung kat keta.nmpak ganaz skit.hehe),kurang lebih 45minit jgk la with normal speed without jammed. sbb umah lobai kat puncak segala alam.


jadi supaya lobai ni cukup makan before turun rumah, tiap2 ari pkul 4.30 am tu bini lobai akan bangun sediakan sarap (after Qiam inshaAllah..smua ni lobai didik dari awai lagi.semoga dia istiqamah). klu isnin khamis plak dia sediakan sahur utk lobai dgn anak2, jadi kami dpt buat pose sunat dgn jaya nya ari tu.
klu korang blum mule lagi pose sunat setiap isnin khamis, boleh la mule dari skrg. didik anak2 dan org rumah supaya banyak kan amalan sunat, mudah2 an menjadi bonus utk seisi kuarge masuk syurga! Allahuakbar!

zaujah harungi kehidupan sederhana bersama lobai:-
lobai ni org susah.tak kaya pangkat mahupun harta. nak bagi emas & permata buat isteri tu mintak maaf la tak dapat. ikut hati nak bagi sorang maid utk membantu zaujah lobai. tapi blum berkemampuan. anak plak mcm askar ramai nya. kehidupan kami sederhana saja. klu dapat makan sodap pun sebulan sekali aja itupun time gaji la. zaujah lobai suke masak sendiri. jimat kata nya. al maklum la anak ramai. tapi zaujah usaha la masak sodap2; nasi lomak, bihun sup, sup tulang, sup ekor, capati, soto, karipap, asam pedas ikan pari, ikan stim dan mcm2 lagi la. masakan istri ni boleh mengikat hati suami utk berada di rumah jgk tau.
nak UP lagi, zaujah siap blaja cara buat teh tarik mamak lagi utk lobai, so takyah lagi lobai buang masa lepak kat mamak kan. dia nampak plak lobai suka spageti, zaujah blaja plak cara masak spageti ,padahal dia org kampung, xbape nk reti la masak2 western ni. tp sodap sehingga menjilat jari jgk lah Alhamdulillah:)


zaujah basuh kain pun pakai tangan ja. bayangkan nak basuh kain kami seisi rumah, org len dah ada mesin basuh cecanggih, kita plak duk sental kain dgn tangan tiap2 ari, sampai haus tangan.. tapi apa jawapan zaujah lobai? tak pa la yang, tiap kali sental kain tu dapat la skit bekalan akhirat.kain pun lebih cuci klu sental sendiri ni, boleh belek satu persatu.
Allahuakbar. semoga jari jemari zaujah yg haus menyental kain, masak, kemas umah, dan menguruskan lobai&anak2 ini lah nanti akan menjadi saksi di akhirat, membawa zaujah ke syurga Allah!
                                
zaujah sudi temankan lobai dalam susah maupun senang;-

kami rajin jgk pi tengok wayang ni. satu hari tu hujan lebat, parking plak jauh dari tempat berteduh. lobai mtk zaujah turun dulu gi berteduh, nanti lobai akan menyusul lah after parking, sbb tak nak dia basah kena hujan plak. tapi dia jawab, tak pe lah yang. senang skali, susah pun skali la..terharu lobai dengar.huhu. kami pun sama2 la pi parking kete, dan berlari2 anak ke tempat berteduh...Alhamdulillah..




klu lobai bagi rm100 utk minggu tu, 100 tu la yg zaujah guna utk sgala kperluan rumah. klu rm 50 ja, minggu dpan plak la baru zaujah tadah tangan mtk onkos nye. pandai2 lah dia cukup kan beli bahan2 utk masak dlm seminggu tu. klu barang2 dapur dah abes, tak ape la kami pose je la..sahur dgn kurma. buke pose karang mkn lah ape yg ada skit2 sorang. dpt pekena kopi O secawan pun rezeki dari Allah juga tu..




