Jom Solat Jemaah

Memaparkan catatan dengan label sunnah Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sunnah Nabi. Papar semua catatan

Jumaat, November 16, 2012

Kesalahan Berkaitan Solat



Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:

1. Meninggalkan solat.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?’ Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.”
-(Surah al-Muddatstsir, ayat 4).
Rasulullah s.a.w bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya, maka dia kafir.”
-(Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.”
- (Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam), dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.”
-(Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya, maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur.”
-(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka.”
- (Muttafaq Alaih).

“Solat adalah amalan pertama yang dihisab Allah SWT pada akhirat nanti. Jika solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya.”


4. Tidak thuma’ninah dalam solat

Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam.

Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk… ”
- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.

Hal ini diperkatakan Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.”
- (Hadis riwayat Muslim).
“Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.”
- (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu dia berhenti. (Menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.”
-(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!”
-(Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman yang maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barangsiapa melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.”
-(Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.

Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata Nabi s.a.w. tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya, maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.”
-(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki.”
-(Muttafaq Alaih)
Sumber: xtahap yahoo group. via blog cetusanhati.com


Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Selasa, November 06, 2012

15 Kebaikan sujud dalam solat

by peribadirasulullah
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.
Rujukan:
http://www.harian-metro-online.com/16-kebaikan-sujud-dalam-solat






Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Khamis, Januari 05, 2012

Hikmah Janggut Di Sebalik Sunnah Rasulullah

 
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya. Bagaimana Caranya? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami. Dr Jamnul Azhar Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Hukum Memelihara Janggut Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq. Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum- ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut. Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil. Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang  mereka. 

sumber: blog pemudacheh

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah

Jumaat, Disember 23, 2011

Makanan yang lobai makan untuk kesihatan

Lobai dulu suke makan nasi beriani kambing kat mamak.kalau dapat makan tiap-tiap hari pun tak apa. pekena pulak dgn teh tarik, memang tak ingat ape dah..tapi berat badan memang tak dapat dikawal lah masa tu.



tapi lobai ni suka melawa, suka pakai smart2, jadi mcm tak kena la klu badan besor nk pakai smart kan. setelah dipikir2 kan, umur pun dah makin meningkat, kolesterol pun dah over the border, nat tak nak, lobai kena jugak turunkan berat badan untuk jaga kesihatan. lagi pun bila badan ringan dan sihat, semua aktiviti senang dilakukan especially beribadah kepada Allah..betul tak ape lobai kata ni?

Workout
Selain jogging, senaman, exercise,badminton dan gym, lobai jaga dan atur cara makan. cara diet lobai berubah 360deg. semua makanan2 tak berkhasiat dan memudaratkan lobai tak sentuh lagi.

pada awal diet dulu lobai kurangkan pengambilan nasi iaitu karbohidrat. lobai menggantikan dgn memakan
~buah-buahan
~air soya
~roti bun





masa ni lobai kurang tahu soya tak berapa digalakkan untuk orang lelaki. tapi bila dah tau tu lobai stop le.
so sekarang lobai lebih senang ambil susu rendah lemak HL, yogurt atau air mineral je.



Dari Vsoy kepada SUSU


Info tentang SUSU:-
SUSU adalah sejenis makanan yang kaya dengan nutrien dan dipenuhi sumber vitamin serta mineral baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium.Dianggarkan bermula tahun 9000 sebelum Masihi lagi, manusia mula meminum susu bagi menjaga kesihatan tubuh badan.Manfaat ini boleh diperoleh secara terus dengan meminum susu ataupun mengambil produk tenusu seperti keju, mentega susu, dadih, minyak sapi, aiskrim dan pelbagai lagi

Lobai ambil YOGURT jugak untuk pelbagai kebaikan pada badan


Info tentang yogurt:-
Yogurt adalah produk Susu bacterially ditapai. Kaya protein, kalsium, pyridoxine, riboflavin, dan cobalamine.penyelidik telah mendapati bahawa mengambil 100 hingga 200 gm yogurt (terutamanya yang rendah lemak) setiap hari bukan sahaja merendahkan LDL (buruk) kolesterol tetapi juga menimbulkan HDL (baik) kolesterol. Ia lebih ketara mengurangkan tahap sebatian sulfida yang berkaitan dengan nafas berbau.

Dari air manis lobai ubah kepada PLAIN WATER:-untuk  elok untuk kesihatan, air diminum 1/2 atau 1jam selepas makan.

Info tentang AIR:-
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.


Teh tarik favourite plak lobai change to KOPI 'O'
Info tentang KOPI:-
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


kalau dulu breakfast dengan roti canai, sekarang makan OAT
Info tentang OAT:-
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.
Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat
dan selalu juga ambil PISANG untuk tenaga.
Info tentang pisang:-
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Selain buah-buahan, lobai juga mula berjinak-jinak dengan sayur-sayuran terutama sayuran hijau dan ulam-ulaman

Info tentang BUAH&SAYUR:-
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.
Jika dahulu sayur-sayuran dan buah-buahan hanya menjadi santapan ruji penghuni-penghuni kuil, tetapi kini kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun turut menjadikannya sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup. Pengamalan buah-buahan dan sayur berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.