  
jadi korang yg senang2 ni mungkin lain la skit cara berbelanja tu. tp lobai nasihat kan jgn le didik bini dgn bermewah-mewahan sgt, ajar le skit diorang cara idup susah. Nabi saw pun Allah offer emas2 utk
mewah tapi dia tolak, Aku lebih rela hidup zuhud ya Allah..sehari aku makan, sehari aku lapar. dpt makan
aku syukur, smasa lapar aku redha.
zaujah mendidik anak2 lobai kenal&cinta Allah

nak arap kan lobai, mintak ampun, lobai koje..klu free pun sabtu ahad hujung minggu je la. itu pun klu takde program luar. sape yg jaga batalion lobai klu bukan zaujah? nak layan krenah anak2 kecil yg sedang membesar dgn mcm2 pe'el tu bukan sonang adik kakak abang oi. mcm urus taska! sorang nk tgok tv, sorang nak makan, sorang jatuh motor, sorang mcm mak nenek, sorang suke nangis! cube bayangkan dlm 1 masa mcamane nak urus sme hal ni! (mujur lobai je tak bnyak fe'el.betui ka? rahsia le.zaujah lobai je tahu psl lobai cukup le.hehe)
dan yg paling penting, zaujah sudi bantu lobai bagi agama kat anak2. tiap2 mlm lepas maghrib dia buat taalim dgn anak2. bercerita ttg kbesaran Allah SWT. melentur buluh biar lah dari rebungnya.wlu kadang2 budak 2 tu menguap ka terpinga2 ka zaujah buat dek je, meneruskan usaha menghabiskan taalim mlm tu. sekurang2 dpt keberkatan seisi keluarga inshaAllah.


Zaujah menjaga hubungan dengan keluarga lobai

mak lobai ni cerewet org nye. cara masak, cara idup, cara kewangan, mcm2 urusan smua mak detail, berhati2. ayah lobai plak cool je org nye. jadi zaujah lobai ni dari awal kami kenal smpai la skrg, sedaya mampu jaga hati kedua org tua lobai.mak suh potong bawang cara mak, zaujah follow. mak suh masak ikut cara mak, zaujah follow. birthday mak ayah lobai pun kadang2 anak2 sendiri lupa tp menantu kesayangan diorang ni jugak la yg ingat. tp dgn sendiri nya lobai pun rs sejuk hati dgn zaujah. mak ayah kita ditatang disayang mcm mak ayah dia sendiri. Alhamdulillah.tq Ayang:)
jadi kaum2 Hawa kat luar sane pun jaga lah kuarge mertua mcm kuarge sendiri ya.ni pun petua mengekal kan kbahagiaan rumahtangga.jgn duk halang sgt laki nak balik umah mak bapak diorang. klu laki bagi duit kat mak dia lebih dari bagi kat kita, biar la. kita redha smua tu, Allah bagi berganda2 kat kita nanti. sbb t/jawab org laki wajib pada ibu nya, baru pd istri. ni ada laki yg t'paksa tinggalkan mak sbb bini dia tak suka mak dia!salah tu.


Zaujah membuat PENGORBANAN besar!

lobai ni American style skit, lobaisoparuh la kata kan. ustaz yg tak dpt nak start2!plug rosak kot:) dari zaman muda smpai skrg lobai ramai kwn2 tak kira la ape jenis jantina, laki ,pompuan, au-au pon, pun gua ok aja. cuma nya klu kwn2 awek tu lobai suka kenalkan kat org umah le. b'kwn dn sapa pun, zaujah tetap didahulukan. yg salah konsep nya org kita ni, pantang jumpa awek dahi licin skit, trus lupa bini kat rumah! hampeh betul! lobai bukan ckp psl korang pun, ni pasai org len ler..korang baik2 jer.
ok, so, nak dipendekkan crita, sorang awek ni ding dang ding dong, setelah 6 tahun dia b'kwn dgn lobai & bini lobai,, dia berminat nak jadi yg ke2..lobai pun cube lah usahakan. awal2 tu susah jgk nak dpt approval. tp asbab slalu bwk ayang lobai ni ke masjid dengar ceramah2 ustaz, Allah pun buka lah hati dia utk terima kwn kitorang ni sebagai HONEY dia.

Kecik kah apa dia buat ni?? secara jujur, BESAR PENGORBANAN PERMAISURI HATI KU..
tak jeleskah dia?
Semua orang ada rasa jealous/cemburu, ape lagi bila nak berkongsi kasih sorang suami. tapi mcamane dia nak CONTROL JEALOUS tu. nak cari sorang dlm 1000 pun susah bini yg redha suami kawin sorang lagi ni. dan Alhamdulillah skrg, kedua2 nya boleh berkawan antara satu sama lain. lobai cuba bagi kasih seadil2 nya. jgn tanya lobai apa jampi serapah yg lobai amalkan.it'sot my style ok!
caranya, JADI DIRI SENDIRI JGN HIPOKRIT!

lobai tak arap ape sgt pun...arapan lobai cume, dengan redha kedua2 zaujah lobai ni, lobai dpt tenang di akhirat nanti. dan lobai redha pada dorang juga inshaAllah..semoga kami dapat bersama hingga ke syurga dan semoga lobai dapat menjaga amanah2 Allah ini dengan baik.


Akhir kalam, lobai doakan kuarge korang pun bahagia dunia akhirat..kt jumpa lagi di next story wokei..
mcm biasa la i luv Allah i lup you all.hehe:)
Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, September 29, 2011

Nak tambah sorang lagi bini? ADA BRANI KA???

WARNING!!
KEPADA SESIAPA KAUM HAWA YG MEMPUNYAI MASALAH KOMPLIKASI JANTUNG TAHAP KRITIKAL@ DARAH TINGGI TAHAP MELAMPAU@ BELUM LULUS LESEN MEMANDU @ SAKIT GIGI TAHAP GABAN @ SEDANG MENGANDUNG,,,,,DILARANG SAMA SEKALI MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH!! PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU SEBARANG PERKARA TAK DIINGINI!

What? U still wanna read this article??
NAK BACE JUGAKKK?? DEGIL BETUL la. OK lah, nak bace, bace lah! korang punye mata korang le punye hak. lobai lagi suke. I LIKE POSITIVE PEOPLE :) hehehe..
Idup kan kena positive, baru la power!! itu tak boleh ini tak boleh itu anti ini anti,,tak mencabar la idup ni.. betui tak apo lobai kato ni?? hehe



Nak tambah sorang lagi bini? ADA BRANI KA???

(topik ni dipilih sbb lobai ada janji kat previous artikel utk share tip2 bg tajuk di atas.jadi lobai tunaikan janji inshaAllah..kepada kaum Adam, baca dgn penuh tertib ,nak amal boleh, taknak amal suda!! dan kaum hawa lak, zikir & selawat dulu bnyak kali sbelum baco yo, supaya dpt berlapang dada & tenang bila baca tulisan lobai ni:) )


Nak tambah isteri/bini ni bukan kerja mudah. klu disuruh angkat batu-bata kat projek perumahan lagi senang angkat batu-bata drp tambah bini ni tau. ape korang ni pikir napsu je, pkir nk sodap je ye. mai lobai nak list kan ape yg engkorang mungkin lupe nak PIKIRRR ok!
dgn bertambahnya seorang lagi istri/bini, maknanya bertambah sebuah lagi keluarga, + amanah, + tanggungjawab yg mesti dipikul, + ujian hidup, +masalah yg perlu diselesaikan, + jadual dlm rutin harian, + kos sara hidup keluarga, + anak-anak, + hutang rumah, +hutang kenderaan t'masuk kos minyak, + tenaga yg perlu dikeluarkan, + masa yg perlu diuruskan...