 KURMA juga lobai amalkan inshaAllah..sebab seisi rumah lobai didik untuk rajin berpuasa Isnin Khamis.
Kurma Ajwa-Kurma Nabi


Info tentang KURMA:-
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.



MADU juga elok untuk kesihatan sekeluarga disamping mendapat pahala sunnah:-

Info tentang MADU:-
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Madu dari sudut saintifiknya mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsikan oleh lebah. Di samping itu, dalam madu juga terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon.
Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia);
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand);
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand);
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN);
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).


OLIVE OIL atau MINYAK ZAITUN juga lobai usahakan untuk kesihatan:-

Info tentang MINYAK ZAITUN:-
Buah Zaitun merupakan buah yang disebut di dalam Al-Quran.Daripada daunnya hinggalah buahnya,mempunyai khasiatnya tersendiri. Minyak zaitun mengandungi sejenis lemak yang dikenali sebagai asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty asids) MUFAs. MUFAs ini dikategorikan sebagai lemak sihat. Sekiranya dalam diet seharian kita mengandungi lemak tidak tepu seperti MUFAs dan lemak politaktepu (PUFAs) berbanding lemak tepu dan lemak trans, kita boleh mendapat kebaikan untuk kesihatan kita.
MUFAs dan PUFAs boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Menariknya lagi, MUFAs ini boleh merendahkan kadar kolesterol dalam badan dan tahap kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah. Di samping itu, MUFAs turut membantu menormalkan pembekuan darah. Beberapa kajian juga mendapati MUFAs juga berguna untuk mengawal tahap insulin dan gula dalam darah yang mana membantu sekiranya kita mempunyai diabetes jenis 2.
Selain itu, minyak zaitun ini turut terkenal sebagai pelembap semulajadi. Ia dapat membantu melindungi kulit kering dan berguna kepada mereka yang mempunyai psoriasis atau eczema. Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa minyak zaitun ini mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, kita perlulah mengambilnya secara bersederhana. Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah penjagaan minyak zaitun ini. Hal ini kerana, sekiranya terdedah kepada cahaya, haba dan udara,kemungkinan nutrien dan rasanya akan terjejas.


Habbatus-sauda pun tak ditinggalkan:-

Info tentang SAUDA:-
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Kalau kepingin untuk makan sedap skit, lobai biasanya akan cari AYAM GRILL/ROASTED.
kat Kenny Roger pun boleh, kat Restoran Arab pun boleh.



untuk mengurangkan kolesterol pula lobai amalkan makan BAWANG PUTIH/ GARLIC:-
Info tentang GARLIC:-
Bawang putih atau garlic dalam bahasa Inggerisnya memang amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengamalkan perubatan tradisional. (Nama saintifik Allium satvium). Sering disebut sebagai ubat tradisional yang menakjubkan yang dapat menyelesaikan banyak masalah perubatan sejak zaman berzaman. Selain dapat mengurangkan kolesterol, ia mampu memerangi bakteria, melawan parasit usus dan berjenis-jenis virus. Khasiat tempatan bawang putih memanglah banyak, diantaranya, ( kesan perubatan bawang putih maksima sekiranya diambil secaramentah atau dihancurkan tanpa dimasak- yang mentah mempunyai kesan antibiotik yang kuat)
a) penawar sengatan -
b) penawar sakit kepala
c) penawar batuk dan lelah
d) penawar cacing kerawit
e) penawar kembung perut
f) penawar mulut busuk
g) penawar luka kecil
h) penawar buasir
i) penawar saki otot
j) penawar sakit kerongkong
k) penawar sakit gigi
l) penawar bisul 
m) penawar payu dara yang sakit
m) penawar selsema



Ini lah semua list-list makanan yang lobai amalkan untuk sihat. cuma yang paling penting lobai nak highlight kat sini especially bagi kaum Adam, kena berhenti merokok untuk hidup sihat. kalau jogging banyak mana pun, makan sikit mana pun tapi kalau tak boleh buang tabiat merokok, kita takkan berjaya untuk hidup sihat. jadi sama-sama lah kita pakat berusaha dan bermuhasabah inshaAllah.



ALLAH YANG BAGI MANFAAT...DAN ALLAH JUGA BAGI MUDARAT/UJIAN..BILA SIHAT, KITA MUDAH UNTUK BERAMAL INSHAALLAH....

Perkongsian dlm blog ini adalah bersumberkan dari pengalaman hidup sendiri dan ada juga yang di copy paste dari laman sesawang milik kekawan:) jadi utk copy paste dari blog saya boleh ,cuma masukkan link skali ye utk memudahkan proses rujukan inshaAllah. semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat utk kite smua inshaAllah