dan segala segi tambah la. pendek kata klu sbelum ni kt jadi Perdana Menteri utk sebuah negara je lepas ni kena urus  2@3@4 kingdoms (dh jadi plural dah bukan singular lagi)...ADA PAHEM?? sbb tu lobai tanya awal2 lagi, hampa duk sibuk nak tambah bini sorang lagi ni ADA BRANI KA nak tambah jgk smua listed item yg lobai dah list kan secara simple kat atas?? so klu jwpn nya tidak, baik undur diri awal2 le jgn cari pasai wo!! hehehe.tahu pun takut. tadi bersungguh sgt nak tips ye (gurau je ni.jgn mare:))


tips 1

sbelum korang sbuk nk cari bini sorang lagi ni yg konon nya korang kata sbb nak amal sunnah Nabi, lobai nak cabar korang amal dulu sunnah2 kecik yg lain!
Solat awal waktu (bukan keje nak cilap cilup jo yg ni penting), jemaah kat masjid, pose sunat Isnin Khamis, ajak org buat kebaikan, termasuk kita sendiri pun kena buat baik, amal taalim di rumah dgn isteri & anak2( tak tahu ape tu taalim? nanti lah lobai crito lebih panjang di kmudian ari yo.pendek kata bercerita tentang kebesaran Allah dgn bini & anak2) , bangun malam utk Tahajjud ler jgn liat je dlm selimut...dan amal lah segala serba sunnah Nabi junjungan kita...ada brani ka nk sahut cabaran lobai ni wahai kaum2 Adam yg ada niat nak pasang satu lagi ni! (klu terkasar bhasa arap dimaap kan yo.lobai sengaja bukan tak sengaja:) supaya cepat skit masuk dlm kpala! nk tambah bini ni bukan benda main2!)


kenapa kena buat smua ni? supaya amalan2 kita yg sedikit tp ikhlas dan consistent ni la baru Allah permudahkan pintu rezeki, Allah buka jalan selebar-lebar nya..klu kita tak buat smua ni, bukan sj 2,3@4,, nak pimpin sebuah keluarga pun failed ler. bukan lobai nak menghukum, tp lobai bercakap pasal realiti. takkan kukuh sebuah keluarga yang tak menitikberatkan soal agama dlm kehidupan seharian.




tips 2:

JADI DIRI SENDIRI, jangan menipu!!

yg ni nampak jo sonang dibuat tp hakikatnya amat susah. jgn tekejut klu lobai bgtau ni,,ada org sanggup menipu identiti, boleh berubah imej,watak & rupa semata-mata nak sorok kan dari awek dia yg dia ni dah kawin! dalam 1 masa dia boleh ada 2 profile facebook, boleh ada 2 alamat rumah, boleh ada 2 no handphone, boleh ada 2 pekerjaan, dan lagi teruk, boleh jadi 2 watak berbeza dlm 1 masa. klu masuk OSCAR ni boleh menang anugerah PELAKON POPULAR ni! kat rumah jadi suami tp dgn awek je tetiba jadi mcm org bujang! mmg bujang pun, bujang 3 ya!ketuk baru tau!!
ni kisah benar tau bukan rekaan. yg lebih teruk nya bukan saja menipu, duit minah tu dikebas,body minah tu pun tergadai.lpas tu bwk lari anak org kawin kat sempadan. banyak cantik muka lu!


jadi la diri sendiri, buat ape nak tipu. bila mula dgn menipu, next next tu pun kena menipu jgk la utk cover tipu2 yg sbelum tu! jangan cari pasai wo! silap2 boleh botak kopala weh. klu dari awal bercakap benar kan sonang.org nak terima ke taknak dia pnye pasal la.bukan rugi pun xdapat kasih sorang awek.petik jari 10 yg datang la.hero Malay ano hal punye small matter je! lagi RUGI klu ALLAH TAK HINGIN KAT KITA (Nauzubillah ampun kan dosa ku ya Allah! aku alpa!)





tips 3

Build a STRONG BONDING between you & your first wife!

Bagi kasih-sayang secukupnya pd isteri. sentiasa wujudkan rasa harmonis dan romantis wlu dah berbelas @ berpuluh tahun kawin (bini lobai kata ms kitorg bercinta muda2 dulu, tak dpt tgok lobai, dpt tgok bumbung rumah je pun jadi la. ahaks, i like! jgn jelez tau!! kitorg masih bercinta mcm zaman muda2 dulu je wlu dah berbelas tahun kawin. ni baru kisah yg induk pertama, yg ke2 sabar dulu tau:)) ok, continue smula pd petua lobai nk bagi nih....tanggungjawab dlm rumah mesti kena settle. (klu barang dapur dh abes tu teman kan la bini gi beli klu kita free.jgn biar rmh 0 je makan minum pakai anak2 bini pun tak jaga, mcamane korang nk LULUS ni??)

kena jujur dgn bini, buat mcm kawan baik sendiri, susah senang tempuh bersama. dgn sape pun kita berkawan kat luar rumah, kena b'kwn jgk dgn bini kita. ni tak, dpan bini pijak semut pun tak mati, tp klu blakang bini je setan pun konpius knp mamat ni kuar tanduk cam dia je jgk! (maap yo terkasar skit, tp lobai bgtau benda real ni! boleh terima ke tak ni?)
apa yg lobai nak sampai kan ni, nak kawin 1 lagi bkn sonang,, korang kena bahagiakan dulu yg pertama, biar dia rasa kedudukan takhta dia sbg isteri terjamin&selamat.
kena bina BONDING (ikatan) yg kukuh dan kuat antara kita dan isteri. kita menjadi org yg paling dia percayai dan yakin.kita teman hidup dia dunia akhirat inshaAllah....


Kena bagi agama kat org rumah. guide dia mcamane nak jadi isteri solehah, taat & patuh pd suami. slalu bawak bini dengar ceramah2 agama, tazkeerah2 kat masjid biar dia bergantung kpd Allah 100% dan berlapang dada bila datang nya ujian. latih jugak dorang  untuk menghormati orang, jaga tatatertib sebagai seorang isteri dan menjaga akhlak dan maruah diri.


latih diri dan org rumah juga hidup bersederhana, tak terlalu mewah, tak boros, berbelanja ala-kadar. ini sgt penting. masa takde duit buat cara takde duit,, berkumpul besame anak2 bini lepak2 kat rumah, masak sendiri jer takyah beli kat luar,buat nasi lomak pekena kopi panas, kueh karipap ke..modal ciput je tp boleh jamu seisi rumah.betul tak? QUALITY TIME utk keluarga tu penting! klu rs ada duit lebih skit pi la beli Pizza HUt skali skala, jgn kedekut plak. ni blanje awekz takpe tp nk blanje bini anak2 pnye la berkira ye?? mcamane nak LULUS cepat klu prestasi dgn induk pertama pun FAILED? (lobai bgtau ni berdasarkan pgalaman ler bukan cerita rekaan.korang nak tambah bini ke tak ni? klu nak, bace dan amal petua otai ni! lebih2 plak lobai ni ye:))


hmm...1 lagi yg kaum Hawa kena tahu, bace elok2 perenggan kat bwh ni ok! klu xsuko lobai mtk maap awal2 lagi yo. lobai cuma nk bgtau ape yg lobai didik bini2 lobai je...

klu org pmpuan yg suka sgt make-up dan habis beribu riban rm utk beli alat make-up ni,, nk mintak tolong para suami silalah amik cermin dan bagi kat istri2, puji skit, bgtau yg diorang ni sbenarnya dah lawa (klu tak lawa tak de la kita ni nak tergila2 kan diorang betul tak?) mintak la istri2 yg keluar bekerja ke @ keluar dari rumah ke, supaya kurangkan skit mekap kat muka tu. klu tak pkai langsung lg bagus, NATURAL BEAUTY gitu! alat make-up ni perosak, mengandungi pelbagai bahan kimia merbahaya yg boleh menyebabkan punca kanser dan pelbagai jenis penyakit. jgn sebab nak nampak lawa  yg tak asli tu kesihatan bini2 korang tergadai! lpas tu bini dah sakit mula la nak cari yg lain je. kena tanya kaum2 pempuan ni kenapa suka sgt make-up? bagi lobai, org perempuan ni klu dia yakin dia cantik, dia dah takyah risau lagi nak touch-up2 muka dia. yg mana tak confident diri dia lawa je suka touch-up muka dgn alat2 make-up yg ntah ape2 tu. dah mcm opera rupa nya! dah la syok sendiri je duk rasa lawa make-up tebal2, walhal org tengok kt pun boleh sakit jantung tkejut! msalah nya bila bini bertabarruj keluar dari rumah, yang tanggung dosa nye suami jugak.betul tak? nak syg laki kat dunia je ke atau nak kekal sampai akhirat ni?? tepuk dada, tanya lah iman ok!

  

tips 4

lobai ni asyik crita bini pertama je bila nak bg tips tambah bini ni??

sabar la dulu jgn duk nampak sgt gatai tu! nak jadi hero Malaya pujaan ramai wanita ni kena la macho skit beb! jgn tunjuk sgt gelojoss kita tu!
mcm lobai bgtau sbelum ni la...klu dah berkawan dgn awek tu, bwk jumpa bini la.biar gentleman beb!ni baru jantan! takut? ape nak takut nye, bwk je dulu...kita dah didik bini kita jaga akhlak@ menghormati smua org kan tadi. lagipun dari kita duk berkawan senyap2 kat blakang, bini mesti rasa lebih selamat klu kita berkawan dlm pengetahuan dia. skali skala bwk la dorang g tgok wayang atau jalan2 ke utk eratkan silaturrahim...jgn lupe bwk jemaah kat masjid plak, ni asyik pikir nak berhibur je! bwk jumpa keluarga,mak bapak adik bradik kt yg lain jugak, biar smua org dah biasa dgn kwn kita ni. buat pelan-pelan dari masa ke semasa jgn kalut!! berkawan biar ikhlas dgn anak dara org ni, jgn pikir nak merenyam je..sape suh pikir kawin pun lagi? kan dah kata, SABARRRR.........

kwn dgn anak dara org ni kena tahu hormat mak bapak dia jugak! kunci ada pada restu mak bapak
diorang bukan pada tangan korang! klu kita sentap kunci tu bwk lari, mak bapak diorang tak restu, minah tu kena halau rumah,, korang pun kawin lari,ok mungkin boleh bahagia la skejap...tp klu tetiba korang meninggal, ape nasib minah tu???dah la sorang2 dibuang keluarga, status nak kata bini tak declare kat org ramai, nak kata bukan bini perut dah boyong. sape susah? bukan korang tp minah tu susah sorang2 tanggung derita. org skeliling bukan membantu malah akan menghina! sedang kan Allah amanahkan kita kaum lelaki ni menjaga maruah isteri bukan mencela maruah mereka!! ni harta diorang pun ko nak kebas, maruah diorang pun ko nak ratah, lepas tu buang diorang mcm sampah!
DAN INGAT,, jgn duk sorok sgt kawin tu. silap haribulan anak2 dah besar nnt bercinta same2 adik beradik ,, nama bapak cam sama je tp tak tahu rupe2 nye mmg anak beranak. sampai ari nak kawin, eh, bapakku bapakmu jua..klu sbelum kawin tu dah pernah buat ape2 cmane? HANCUR NASAB KETURUNAN!NAUZUBILLAH!

FIKIRRRRR...JGN JADI DANGKAL DEK KERAKUSAN NAFSU!! KENA WARAS BEB!!



ok, bersambung dari lepas bwk kwn tadi tu jmpa bini dan kuarge....next step ape?? bimbing la dulu minah tu ke arah jalan agama. mcamane dia nak jadi ibu kpd anak2 kita klu solat pun lintang pukang aurat pun tak terhijab. kena bg jgk agama sbb nak jadi bini ke2, ke3 atau ke4 ni perlu kan BANYAK KESABARAN...dia akan tempuh banyak ujian mendatang. dia kena blajar bertoleransi dgn 'KAKAK' dia nanti,, jadi nak tak nak, kena bagi AGAMA..kena ajar diorang bergantung 100% pada Allah. kena bina akhlak, supaya tak bercakaran sesama madu nanti. bila smua akhlak dah terjaga, kita nak urus pun senang. bagi je arahan, smua patuh, dengar cakap, TAK DEGIL!! yg kita ni para suami pun jgn la melampau amik kesempatan aniaya bini2 plak mentang2 diorang dengar cakap kita. kena jadi suami yg bijak dan adil membahagiakan isteri2 la.

ok, lepas bagi bimbingan agama, dah boleh la try and error cuba minta izin dari org rumah...klu dpt GREEN LIGHT Alhamdulillah, boleh la melangsungkan perkahwinan ikut cara sah dan prosedur yg betul....buat sederhana2 je pun tak pe takyah lebih2...bersederhana tu berkat..lagipun kena jaga hati isteri pertama ler..dia dah bnyak berkorban tu. jgn gi cari pasai buat loan bank ribu riban lak utk buat majlis kawin. hutang berlambak tu la punca pergaduhan nanti. buat ala kadar je la. kena ajar bakal isteri tu dari awal lagi supaya terima kita seadanya.dia pun kena faham kita ada komitmen dgn kuarge pertama jgk. tolak-ansur tu la menjadikan poligami itu indah bukan punah!

itu kalau smua stuju...klu wife pertama tak izin, mak bapak pun tak izin mcmane?? ha tu mule lah nak tumbuh tanduk tu! kan lobai dah pesan jgn bwk lari anak dara org..manusia ni cuma merancang, Allah yg menentukan..cuba bgtau awek tu skit biar dia ingat Allah jgn pikir nak kawin je..kena relak2 dan tenang2..KENA BANYAK BERTAWAKKAL LER..klu awek tu rasa ada pilihan lain, bagi lah dia pergi..hero Malaya no hal punye lah, small matter, tak gitu? tapi klu cik adik sudi tunggu cik abang, cik abang pun no hal juge:) hehehe



jadi kena perbanyak kan amalan lain lah...kena ganda kan usaha..rajin2 bangun Tahajjud, tangan tu jgn berkira sgt nak hulur bantuan skit pd org susah, klu lepak dgn geng2 lama tu blanje la dorang kopi O skali, dan rajin2 la buat makan2 kat rumah, mintak bini masak bihun sup tulang sodap2 rai kan kekawan dan sdara mara (bini lobai pakar buat sup tulang ni. air tgan istri la buat lobai suke balik mkn kat rumah. dorang sanggup blajar buat teh tarik dgn kopi O mcm kedai mamak tu semata2 nak bagi lobai suke lepak kat rumah dgn anak bini..Alhamdulillah..tq Ayang tq Arling! tq Allah!)






banyak2 lobai berceloteh kat atas, lobai cuma nk bgtau nak kawin ramai ni bukan sonang...sbb ia bermakna bertambahnya amanah yg Allah pertanggungjawabkan kat kita.. soalan kat mahkamah Allah nanti yg lobai takut kan.

Kita kejar Akhirat, Dunia akan follow kite, jadi jgn risau nyer..jaga je Allah bebaik, nanti ALlah Tahu la uruskan kita. Dia berjual beli dgn kita. kita korbankan masa, tenaga dan masa utk agama, Allah akan belikan kita yg lagi  bagus di akhirat nnt utk menggantikan apa yg kita korbankan di dunia ni inshaAllah!
Akhirat adalah matlamat hidup, yg lelain hanya lah keperluan..jadi keperluan, amik yg perlu je takyah banyak sgt..matlamat (akhirat) tu yg penting,,ni yg kena kumpul bebanyak...Wallahualam


petua2 lobai bagi ni adalah mengikut pengalaman idup lobai lah..klu engkorang rasa Ok, amik lah, yg mane rasa tak OK, tinggalkan jo dlm blog lobai ni yo..lobai tak kisah. semoga rumahtangga kita semua kekal bahagia di dunia dan di akhirat tak kira lah brapa buah keluarga yg engkorang ada. ada rezeki nnt lobai share plak tips madu yg manis bukan madu yg pahit utk panduan madu2 sedunia ok!
Salam sayang dari lobai utk smua. I lup Allah i lap u all chewah ;)



Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah